11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
MOZAIQ: Cuti - cuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> Posted: 02 Dec 2012 07:38 PM PST Cuti sekolah akhir tahun 2012 kali ini, aku dan isteri serta keluarga ke Kuching Sarawak untuk percutian selama 4 hari 3 malam. Kami tiba di Kuching pada hari Isnin dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan yang mana semua orang boleh terbang iaitu AirAsia. Hari Pertama : Isnin Kami tiba di Kuching jam 4 petang, di sambut oleh panggilan telefon dan mesej daripada En. Fauzi, tuan kereta yang kami sewa, kami menyewa sebuah Perodua Alza dengan harga Rm 420 untuk 4 hari, agak murah bagi sebuah MPV yang usianya baru mencecah 6 bulan, kereta baru tu! Destinasi Pertama kami di Kuching ialah tempat penginapan kami iaitu hotel "kira-kira jadi kera" Tune Hotel. Nak murah punya pasal, tapi memang murah Rm 200 untuk 2 bilik selama 3 malam, tapi nak keselesaan perlulah membayar harga untuk setiap perkhidmatan, penghawa dingin, 24 jam dengan harga rm 20, kalau dah habis boleh dapatkan isian semula di kaunter. Seterusnya, kami mengisi perut yang kosong dari semenanjung ini, di sebuah restoran berhampiran, iaitu Kuching Kopitiam, hanya sejenis hidangan sahaja yang ada iaitu "LELAPAN", lelapan ayam, tongkol, puyuh, kembong. Lelapan bermaksud ulam-ulaman, dan hidangan tersebut merangkumi nasi putih, sup, ulam-ulaman serta sambal. Malamnya pula kami bersiar-siar di sekitar Kuching Waterfront, terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah River Cruise. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual cenderamata, mutiara, serta Gambir Sarawak (untuk sakit gigi). Hari Kedua: Selasa Kami bersarapan di Warong Nusantara, makanannya sama sahaja seperti di semenanjung, ada roti canai, nasi lemak dan sebagainya. Kemudian, kami bertolak ke Santubong, perjalanan hanya mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Destinasi kami ialah Perkampungan Budaya Negeri Sarawak. Bayaran masuk tersangatlah mahal iaitu Rm 60 seorang. Diskaun hanya diberikan untuk pelajar yang ada kad pelajar, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, dan warga emas. Jadi bawalah kad pelajar jika anda seorang pelajar, jika tidak bawalah penaja besar untuk menaja anda, terima kasih kepada penaja saya! Walaupun bayarannya mahal, tetapi memang berbaloi, kata orang jika pergi ke sini, seperti sudah sampai ke seluruh negeri Sarawak. Terdapat rumah panjang kaum-kaum di Sarawak, aktiviti seharian mereka, persembahan kebudayaan (Jam 11.30 pagi) dan macam-macam lagi yang anda boleh cuba sendiri. Kami makan tengah hari di Medan selera Kubah Ria di pinggir sungai Sarawak, sebelum pulang ke bandar Kuching. Petang kami menghabiskan masa, tenaga, dan wang ringgit di deretan kedai cenderamata di sekitar waterfront, macam-macam ada! Malamnya pula, kami makam malam, di Top Spot Food Court yang terletak di Taman Kereta. Rupa-rupanya taman kereta itu ialah tempat letak kereta, "direct translation" kepada Car Park. Kedai pilihan kami ialah Bukit Mata Seafood, setelah melihat sijil Halal yang dipamerkan. Pelbagai menu pelik dan menarik untuk dicuba, yang pasti memang sedap! Hari Ketiga: Rabu Hari ini kami pergi Semenggoh, Pusat Pemuliharaan Orang Utan. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Kuching. Kami bernasib baik kerana dapat bersua muka dengan seekor Orang Utan di situ, ini kerana ketika musim buah-buahan seperti sekarang, orang utan sukar untuk dilihat kerana mereka mempunyai stok makanan yang banyak di dalam hutan, tak perlu lagi hadir ke pusat ini. Kemudian kami bertolak ke Kampung Boyan untuk membeli kek lapis dan ikan terubuk masin yang di kirim oleh peminat tegar ikan terubuk masin di semenanjung. Berkenaan kek lapis, ada dua jenama paling terkenal iaitu Mira & Dayang Salhah. Menurut beberapa orang yang ditemui, kek lapis Mira lebih sedap, dan yang satu lagi katanya dah kurang sedap, hanya kek lapis contohnya sahaja yang sedap. Jadi, kami mendapatkan kek lapis di Mira. Malam harinya, kami sekali lagi ke Kampung Boyan, tapi kali ini kami menyeberang menggunakan sampan dari Kuching, tambangnya cuma 50 puluh sen sahaja sehala dari waterfront. Memang ramai ke sini malam hari untuk makan malam di Medan Selera Kampung Boyan. Macam-macam ada! Hari Keempat: Khamis Hari terakhir, aktiviti bebas, membeli apa yang kurang, masih lagi membeli-belah.........sebelum pergi ke lapangan terbang jam 5 petang, pemeriksaan di sini lebih ketat berbanding di LCCT. Jika mahu ke Kuching, pergi lah ketika hujung minggu, kerana anda berpeluang ke Pasar Satok dan Pasar Serikin yang bersempadan dengan kalimantan. Sekian. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan