ads

Ahad, 14 April 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


SK ABANG AING, <b>SRI AMAN</b>, <b>SARAWAK</b>.: Maklumat <b>di</b> Wikipedia <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2013 12:00 AM PDT



Salam.
Agak terkilan apabila melihat paparan WIKIPEDIA tentang Sekolah Kebangsaan Abang Aing. Entah siapa yang telah memasukkan entri tersebut. Pertama agak janggal dan tidak kemas, kedua satu usaha melepas batuk di tangga dan ketiga tidak tepat dengan bahasa yang bercelaru. Memang selama ini, laman Wikipedia telah menjadi tempat rujukan utama apabila berkehendakkan maklumat. Boleh dipercayai. Bukan tujuan untuk merendahkan laman web yang telah diasaskan oleh Jimmy Wales, pengasas dan Presiden Wikimedia Foundation Inc. Pokok persoalan di sini, individu yang menyumbang maklumat tersebut tidak bertanggungjawab.
Daripada screen-shot di atas cuma 3 maklumat yang tepat iaitu Kod Sekolah, maklumat nombor untuk dihubungi dan alamat pos. Yang lain agak janggal dan mengelirukan, terutama frasa " ....yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman". Agak mengecewakan, entri Sejarah dan Pencapaian dibiarkan kosong. Tiada tarikh bila entri dimasukkan tetapi daripada nota kaki dinyatakan kali terakhir ianya diubah pada 31 Mac 2011.
Alangkah moleknya, sekiranya sukarelawan yang menyediakan maklumat seperti pada screen-shot di atas melakukan sedikit penyelidikan atau mendapat sumber yang sahih, jangan hentam keromo. Jangan ambil kesempatan terhadap dasar Wikipedia yang longgar, "the free encyclopedia that anyone can edit".
Untuk pengetahuan awal, Sekolah Kebangsaan Abang Aing telah mula beroperasi pada tahun 1931.  Seawal tahun 1920 ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Kerajaan yang menumpang di bangunan Mahkamah Melayu. Pada 1931, SK Abang Aing mula beroperasi di tapak yang ada sekarang dengan bangunan asalnya berbentuk "Limas Serani".Abang Aing, adalah seorang Pegawai Bumiputera Melayu yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang semasa era pentadbiran Charles Brooke. Sehingga sekarang nama itu diabadikan kerana jasa beliau kepada bangsa dan tanah air, terutama kawasan Sri Aman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved