11 di serian sarawak - Google Blog Search |
onggon.com: Jalan Kaki <b>di Serian, Sarawak</b> :P Posted: 18 Aug 2011 03:11 PM PDT Gambar kat tasik out, kat tepi sungai pun out sebab apa, sebab setting kamera aku lupa nak adjust, ada ka EV -1 hingga -2 camana tak gelap gambar. Pastu filter ND Grad pulak tak bukak-bukak kat lens. Pemalas betul. Faktor lain hari nak hujan, hari gelap bla bla bla.. Pendek cerita, tak pandai ambik gambar kan senang.. Mengaku je lah hahaha.. Taman Danu Serian atau dikenali juga sebagai Tasik Serian hanya berjalan kaki 10 minit dari rumah aku, manakala Batang Sadong atau Sungai Sadong hanya beberapa meter dari rumah aku. Jalan depan rumah jer. Oh Rumah aku di Kampung Hilir, Serian lebih kurang 45 minit perjalanan dari bandaraya Kuching. Dari Serian ke Kuching jalan canthek, jalan highway tu. Apa persamaan tasik dan sungai ini? Kedua-duanya terdapat buaya yang berasal-usul dari Batang Lupar, Sri Aman tempat lagenda buaya Bujang Senang. So, kalau nak ambik gambar kat tepi tasik atau sungai, sila 10 kali cek pun takpa, yang penting keselamatan. Ambik gambar bulan lagi syok.. Duk kat beranda rumah sambil rilek2 goyang kaki hehe.. Baru aku perasan, aku tak pergi Air Terjun Ranchan rupanya aiseymen.. Patutlah lain macam je koleksi gambar aku kali ni :P Okeh, esok nak post pasal makanan di Sarawak, eh masakan dan kuih-muih kat bazaar Ramadhan di Kuching. Kalau nak tau juadah sama ke tak ngan yang di KL, esok kita tengok dalam blog ni ehekk.. Jumpa lagi. Wassalam. |
You are subscribed to email updates from di serian sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan