11 di bau sarawak - Google Blog Search |
Penyokong Kelab BN dikritik perguna pemimpin masyarakat <b>...</b> Posted: 04 Feb 2012 01:33 PM PST Posted on February 5, 2012, Sunday KUCHING: Penyokong Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak dikritik kerana melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menagih sokongan bagi tujuan entiti pada satu acara di Bau baru-baru ini. Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Frankie Nyombui berkata tidak wajar untuk wakil rakyat BN menggunakan pemimpin-pemimpin masyarakat demi kepentingan politik mereka. Jelasnya, di bawah Ordinan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat 2004, tiada dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin masyarakat boleh digunakan untuk tujuan politik dan ia sepatutnya disedari oleh ahli-ahli politik BN. "Ordinan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 2004 dan jelas menggariskan peraturan dan peranan pemimpin masyarakat iaitu ketua kampung, tuai rumah, pengulu, pemanca dan kapitan. "Di bawah sekyen 6 ordinan berkenaan, tugas-tugas pemimpin masyarakat antaranya mempengerusikan kes Mahkamah Adat, menjaga kebajikan masyarakat dan bukan sebaliknya. "Jika begitu keadaannya, mengapa perlu adanya undang-undang tersebut jika ia tidak digunakan," katanya sebagai mengulas mengenai 34 orang pemimpin masyarakat di Parlimen Mas Gading yang menandatangani memorandum persefahaman menyokong Kelab BN Sarawak di pejabat ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, pemimpin-pemimpin masyarakat ini turut menghadiri dialog di tempat yang sama. Turut hadir dalam acara tersebut Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe yang juga salah seorang daripada wakil rakyat menubuhkan kelab tersebut selepas dipecat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). Nansian turut dipetik oleh pemberita memberitahu pemimpin-pemimpin berkenaan mewakili 1,000 orang dari konstituensinya dan akan mengikut hala tujunya. Bagaimanapun tidak semua setuju dengan penubuhan Kelab BN. Antara yang menentang ialah bekas pegawai di pejabat Ketua Menteri Dominic Daon yang mendakwa Nansian adalah punca beliau menyertai DAP. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di bau sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan