11 di simunjan sarawak - Google Blog Search |
Jamal Rafaie » Blog Archive » KEMBARA HPA KE <b>SIMUNJAN SARAWAK</b> Posted: 15 Apr 2011 12:41 AM PDT Tiada apa yang ingin dikatakan semasa menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak pada 19 Mac 2011 yang lalu. Cuma hati terasa jauh mengenangkan kali terakhir ke Kuching iaitu sekitar tahun 1998 dahulu. Jika dahulu, kedatangan ke Sarawak hanya untuk makan angin dan berlibur, tetapi kedatangan pada kali ini membawa satu misi kepada penduduk negeri Sarawak. Bukan untuk memancing undi memandangkan pilihanraya Sarawak semakin hampir! Tetapi membawa misi DAKWAH, EKONOMI DAN PENDIDIKAN kepada rakyat kawasan Simunjan, Sarawak. Kembara pada kali ini hanya menumpang rombongan HPA, khususnya rombongan Pengarah Urusan 1 HPA Industries Sdn. Bhd (Tuan Haji Ismail Bin Ahmad) untuk melawat projek Padi Huma HPA di sana. 1 ) LAWATAN PADI HUMA HPA DI SIMUNJAN Projek penanaman padi huma ini diusahakan sendiri oleh penduduk-penduduk kawasan Simunjan. Seluas kira-kira 10 ekar tanah ditanam dengan padi huma itu. Proses penuaian pula menggunakan kaedah tradisional (tuai guna tangan) dan mengambil masa yang lama untuk menuai keseluruhan kawasan padi huma itu. Padi Huma ini adalah dari spesis padi hitam yang dikatakan mempunyai serat yang tinggi jika dibandingkan dari padi putih. Tetapi masa yang diambil untuk menunggu padi ini matang terlalu lama iaitu kira-kira setahun. IKTIBAR ORANG YANG BERSEDEKAH Jika anda menuai padi menggunakan kaedah tradisional, nescaya anda akan mengeluh, "Bilalah padi ni nak habis ni?! Dari tadi potong tak habis-habis!". Sesungguhnya itulah rezeki yang Allah turunkan kepada makhluk-Nya. Setiap hari manusia makan nasi, tapi nasi tak pernah habis di muka bumi. Subhanallah. Satu lagi iktibar yang boleh diambil sewaktu menuai padi ialah tentang fadhilat bersedekah ke jalan Allah. Allah menjanjikan ganjaran ibarat sawah padi itu. Lihat, fikir dan zikirlah!
2) PERASMIAN PROJEK PADI HUMA Selepas menuai, kami terus ke kawasan perkampungan Semelatong untuk menghadiri majlis perasmian Projek Padi Huma. Tuan Haji Ismail Ahmad merasmikan majlis tersebut. Tuan Haji Ismail Ahmad sedang melihat proses menampi beras . Kami diberi taklimat tentang cara-cara memproses padi kepada beras. Juga dapat mencuba sendiri kaedah tersebut. 3) LAWATAN KE PROJEK TERNAKAN AYAM ORGANIK HPA BORNEO Selepas perasmian, kami terus bergegas untuk melawat projek ternakan ayam organik HPA yang diuruskan oleh HPA Borneo. . Projek ternakan ayam di kawasan Borneo masih berskala kecil, iaitu kira-kira 1000 ekor sekali ternak. 1000 ekor untuk Sabah dan Sarawak? Ya. Belum sembelih sudah habis dijual! (permintaan besar) Projek ini masih di peringkat percubaan, jika projek ini berjaya, Insya-Allah projek ini akan bertambah besar dan tidak mustahil Zon Borneo mempunyai sebuah Restoran RFC! Amin… 4) MANDI DI SUNGAI KAMPUNG BUNAN GEGA Selepas letih berprogram, jom kita mandi sungai! Sungai di sana sungguh cantik. Maha Suci Allah yang menciptakan sungai secantik itu. Moga-moga kita dapat melihat sungai di syurga yang tidak dapat digambarkan bagaimanakah rupanya. PENGAJARAN SIMUNJAN Simunjan adalah sebuah tempat pedalaman di Sarawak. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Kota Kuching. Perjalanan amat mencabar dengan jalan yang teruk dan merbahaya. Namun, di sana tersimpan pelbagai khazanah alam yang menunjukkan kekayaan Allah Subhanahu Wa Taa'la. Dari kekayaan herba yang tumbuh di sana, sehinggalah kecantikan alam semulajadi ciptaan Allah, sangat menakjubkan. Terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Bin Ahmad dan rombongannya di atas jemputan bersama mengembara di bumi Simunjan. Semoga usaha ini mendapat keberkatan Allah dan dikira sebagai ibadah kepada-Nya. Insya-Allah. SAYANG SARAWAK!! Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com Related posts:
Related Posts Pluginfrom Make Money Online. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di simunjan sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan