Isnin, 4 Julai 2011

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pusak Cute: Jalan-Jalan <b>Di Sibu, Sarawak</b>

Posted: 29 May 2011 12:49 AM PDT

Baru-baru ini saya telah mengunjungi Bandar Sibu buat kali ke-2 bersama ehem-ehem. Ternyata Bandar Sibu amat memukau dari segi frasarana dan bangunan tinggi melampai langit. Pada masa yang sama, keramahan penduduk tempatan amat menyenangkan.

Antara tempat yang saya kunjungi ialah:

Medan Selera (Open Air)

Medan Selera ini terletak berhampiran Hotel Primier dan Hotel Royal Inn. Makanan di sini amat murah dan terdapat pelbagai jenis lauk pauk. Antaranya, roti canai, nasi campur, abc dan sebagainya. Pondok Kupon Parking juga terletak berhampiran dengan Medan Selera ini.

Di bahagian bawah Hotel Primer disediakan bangunan 'Shopping Complex', iaitu 2 tingkat. Hotel Primier ini amat strategik kepada sesiapa yang inginkan frasarana lengkap. Hotel ini juga menyediakan wireless jalur lebar internet kepada penyewanya. Kepada pelancong yang mempunyai bajet kecil, anda boleh menginap di Hotel Royal Inn dengan kadar sewa RM45.00 untuk 1 malam.

Medan Selera ini tidak jauh dari Hotel Tanah Mas. Hotel ini adalah yang paling baru dan tercantik yang pernah saya lihat di Sibu. Pastinya, harga menginap untuk 1 malam pada kadar sewa 'bling-bling'.

Sekarang kita beralih pula pada Pintu Gerbang Sibu.

Pintu Gerbang Sibu ini pemandangan di ambil dari tepi jalan. Memang Cantik! Di sinilah setiap malam penduduk akan bermain kereta kontrol. Tak lupa juga, ada yang datang ke sini untuk dating. Nama la juga Taman Rekreasi. So kepada sesiapa yang merancang hendak datang ke Sibu, datanglah ke Taman ini bersama keluarga.

Sempena maraikan Hari Gawai Dayak 2011 ini, terdapat banner yang telah di tampal oleh pihak belia.

Bawalah keluarga anda bercuti dan menikmati aktiviti yang diadakan sempena Gawai ini. Pastinya, akan memeriahkan lagi suasana perayaan ini. "Eratkan Kasih Sayang Bersama Keluarga"

Ini adalah gambar Peguin yang di ambil berhadapan dengan Pasar Besar Sibu. Jika ada kesempatan di masa akan datang ke Sibu, saya akan mengambil lebih banyak gambar untuk kita kongsi lihat bersama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads