11 di matu sarawak - Google Blog Search |
Masjid Kampung Sekaan <b>Matu Sarawak</b> | my.Mustaffa Posted: 17 Apr 2011 08:56 AM PDT Tawaran Hebat:
MASIH KUKUH – Biarpun masa semakin berlalu, namun keadaan Masjid di Kampung Sekaan Matu, Sarawak masih mampu berdiri teguh untuk menjadi tempat memperluaskan syiar Islam. Sebelum kedatangan Islam, sama seperti kaum lain di Negeri Sarawak, masyarakat Melanau di Matu turut mengamalkan kepercayaan bercorak animisme dan mempercayai sesuatu yang sangat berkait rapat dengan kuasa ghaib. Walaupun pada masa kini Matu merupakan salah sebuah kawasan penempatan utama masyarakat Melanau Islam, sebelum kedatangan agama itu, kaum ini tidak mempunyai agama dan hanya mengamalkan kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan mempengaruhi budaya masyarakat ini terutama dalam soal kehidupan, kematian, perkahwinan dan sebagainya. Sebagai contoh, perayaan pesta Kaul yang disambut pada bulan April setiap tahun dikaitkan dengan menghormati 'ipok' atau kuasa ghaib yang menjaga laut. Pada masa dahulu ketika kaum ini belum mempunyai agama atau 'Melanau pagan', perayaan ini diadakan untuk menjamu 'ipok' yang sentiasa menjaga laut dengan harapan agar penduduk-penduduk kampung memperoleh tangkapan yang banyak dan selamat semasa berada di perairan. Ia juga sebagai upacara memohon perlindungan agar penduduk-penduduk kampung tidak dijangkiti sebarang penyakit. Selain itu, masyarakat Matu juga mengamalkan upacara 'sare' atau rumah terbuka selama tujuh hari berturut-turut apabila ada ahli keluarga meninggal dunia. Rumah si mati akan dikunjungi saudara-mara dan masyarakat setempat yang mengenali beliau atau keluarganya. Namun demikian, selepas Islam bertapak di sini, amalan itu tidak diamalkan lagi dan ia ditukar dengan majlis tahlil, bacaan surah Yasin, sembahyang berjemaah, kenduri arwah dan sedekah. Pengaruh pemerintahan kesultanan Brunei di Sarawak (ketika itu dikenali sebagai Borneo), sekitar tahun 1600-an, telah banyak mencorakkan hidup masyarakat Melanau yang tinggal di sekitar daerah ini. Menyingkap sejarah ringkas kedatangan Islam di Matu, ia bermula setelah Pangeran Salleh Pangeran Ishak datang dari Brunei untuk menjalankan urusan perniagaan. Setelah lama menetap di di sini, Pangeran Salleh telah berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di Kampung Sekaan, Matu. Di samping menjalankan kegiatan perniagaan, Pangeran Salleh turut menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk-penduduk Kampung Sekaan. Akhirnya, beliau menjadi orang penting dalam penyebaran Islam di seluruh kawasan Matu. Sejak itu, pengaruh Islam mulai berkembang dan tersebar dari satu penempatan ke perkampungan lain dan akhirnya Matu dihuni oleh kebanyakan masyarakat Islam sehinggalah ke hari ini. Sumber : http://telecentre.my/kampungsekaan/index.php/ms/sejarah.html |
You are subscribed to email updates from di matu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan