Isnin, 4 Julai 2011

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2011 01:38 AM PDT

Masjid Kampung Sekaan <b>Matu Sarawak</b> « undi.ME

Posted: 24 Jan 2011 12:00 AM PST

Feed From Original Source : http://my.mustaffa.org

MASIH KUKUH – Biarpun masa semakin berlalu, namun keadaan Masjid di Kampung Sekaan Matu, Sarawak masih mampu berdiri teguh untuk menjadi tempat memperluaskan syiar Islam.
Sebelum kedatanga...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 01:10 AM PDT

Saya bukanlah terpelajar sangat atau berpelajaran tinggi seperti rakan-rakan lain yang datang dari Daerah Matu Daro. Tetapi walau macam mana pun, pernah juga merasa payah jerih memeras minda menghadiri kuliah, membuat assigment, membuat dan membentangkan 'dissertation' di hadapan 'lecturer-lecturer yang bergelar Prof' seperti Prof. Tim Davis (Engineering), Prof. David Simon (Tourism Management), Associate Prof. Dr. Patrick Devlin. Tetapi itu hanyalah sekadar sebuah persinggahan dan pengalaman hidup yang boleh dijadikan sebagai sebuah cerita motivasi untuk anak-anak saya sendiri. Tidak ada apa untuk dibanggakan, kerana apa yang saya dapat hanyalah sekeping kertas yang bertandakan cap mohor, yang sehingga kini tidak pernah mendapat pengiktirafan. Kalau dijual di pasar malam sekalipun tidak ada seorang pun yang mahu membelinya, apatah lagi kalau dijual di masjid. Akan tetapi....nilai sekeping kertas itu tidak sama seperti 'nilai sebuah keistemewaan yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada setiap manusia'. Kerana setiap manusia itu ada kelebihan mereka tersendiri, yang kadang-kadang jarang dimiliki oleh orang lain.

Lupakan saja tentang apa yang saya paparkan di atas. Sebenarnya, ada sesuatu yang sudah sekian lama terbenam di dalam kotak minda saya. Yang pernah suatu ketika saya suarakan kepada seorang rakan yang juga berasal dari Matu-Daro. Iaitu tentang sebuah hasrat yang amat besar atau juga mungkin sebuah angan-angan yang tidak mustahil untuk dilaksanakan. "Apakata Kalau Kita Buat Konvensyen Untuk Masyarakat Melanau Matu-Daro?"....itulah apa yang saya fikirkan sejak dulu lagi.

Saya tahu, mungkin ramai yang berkata..."ini bukan suatu perkara yang mudah atau senang untuk dibuat". Banyak perkara yang harus dilakukan malah memerlukan banyak wang ringgit, memerlukan sokongan dan kerjasama, masa dan tenaga. Akan tetapi kata pepatah selalu mengatakan, 'hendak seribu daya'....'di mana ada kemahuan, disitu ada jalan'. Namun yang pasti, ianya tidak mustahil dan kita boleh memulakannya.

Seperti yang kita tahu, di Daerah Matu-Daro, ramai sekali anak watannya yang bijak pandai, yang berkelulusan ijazah, master, berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Tenaga mahir dan penuh dengan ilmu pengetahuan ini boleh kita guna-pakai untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dengan membuat kertas kerja untuk dibentangkan dalam konvensyen itu nanti. Memberikan mereka semua peluang untuk mengutarakan idea....bagaimana untuk MEMBANGUNKAN MASYARAKAT MELANAU di Matu Daro , seterusnya memperlihatkan ARAH TUJU MASA DEPAN dalam menghadapi senario perkembangan PENDIDIKAN, EKONOMI DAN POLITIK tanahair. Bukan hanya sekadar menjadi pengikut atau tukang angguk kepada orang lain tetapi menjadi PERINTIS KEPADA GENERASI MATU-DARO SETERUSNYA.

Biar masyarakat kita 'MELANGKAH SELANGKAH DIHADAPAN' orang lain. Biar masyarakat kita menjadi PENERUS SEJARAH BANGSA dan seterusnya menjadi idola anak-anak watan Matu Daro selama-lamanya. Bolehkah? 'TEPUK DADA, TANYALAH SELERA!'.............

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads