Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....kepada usahawan-usahawan dan bakal usahawan yang baru menceburi mahupun yang telah menceburi dalam dunia industri penternakan burung walet Malaysia....hari demi hari berlalu banyak rumah burung yang dibina "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"... Dikawasan Mukah hingga ke Daro, banyak rumah burung yang dibina kerana di kawasan ini terdapat berjuta ekor burung walet dan merupakan laluan mereka pergi balik serta sarang yang dihasilkan burung walet di kawasan ini dikatakan mempunyai gred yang tinggi yang menyebabkan ramai usahawan yang membinanya rumah burung tersebut....jom kita layan zzZZzzzZ....
lihatlah di sebuah premis nie...
tingkat bawah tempat berniaga manakala di tingkat sebelah atas pula dijadikan tempat penternakan burung walet....lihatlah tu banyak burung walet terbang diatasnya...
tadi dari luaran saja kan dan sekarang di bahagian dalam BH nie pula...
banyak betul burung walet didalam BH ini....mesti cepat mereka membuat sarang kalau dah macam nie ha...
Gambar-Gambar BH yang diambil ini merupakan yang terdapat di sekitar perjalanan dari Mukah ke Daro, Sarawak....
Ini merupakan sebuah BH yang terdapat di jalan pantai Kampung Sungai Alo, Mukah...pemilihan kawasan yang baik kerana dikelilingi hutan tempat burung walet untuk mendapatkan makanan....
Sebuah BH yang terdapat di Kampung Petian, Mukah...
nampak kecil je kan tapi dalamnya betul2 holiow..
Sebuah lagi BH yang ideal kerana berdekatan dengan hutan punca sumber makanan walet...
BH ini terdapat di Kampung Judan, Mukah...
Mukah swiftlets eko-park yang terdapat di Kampung Penat, Oya/Dalat...
Disini menempatkan belasan buah BH dan ada lagi yang dalam proses pembinaan....
ini pon sama juga Mukah swiftlets eko-park....
ini merupakan BH dalam proses pembinaan...yang pertama sudah siap manakala dua lagi dalam perjalanan pembinaan....
bila di pandang dari jauh nampak macam sekolah je....tapi bukan sekolah sebenarnya rumah burung lh...
idea yang kreatif dan BH ini dibina berdekatan dengan hutan...senang lh walet mencari makanannya...
DARO: Sambutan Pesta Berambeh Pamuk bersama Ahli Parlimen P.207 Igan Datuk Abdul Wahab Dolah yang julung kali diadakan di sini semalam mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk setempat.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Kenil Jeraiie berkata, pesta itu akan diteruskan pada masa akan datang sekali gus mampu menjadi ikon pekan tersebut.
"Pesta berambeh atau berulam seumpama ini mampu menjadi ikon Daro. Selain itu, ia juga mampu menarik penduduk di kawasan lain untuk bertandang ke sini bagi melihat pembangunan dan budaya yang terdapat di Daro.
"Program seumpama ini juga mampu mengekalkan makanan tradisional masyarakat setempat, di samping menyemai cara pemakanan yang sihat dalam kalangan penduduk," katanya dalam ucapan perasmian ketika mewakili Wahab.
Kenil memberitahu, program sedemikian mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan acara tahunan agar ia mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar berkunjung ke Daro.
Sementara itu, Imam Masjid Daro Ahmad Baseng, 60, berkata program seumpama itu mampu mengumpulkan masyarakat di Daro serta merapatkan hubungan penduduk setempat.
"Saya rasa gembira dan bersyukur kerana aktiviti seperti ini diadakan di kawasan kami, sambutan penduduk setempat juga sangat memberangsangkan dan saya pasti penduduk di sini sangat gembira dengan adanya program seperti ini.
"Usaha pihak kerajaan seumpama ini memberi teladan yang positif bagi generasi muda pada zaman sekarang merekalah tunjang masa depan negara," katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Turut hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Matu Johari Bujang, Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita (PPWS) Sarawak Kamsidah Narudin, Timbalan PPWS Samsiah Saibi serta yang lain.
Program tersebut turut diserikan dengan demonstrasi memasak daripada Chef Selebriti Jaafar Onn.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan