11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Piala FA: Kelantan yakin atasi <b>Sarawak di Kuching</b> | Daxxstories Posted: 08 Apr 2013 01:19 AM PDT SELEPAS hanya mampu menang tipis 2-1 ketika berdepan Sarawak dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Kota Bharu malam kelmarin, Kelantan terus optimis untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu biarpun menyedari cabaran yang dihadapi di Stadium Negeri Sarawak, Kuching kelak pastinya cukup sukar. Pengendalinya, Bojan Hodak berkata, menang dalam lima perlawanan berturut-turut pastinya akan terus menyuntik semangat para pemainnya, dan ia sudah cukup menggembirakan beliau walaupun gagal mendapat bekalan gol yang selesa. "Kita mampu menang perlawanan tersebut dengan jumlah jaringan yang lebih besar tetapi akhirnya sekadar mencatat kemenangan tipis. Apa pun saya tetap gembira. "Kita beraksi lebih baik dalam separuh masa pertama dan mencipta banyak peluang, namun pada separuh masa kedua, pemain mula kelihatan penat, sekali gus membuka ruang kepada Sarawak untuk menghasilkan gol," katanya. Tambahnya, separuh masa kedua menyaksikan Sarawak tampil dengan rentak permainan yang lebih agresif dan ia menyukarkan pasukan Kelantan untuk mencipta peluang. Katanya, Kelantan juga tidak mempunyai pemain gantian yang mempunyai kekuatan dari segi kepantasan dan Norfarhan Muhammad juga belum mencapai tahap kecergasan terbaik kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. "Selepas ini, kita mungkin ada Ahmad Fakri (Shaarani), dan saya juga gembira apabila Khairul Izuan (Rosli) sudah mula bermain dengan baik, jadi maknanya kita akan ada lebih ramai pemain yang cergas dan mampu menggalas tugas dengan baik. "Saya sentiasa percaya bahawa kita akan melangkah ke pusingan seterusnya dan mampu meraih kemenangan di Sarawak nanti. "Keputusan 2-1 tetap memberi kelebihan kepada kita. Kita akan ke sana dengan kelebihan satu gol dan Sarawak pula pasti tertekan untuk mencari kemenangan. "Mereka perlu menjaringkan gol dan saya fikir masalah utama mereka adalah untuk mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi. "Kita tiada masalah dan akan terus menjaringkan gol. Saya fikir kita perlu menjaringkan satu gol, itu sudah mencukupi," ujarnya. Mengulas prestasi hambar yang terus dipamerkan oleh pemain import mereka dari Guinea, Keita Mandjou, Hodak tidak menafikan kenyataan tersebut, namun akan membuat keputusan terbaik sama ada mengekalkan atau menyingkirkan pemain tersebut sebaik jendela perpindahan dibuka hari ini. "Keita tidak beraksi dengan baik malam ini (malam kelmarin). Sebelum itu dia ada menemui saya dan memberitahu dia tidak dapat tidur malam sebelum itu. "Kita akan tempuh perlawanan demi perlawanan dan kita akan lihat apa keputusannya kelak," jelasnyaLaporan asal dikutip dari sini Sumber asal Kosmo |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan