11 di sarikei sarawak - Google Blog Search |
bumisepi.com » Blog Archive » Singgah sekejap <b>di Sarikei</b>, <b>SARAWAK</b> Posted: 03 Dec 2011 09:37 PM PST December 4th, 2011 | by abuadam | NOVEMBER 2011: Tujuan perjalanan ialah menziarahi beberapa keluarga saudara kita ('muallaf') dari kalangan kaum Iban yang memeluk Islam di Rumah Julin, Ulu Kota. Mereka tinggal di rumah panjang dan selepas memeluk Islam, terpaksa keluar duduk berasingan selepas diusir dari rumah panjang kerana tidak ikut serta dalam amalan penduduk rumah panjang yang bukan Islam seperti minum tuak dan korban babi jika berlaku kematian di rumah panjang. Kaum Iban majoritinya adalah pagan — penyembah pokok, angin, sungai dan objek pelik-pelik. Sebilangan kecil ialah Islam. Kristian mula bertapak di kawasan ini. Bro Nuzul dari Kuching yang turut serta dalam projek ini memberitahu lebih mudah untuk convert Iban Pagan ke Islam berbanding Iban Kristian. Ini adalah kerana paganism tiada pegangan yang kukuh. Satu lagi ialah kerana misionari Kristian mempunyai modal dan network yang besar dan hebat. Dia seorang Melayu yang boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Iban (maklumlah isterinya orang Iban). Katanya nak masuk Islam mudah saja, tetapi nak pastikan mereka kekal dalam Islam bukanlah mudah terutamanya apabila lokasi yang jauh. Satu bentuk sistem tarbiyah berterusan perlu diwujudkan. Sebab itulah Yayasan Amal Miri – sebuah pertubuhan bukan kerajaan – membawa sekali JAIS, Baitulmal Sarawak dan HIKMAH, sebuah NGO Islam di Sarawak ke Ulu Kota. Atas inisiatif semua, sebuah surau yang diberi nama Surau Al Azhar di Ulu Kota untuk keperluan 30 orang saudara baru yang menetap di situ telah dibina. Perjalanan dengan pacuan 4 roda dari Miri mengambil masa hampir 6 jam, melalui bandar Bintulu, Sibu dan Sarikei. Bertolak dari Masjid Piasau, Miri selepas solat Isyak, kami sampai di Sarikei jam 4 pagi, selepas berhenti rehat sekejap di Bintulu Iqrak Center (BIC). Sarikei dengan penduduk kurang dari 100,000 ialah bandar yang sederhana besar dan mudah di terokai. Jalan utamanya ialah Jalan Repok yang bermula dari jalan utama Kuching – Sarikei dan berakhir di pusat bandar, di mana terletak jeti bot penumpang ke Kuching dan Sibu melalui jalan air. Disitulah terletak pasar basah, pasar borong, rumah kedai. Plet kereta di sini bermula dengan QR (nombor terkini ialah QRG, contohnya QRG 7622). Kaedah pernomboran nombor plet kenderaan di Negeri Sarawak agak unik. Setiap bahagian (division) di Sarawak bermula dengan dua huruf di mana huruf pertama ialah Q, contohnya QM untuk Miri, QT untuk Bintulu, QL untuk Limbang, dsbnya). Aku tidak lama di Sarikei. Selepas solat Subuh di Masjid Muttaqin, kami bersarapan di waterfront dan seterusnya ke pasar mencari barangan untuk majlis kenduri pada malam hari di Ulu Kota sempena Maal Hijrah. Perjalanan masuk ke Pakan dan seterusnya Ulu Kota mengambil masa 2 jam melalui jalan balak. Sarikei dihubungkan dengan sistem jalanraya yang baik dengan bandar-bandar besar seperti Sibu, Bintangor, Kuching, Bintulu dan Miri. Bas ekspres antara bandar-bandar ini juga tersedia. Sebahagian stretch jalan tidak rata dan anda akan rasa melambung-lambung tetapi masih boleh dilalui oleh kereta biasa. Sarikei ke kawasan pendalaman seperti Pakan dan Julau, anda memerlukan kenderaan 4WD kerana jalan tanah merah dan berbukit bukau. Satu lagi method pengangkutan ialah bot laju atau dipanggil ekspres air. Semua bot laju dari Kuching ke Sibu akan singgah di Sarikei. Sibu ialah laluan sungai utama ke Kapit. AKAN DATANG: Miri. Kenapa anda perlu datang ke bandaraya ke 2 terbesar di Sarawak ini? Full content generated by Get Full RSS. |
Rajahmas: ADUN DAP arah roboh gerai rakyat <b>di Sarikei Sarawak</b> Posted: 03 Dec 2011 04:24 PM PST Di Pulau Pinang dan Selangor perobohan gerai dan kedai begitu giat dilakukan pembangkang. Mengapa DAP hanya berminat menutup periuk nasi orang lain? SARIKEI: Wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya sepatutnya membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Mereka sepatutnya membantu masyarakat yang menghadapi masalah serta berusaha untuk menyalurkan pembangunan, bukan cuba memusnahkan perancangan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi telah dilantik, kata 24 orang pemilik gerai di kawasan Tebingan Sungai Nyelong di sini, petang kelmarin. Kumpulan tersebut berkata demikian semasa mengadakan protes aman di Tebingan Sungai Nyelong kerana membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN DAP) Repok, Dr Wong Hua Seh yang mahu gerai-gerai mereka dirobohkan berikutan pembinaannya belum mendapat sebarang kelulusan. "Kami berasa amat kesal dan marah akan tindakan wakil rakyat tersebut kerana apa yang sepatutnya berlaku ialah beliau (Dr Wong) harus berusaha untuk membantu pihak kita untuk menambah pendapatan dan bukan menghentikan mata pencarian dan rezeki kami. "Apa yang paling menyedihkan ialah kami telah membelanjakan banyak wang simpanan kami untuk memulakan perniagaan ini, terutama untuk membeli bahan-bahan permulaan perniagaan tetapi sekarang, ia hendak dirobohkan pula. "Kenapa perkara ini tidak dibincang atau diambil tindakan awal pada sebelum pembinaannya dahulu dan baru sekarang hendak dibangkitkan… apa yang pasti kami menjadi mangsa keadaan dan siapakah yang bakal bertanggungjawab dalam perkara ini?" kata Alwyn Lau Peng Seng selaku jurucakap kumpulan terbabit. Tambahnya, mengapa gerai yang sudah terbina dengan cantik dan terletak di kawasan strategik itu mahu dirobohkan dan jika ia hendak dirobohkan, maka amat jelas pembaziran yang berlaku. "Berdasarkan perkara ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa cara Dr Wong (DAP) amat berbeza jika dibandingkan dengan bekas ADUN yang lepas iaitu Datuk David Teng Lung Chi (SUPP)." Baca artikel selanjutnya sini... Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di sarikei sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan