Rabu, 1 Februari 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Kebakaran <b>di</b> S&#39;wak amat kritikal, kerugian dan kematian meningkat <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 04:30 PM PST

Posted on January 21, 2012, Saturday

KUCHING: Kebakaran yang berlaku di Sarawak pada tahun lalu amat kritikal kerana kerugian yang direkodkan agak besar selain peningkatan bilangan kematian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata, sebanyak 1,478 kes kebakaran dicatatkan tahun lepas iaitu peningkatan 49 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 988 kes.

Menurutnya, kebakaran belukar merupakan penyumbang besar bilangan kebakaran yang dicatatkan sepanjang tahun 2009 hingga tahun lalu iaitu 1,492 kes (36.5 peratus) manakala kebakaran bangunan menduduki tempat kedua dengan 1,007 kes (24.6 peratus).

"Jumlah keseluruhan kerugian akibat kebakaran adalah sebanyak RM78 juta pada tahun 2009 berkurangan kepada RM67 juta (2010) dan meningkat pada tahun lalu dengan RM80 juta.

"Manakala harta yang diselamatkan berkurangan bermula 2009 hingga tahun lalu. Faktor bilangan kebakaran bertambah memainkan peranan dalam pertambahan jumlah kerugian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Tahunan 2012 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di sini, semalam.

Majlis tersebut menyaksikan tiga acara diadakan merangkumi penyampaian sijil perkhidmatan 30 tahun JBPM, Sijil Penghargaan YS Pengarah Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa di Gunung Tibai, Bau dan penyampaian sijil penghargaan serta sumbangan kepada waris Allahyarham Sulaiman Abdullah @ Herman Sihas.

Nor Hisham mendedahkan, elektrik merupakan penyumbang utama berlakunya kebakaran dengan 214 kes tahun lalu, 137 kes (2010) dan 132 kes (2009).

Selain itu, katanya, bilangan kematian akibat kebakaran turut meningkat pada tahun lalu dengan 11 kes berbanding lima kes (2010) dan enam kes (2009) manakala kecederaan turut mencatat pertambahan dengan 10 kes dilaporkan tahun lalu.

Dalam pada itu, Hisham berkata, pihaknya merancang untuk menyusun semula kekuatan di Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Mukah, Sarikei dan Bau.

"Kita akan kemukakan kepada ibu pejabat untuk menambah kekuatan di Limbang, Sarikei dan Mukah manakala di Bau akan dikurangkan," jelas Norhisham.

Tambahnya, Pasukan Bomba Sukarela juga akan ditambah kepada 30 pasukan berbanding 24 pasukan yang ada sekarang.

"Setakat ini, penduduk Belaga sudah bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela di kawasan mereka," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Seribu Kenangan - Dunia Kami

Posted: 05 Jan 2012 03:13 AM PST

Assalamualaikum semua..

Hari ini bermula sesi persekolahan di majoriti negeri di Malaysia. Kalau waktu macam ni, saya teringat zaman saya dahulu. Dahulu pada tahun 1986, saya masuk sekolah tadika Cina di kampung saya di Bau, Sarawak. Ketika itu, arwah atuk saya iaitu Hamdan Bin Taba sering menghantar saya ke sekolah tadika tersebut. Siap bawa bekal lagi dari rumah tiap-tiap pagi dengan menunggang basikal tuanya. Di situ juga saya mampu menguasai bahasa Mandarin kerana saya seorang sahaja pelajar Melayu disana. Tetapi yang paling saya tidak boleh lupakan ialah pada hari pertama bersekolah tadika, saya menangis dan menyorok di bawah meja. Hampir seminggu juga saya menangis, terpaksalah arwah atuk dan juga ibu bapa saya bergilir-gilir melihat disekolah ketika itu. hehehehe

Setelah setahun di sekolah tadika, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Rendah Kerajaan Bau di darjah satu. Sekolah Rendah Kerajaan Bau ni betul-betul berdepan dengan Tasik Biru, Bau.

sekadar gambar hiasan

Saya bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Bau dari darjah satu 1987 sehinggalah darjah 3. Ketika berada di sekolah rendah inilah banyak juga kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Antara kenangan tersebut sudah tentu sewaktu minggu pertama, Antara yang masih lagi dalam ingatkan ingat saya menjadi pelakon tambahan dalam sebuah filem iaitu  Farewell to the King. Pengambaran di lakukan di sebuah kem askar di Bau, tapi saya lupa nama kem askar tersebut. Dari sekolah saya tersebut, agak ramai jugak murid-murid yang dipanggil menjadi pelakon tambahan. Ada satu babak, ada kelihatan saya bermain sepak raga dan upah yang saya dapat untuk sehari pengambaran ialah RM10.00. Makan dan minum serta pengangkutan disedia. hehehhehe…

Darjah 4 saya telah berpindah ke Batu Kawa di Kuching. Saya tinggal di Batallion 17 PPH Batu Kawa, almaklumlah anak polis. Tiap-tiap pagi, naik trak sekolah atau ada yang panggil feri sekolah. Sekolah rendah kedua saya ialah Sekolah Rendah Kerajaan Stapok. Disini saya telah dilantik menjadi pengawas sekolah dan membaca ikrar tiap-tiap Isnin. heheheeh.. Selain daripada itu, saya juga mewakili sekolah dalam sukan lontar peluru. Selepas sahaja sekolah rendah, saya meneruskan pelajaran menengah saya di MRSM PDRM Kulim, Kedah pada tahun 1993.

Kalau dikenangkan cerita zaman kanak-kanak memang sukar nak dilupakan dan saya ingat sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah, saya ingin kembali ke kampung halaman saya dan melawati tempat-tempat yang banyak menyimpan kenangan dahulu. InsyaAllah.. :D

DuniaKami.com tidak bertanggungjawab diatas sebarang masalah, kehilangan atau kerugian didalam penggunaan segala informasi dari DuniaKami.com. Segala informasi di dalam DuniaKami.com adalah bersifat peribadi kecuali dinyatakan sumber asal informasi tersebut. Jika anda perlukan tips cari jodoh serta bagaimana nak kaya cepat, jumpalah pakar yang sesuai. Jika demam, pergi klinik. :)

Cik Abang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. Kenangan lalu
  2. Selamat kembali ke sekolah
  3. Tak susah untuk susah, tak senang untuk senang.
  4. Laptop perlahan dah jumpa penawarnya
Full content generated by Get Full RSS.

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Masalah bekalan air <b>di Lawas</b>, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 25 Dec 2011 08:03 PM PST

Merujuk perkara diatas, saya mewakili penduduk di kawasan Lawas, Sarawak ingin melahirkan rasa kecewa terhadap wakil rakyat Lawas atas ketidakagresifan dalam menangani masalah air di kawasan ini. Saya amat berharap ,pihak Aduan Rakyat (AR) mengambil langkah drastik untuk mengenengahkan isu ini walaupun sampai ke tahap Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Boleh kita lihat, bekalan air ada cuma pada waktu atau acara tertentu, apabila Adun berada di kawasan Lawas untuk merasmikan apa-apa sahaja bentuk aktiviti. Apabila Adun tersebut balik atau meninggalkan pekan Lawas, masalah ini kembali kepada sediakala. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga tidak mengambil apa-apa tindakan, malah bil air juga dihantar setiap bulan, dan adakalanya tidak dihantar langsung sehingga berbulan-bulan. Kami terpaksa mengutip sendiri bil tersebut di Pejabat Urusan JKR Lawas. Ini juga membebankan kami yg duduk jauh dari pejabat tersebut selain bil air yg agak tinggi disebabkan terkumpul banyak.

Saya juga seorang rakyat Malaysia. Mengapa saya mendapat nasib sebegini rupa bersama rakyat lain yg menghuni kawasan Lawas ?

Adakalanya, memang air ada. Tetapi, hanya air yang kotor dibekalkan. Bagaimana kami hendak menjalani hidupan seharian seperti memasak, mandi, membasuh dan sebagainya ?

Saya amat berharap, pihak tuan mengambil isu ini, kerana ini melibatkan KESIHATAN awam rakyat setempat.

Sekian

Rakyat Kecewa

By: Ahmad

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

<b>Lawas</b> cemerlang pada Regata Brunei | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 03:16 PM PST

Posted on January 26, 2012, Thursday

BANDAR SERI BEGAWAN: Pasukan Putera Sungai Penyengat Kuala Lawas dari Sarawak beraksi penuh cemerlang pada pembukaan Regata Brunei Darussalam 2012 yang berlangsung penuh gilang-gemilang Ahad lepas apabila berjaya mengungguli kategori Maraton 30 Pekayuh Perahu Tradisi Terbuka Maraton sekali gus melayakkan mereka menerima piala pusingan Anugerah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Brunei.

CEMERLANG: (Dari kiri) Sultan Hassanal Bolkiah ketika menyerahkan piala pusingan Anugerah DYMM kepada Awang Damit dan kontinjen pasukan Putera Kuala Lawas di Bandar Seri Begawan, Ahad lepas.

Selain di tempat pertama, pasukan Putera Kuala Lawas dengan nama perahunya Putera Mahkota turut beraksi gah dengan merangkul tempat kedua, manakala tempat ketiga  dimenangi pasukan Punang Gemilang Lawas yang juga peserta dari Sarawak.

Di samping itu, pasukan Putera Kuala Lawas turut mengungguli kategori 20 Pekayuh Perahu Tradisi terbuka di tempat kedua, dan merangkul tempat ketiga pada acara 25 Pekayuh Perahu Tradisi terbuka.

Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Selain kategori Maraton 30, 20 dan 25 Pekayuh, Sultan Brunei juga menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Lumba Khas 15 Pekayuh, Jetski 1200cc, Bot Tambang 60HP ke atas, 20 Pelumba Pekayuh antara Kementerian-kementerian dan Bot Laju F1.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Putera Kuala Lawas Awang Damit Ali Hasan melahirkan perasaan gembira dan berterima kasih di atas jemputan daripada Sultan Brunei pada penyertaan kali ini.

Katanya lagi, Regata Brunei kali ini mampu mengimbau nostalgia zaman nenek moyang para pelumba muda sekarang khususnya semasa mereka 'beradu kekuatan' di Sungai Brunei lebih 30 tahun lalu.

"Pastinya dengan menyertai acara ini ia dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan nenek moyang para pelumba yang pernah mengukir nama pada acara serupa di Sungai Brunei ini," katanya.

Awang Damit berkata, banyak pengalaman manis dan berharga yang diperolehi khususnya layanan mesra yang diberikan kerajaan Brunei kepada peserta dari Sarawak sepanjang berlangsungnya regata tersebut.

Beliau juga optimis sukan Regata Brunei Darussalam ini mampu menjadi satu lagi daya tarikan dalam industri pelancongan domestik untuk menarik kemasukan pengunjung ke negara tersebut.

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai atur cara telah disediakan termasuk  persembahan kebudayaan di Malam Resepsi sempena dengan Regata Brunei Darussalam 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Pemburu kepala cari mangsa <b>di Limbang</b>, Sarawak? @ | Luv 2 Share |

Posted: 24 Nov 2011 07:13 PM PST

25. Nov, 2011

Gambar hiasan

LIMBANG : Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat 'memburu' mangsanya ketika musim cuti sekolah ini.

Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang.

Pemburu kepala manusia atau dikenali 'pengait', kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya.

Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.

Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar 'ganti rugi' kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Da-erah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut.

Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa.

"Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar.

"Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan me-ngukuhkan strukt­ur sesebuah jambatan," katanya semalam.

Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.

Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah.

"Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.

"Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu," tegasnya.

Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan.

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih 10000 borang BR1M sudah diedarkan <b>di Limbang</b> <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2011 03:32 PM PST

Posted on December 14, 2011, Wednesday

DISERBU: Penduduk Limbang menyerbu pejabat LHDN untuk mendapatkan borang BR1M.

LIMBANG: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Limbang sudah mengeluarkan kira-kira 10,000 unit borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk di daerah ini dalam tempoh empat hari bermula Sabtu lepas hingga semalam.

Ketua Pusat Khidmat Hasil Limbang Al-Jefri Habib berkata, sambutan terhadap borang BR1M begitu memberangsangkan sejak hari pertama ia dibuka kepada orang ramai.

Jelasnya, tidak berlaku masalah ketidakcukupan borang kerana ia boleh dibuat salinan serta dimuat turun di laman web LHDN.

"Setakat hari ini (semalam) kita sudah mengeluarkan 10,000 borang BR1M kepada orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan khas RM500 itu.

"Pada masa sama, terdapat pemohon terutama mereka yang datang dari kawasan pedalaman tidak memahami syarat kelayakan memohon menyebabkan berlaku sedikit kesesakan terutama pada hari pertama," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambah Al-Jefri lagi, kebanyakan mereka yang datang ke pejabat LHDN mendapatkan lebih daripada satu borang untuk diberikan kepada individu lain.

"Keadaan ini menyebabkan berlaku sedikit kesesakan kerana ada segelintir yang beranggapan bantuan RM500 dibayar pada hari sama borang diberikan kepada mereka," katanya.

Malah kakitangan LHDN terpaksa berhadapan dengan sesetengah pemohon terutama warga emas yang tidak tahu menulis dan membaca menyebabkan mereka meminta petugas mengisi borang mereka.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan borang kerana pendaftaran penerima masih dibuka sehingga 9 Januari tahun depan.

"Borang BR1M boleh didapati di pejabat LHDN sehingga Januari tahun depan… justeru tidak perlu panik dan menyerbu kaunter kerana masa diberikan cukup panjang," katanya.

Ujarnya, borang yang telah lengkap diisi perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan dan penyata gaji terkini sebelum ia diserahkan untuk proses pendaftaran di pejabat cawangan LHDN.

Sementara di LAWAS, situasi hampir serupa apabila orang ramai berpusu-pusu menyerbu Pejabat Daerah Lawas untuk mendapatkan borang BR1M.

Keadaan menjadi sedikit sesak dan tidak terkawal apabila ribuan pemohon berasak-asak untuk mendapatkan borang kerana khuatir borang yang disediakan tidak cukup.

Menurut sumber, orang ramai masih tidak faham tentang tempoh masa yang diberikan untuk mendapatkan dan mengembalikan borang tersebut.

Kebanyakan mereka hanya bergantung kepada Pejabat Daerah Lawas untuk mendapatkan borang berkenaan walaupun ia boleh dimuat turun daripada laman sesawang LHDN.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan akhbarnya menjelaskan kerajaan menyediakan pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Paras air <b>di Kanowit</b> semakin meningkat | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 05:28 PM PST

by Reno Benjamin. Posted on December 29, 2011, Thursday

TERJEJAS: Wan Mohd membuat tinjauan ke kawasan yang dinaiki air di pekan Machan, semalam.

KANOWIT: Jawatankuasa Banjir Daerah Kanowit mengingatkan orang ramai terutama penduduk yang tinggal di kawasan tebing sungai supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran paras air yang semakin meningkat dan membimbangkan.

Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki berkata, setakat ini antara kawasan yang telah dikenal pasti terjejas dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter ialah kawasan perkampungan serta rumah panjang yang terletak di tebing Sungai Machan dan pekan Machan.

"Kami telah mengenal pasti kawasan perkampungan serta sebuah rumah panjang iaitu Rumah Pawa yang terletak di Nanga Matau dan pekan Machan dinaiki air setakat ini.

"Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang proses permindahan penduduk di semua kawasan yang terlibat dilakukan," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke kawasan yang telah dinaiki air di pekan Machan di sini, semalam.

Tinjauan tersebut turut disertai oleh Pegawai Daerah Kanowit Ibrahim Kipli serta yang lain.

Wan Mohd berkata, Jawa-tankuasa Banjir Daerah Kanowit telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ekoran peningkatan paras air yang semakin membimbangkan.

"Jawatankuasa Banjir Daerah Kanowit telah menjalankan operasi pemantau dari semasa ke semasa di semua kawasan yang terlibat bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung keadaan banjir di Kanowit.

"Sehubungan itu, Jawatan-kuasa Banjir Daerah Kanowit mengingatkan kepada orang ramai terutama penduduk yang tinggal di tepi sungai supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga demi untuk keselamatan bersama," tegasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang turut meng-adakan tinjauan ke kawasan yang dinaiki air di pekan Machan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada wakil Cina atau Iban ketuai jabatan kerajaan <b>di Kanowit</b> <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2011 02:41 PM PST

Posted on December 12, 2011, Monday

SIBU: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kanowit Thomas Laja berharap salah satu daripada jawatan tertinggi di enam jabatan kerajaan di Kanowit diketuai oleh wakil daripada masyarakat Cina atau Iban.

Katanya, ia bertujuan mengurangkan jurang di antara kaum yang boleh membawa kepada rasa tidak puas hati terutama di kalangan penduduk Kanowit.

Thomas menjelaskan, 92 peratus daripada penduduk Kanowit ialah kaum Iban dan agak menghairankan kenapa salah satu daripada jawatan tertinggi di enam jabatan kerajaan di kawasan tersebut tidak diperuntukkan kepada wakil daripada Iban.

Enam agensi kerajaan yang dimaksudkan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kanowit, Jabatan Pelajaran, Penerangan, Kebajikan, Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Kanowit.

Thomas berkata, situasi yang wujud sekarang bercanggah dengan dasar 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kaum Iban sebagai contoh…juga ramai yang berkelayakan untuk meneraju salah satu daripada agensi berkenaan," katanya.

Thomas berkata kerajaan negeri harus meneliti semula sistem perlantikan ke dalam jawatan.

Jelas beliau ia bertujuan untuk mengekalkan konsep sama rata dan dalam pada masa yang sama mempraktikkan konsep berkongsi kuasa.

Wakil rakyat di Kanowit juga ujar beliau, perlu mencari jalan supaya semua orang di Kanowit berpuas hati dengan apa yang mereka cuba usahakan.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Hakisan <b>di Simunjan</b> tidak serius | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2011 05:07 PM PST

by Jessica Jawing. Posted on December 16, 2011, Friday

Peniaga di deretan kedai lama usah bimbang, ia masih mampu diatasi

KUCHING: Peniaga di deretan kedai lama daerah Simunjan tidak perlu bimbang dengan hakisan tanah yang berlaku kerana ia masih mampu ditangani.

Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata sehingga kini hakisan yang berlaku itu tidak berada di tahap yang membahayakan malahan sedang dinaik taraf termasuk tebatan banjir.

"Sehingga kini kejadian itu masih dapat ditangani dan tidak ada isu perpindahan kepada peniaga dikeluarkan.

"Kami sememangnya sudah ada pelan dan projek yang diluluskan dan dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menangani hakisan serta tebatan banjir di tebingan Sungai Simunjan," katanya dalam satu sidang media di sini, kelmarin.

Nancy berkata, dengan pengendalian projek tebatan dan hakisan itu nanti ia diharap tidak mewujudkan kejadian yang tidak diingini termasuk banjir.

Beliau memberitahu, kedai lama pasar Simunjan itu mempunyai kira-kira lima blok deretan dengan kurang 100 peniaga.

Bagaimanapun ujar beliau sebuah bangunan pusat komersial telah dibina berdekatan dengan kawasan berkenaan sebagai persediaan kepada peniaga.

"Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebagai usaha menghadapi kemungkin yang berlaku.

"Kami tidak mahu situasi pada tahun 2009 (banjir di Simunjan) berlaku lagi," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai isu lain, Nancy semalam menafikan dakwaan bahawa beliau tidak mesra media dan turun padang.

"Bagi saya yang penting adalah berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak akan menguarkan sesuatu perkara (kepada media) sehingga ia terlaksana," tegas beliau.

Katanya, beliau lebih memilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat tanpa mengumumkannya berbanding membuat publisiti dalam media.

"Hanya kerana saya tidak tampil dalam akhbar tidak bermakna saya tidak turun padang," katanya.

Menurut beliau sehingga kini kawasan Batang Sadong yang merangkumi Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya, Gedong dan Simunjan mempunyai kira-kira 56,000 penduduk dan sehingga kini mempunyai 15,898 pengundi berdaftar.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia Zoom » PPWS-FAMA anjur program <b>di Simunjan</b>

Posted: 11 Jan 2012 03:03 PM PST

SAMARAHAN 11 Jan. – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) daerah Simunjan telah mengadakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Balai Raya, Kampung Kepayang dekat Simunjan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) baru-baru ini.

Program sehari itu melibatkan 22 cawangan PPWS di daerah Simunjan dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PPWS Sarawak yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Dalam ucapan perasmian, Nancy berkata, program seumpama itu secara tidak langsung dapat mendedahkan bidang keusahawanan kepada kaum wanita di kawasan luar bandar.

"Saya amat terharu melihat penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PPWS daerah Simunjan dalam menjayakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Kampung Kepayang ini.

"Usaha seperti ini sekali gus membuktikan wujudnya semangat kerja berkumpulan dalam PPWS daerah Simunjan untuk bergerak maju ke hadapan," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Kampung Kepayang, Simunjan, dekat sini.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu, menerusi gerai yang disediakan oleh FAMA juga, kaum wanita yang terlibat boleh menjual hasil kraftangan kepada para pengunjung di samping mendidik mereka untuk berdikari dalam bidang keusahawanan.

Terdahulu, beberapa aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan program terbabit seperti pertandingan karaoke, ceramah motivasi keusahawanan, pertandingan memasak Laksa Sarawak, persembahan kebudayaan, pertandingan Pakaian 1Malaysia dan jualan beraneka produk serta hasil kraf tangan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Selasa, 11 Oktober 2011

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


YOTOKUU!!!.: <b>Betong Sarawak</b> bukannya Betong Thailand!!.(01)

Posted: 09 Oct 2011 07:46 PM PDT

                 Assalamualaikum, selamatsejahtera;
      Harap korang semua sihat selalulah dan antry aku yang ke67 ni,aku nak serita tentang bandar Betong. Hari ahad semalam aku serta keluaga pergi ke bandar nilah sekadar utk bersiar2 hujung minggu dismping nak memperkenalkan sikit tentang Pusat pentadbiran bahagian ke11 Betong Sarawak.
   
       Betong bukannya Betong di Thailand atau Bentong di Pahang tapi Betong di Sarawak sebuah bahagian yang baru 9 tahun menjadi pusat pentadbiran bahagian ke11, mengikut susunatur pentadbiran  di negeri Sarawak. Keadaan yg luas dan besar serta mempunyai bandar2, pekan2, kampung2 dan Rumah2 panjang yang padat secara bertaburan.
      Dalam pentadbiran Bahagian Betong diketua oleh seorang Residen dibawahnya pulak terdapat 2 pejabat Daerah yg diketua dua org D.O dan 8 daerah kecil yg diketua seorang SAO dlm tiap2 daerah.Setiap daerah dibantu oleh ketua2 masyarakat yang di ketuai oleh Temenggong/Pemanca dibantu penghulu,ketua2 kampung/Rh.panjang Iban/kapitan cina..nilah secara ringkas susun atur pentadbiran kerajaan di Betong.
      Bahagian Betong mempunyai seorang Ahli parlimen iaitu Datuk Seri Dauglas Uggah menteri sumber asli dan alam sekitar malaysia kita,Beliau dibantu oleh 4 orang ahli dewan undangan negeri yang diketuai oleh Timbalan ketua menteri Sarawak Datuk Partinggi Tan seri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang.
     
      Oklah..setakat ni saja dulu,panjang sangat nanti korang boring baca,tapi aku akan buat entry sambungannya kemudian tentang daerah Betong tempat aku dilahirkan. Korang ceritalah juga daerah kelahiran korang jika ada masa...........jumpa lagi di entry ke2.
  
Full content generated by Get Full RSS.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Meliba FC rangkul kejuaraan bola sepak <b>Simunjan</b> | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2011 05:59 PM PDT

JUARA: Pengurus pasukan Kumpulan 10 menerima piala juara bola sepak daripada Mohd Naroden di Simunjan, kelmarin.

SIMUNJAN: Pasukan Meliba FC yang mempertaruhkan barisan pemain berpengalaman membuktikan kehebatan mereka untuk merangkul juara kejohanan bola sepak di sini kelmarin.

Dengan kejayaan itu, pasukan terbabit (Meliba FC) membawa pulang sebuah piala, piala iringan serta wang tunai RM500.

Naib juara disandang pasukan Ladang 1 dengan meraih sebuah piala, piala iringan dan wang tunai RM350.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Simunjan yang meraih sebuah piala dan wang tunai RM250.

Tempat keempat pula jatuh kepada pasukan 'tuan rumah' Simunjan dengan memenangi sebuah piala dan wang tunai RM100.

Kejohanan bola sepak sembilan sebelah itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kelka Simunjan bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Sementara itu, JKKK terbabit juga menganjurkan kejohanan sepak takraw tertutup nostalgia Kampung Kelka bagi merebut Piala Nek Johet.

Kumpulan 10 Pasukan Wan Abdullah @ Wan Hossien muncul juara kejohanan terbabit.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing dimenangi Kumpulan 8 Pasukan Wan Madehi dan Kumpulan 5 Pasukan Awang Ikhwan.

Turut memeriahkan Pesta Kampung Kelka itu ialah pertandingan karaoke yang dimenangi Wan Hossein Wan Zain (juara), naib juara ialah Farah dan tempat ketiga Wan Sarbini.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Menteri Muda Perancangan Sumber dan Pembangunan Usahawan Bumiputera, Datuk Mohd Naroden Majais pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini kelmarin.

Full content generated by Get Full RSS.

.: Sempena Karnival PBT <b>di</b> Sibu - Kontinjen Majlis Daerah <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2011 09:43 PM PDT

Caption: KAMI SEDIA!!! Kontinjen MDS bergambar kenangan sebelum berangkat ke Sibu untuk menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 bermula 7 hingga 9 Oktober kelak.
SIMUNJAN, Khamis (7 Okt) - Seramai 45 orang pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Simunjan (MDS) telah berangkat untuk menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 yang akan berlangsung  di Bandar Sibu bermula dari 7 hingga 9 Oktober kelak.
Rombongan MDS ke Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 berkenaan telah diketuai oleh ketua kontinjen iaitu Edi bin Amang yang bertolak dengan menggunakan enam buah kenderaan.
Edi ketika ditemui berkata ia merupakan kali ketiga pihak MDS menyertai Karnival Sukan PBT Sarawak 2011 berkenaan.
"Sebagai pasukan yang pernah menjadi juara acara badminton dan bolasepak sebelum ini, pasukan kami akan turut serta dalam acara futsal, bola tampar, dart, kerom, catur dan acara kegemaran iaitu badminton.
"Justeru pihak kami berharap agar dapat mengekalkan prestasi dalam beberapa acara pada Karnival Sukan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) Sarawak 2011 di Sibu ini nanti," katanya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat, Dato Sri Wong Soon Koh dijangka akan menyempurnakan majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah bagi acara selama tiga hari itu nanti.
Turut serta mengiringi kontinjen MDS ialah Setiausaha MDS, Hajah Norhalimah binti Haji Mohd Hamni dan Ahli Majlis MDS, Kanselor Bong Kin Kong.
Full content generated by Get Full RSS.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Chinese History Museum @ <b>Kuching</b>, <b>Sarawak</b> | A Moment Like This

Posted: 11 Oct 2011 04:41 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Chinese History Museum @ Kuching, Sarawak. Have you ever been to the Chinese Museum in Malaysia before? There is one Chinese Museum located at Kuching, Sarawak. It was an interesting trip to explore the history ...

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


~ SATU HIKAYAT ~: CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 05:50 PM PDT

Contoh kertas kerja bagi program universiti, program sekolah dan sewaktu dengannya. perkongsian bagi yang tercari-cari.

1. Pendahuluan

Pada tahun 2009, Pertandingan Kertas Kerja 1 Malaysia @ Kampus (Blueprint) telah dimenangi oleh UPNM, UIAM, UPM, UTAR dan UNITEN. Maka, lima IPT ini diberi tanggungjawab untuk mengetuai Projek Mega 1 Malaysia bersama seluruh IPT di Malaysia.

Projek Mega 1 Malaysia mempunyai 3 siri iaitu Siri Pertama (Pemberian Input), Siri Kedua (Praktikal dan Kajian) dan Siri Ketiga (Dapatan Kajian dan Output). Siri Pertama telah berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu di UPM di mana sesi perbincangan dan penetapan halatuju dilakukan antara pelajar IPT bagi melaksanakan Siri Kedua.

Siri kedua program ini pula akan berjalan mengikut zon masing-masing. UPNM telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai Zon Borneo bersama-sama IPTA dan IPTS di Sabah dan Sarawak.

2. Objektif

2.1 Mengeratkan serta menjalinkan hubungan antara mahasiswa dengan kementerian-kementerian di Malaysia (mesra rakyat).

2.2 Mahasiswa berpeluang bergerak sebagai agen perubahan dalam masyarakat

2.3 Mengeratkan hubungan kerjasama antara mahasiswa IPTA dan IPTS yang wujud di Malaysia.

2.4 Memberi pendedahan serta pengalaman kepada mahasiswa mendalami dan mengupas isu masyarakat dari aspek ekonomi, pendidikan dan sosial.

2.5 Menyemai semangat perpaduan menerusi pendekatan '1 Malaysia' dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

2.6 Memupuk budaya kemasyarakatan di kalangan mahasiswa secara khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

2.7 Menerapkan perasaan cinta dan patriotik terhadap negara kita yang tercinta, Malaysia.

3. Penglibatan

3.1.Projek ini akan dilaksanakan di dua (2) lokasi yang berbeza iaitu satu di Serian, Sarawak, dan satu (2) lokasi di Sabah iaitu Karambunai, Kota Kinabalu.

3.2.Jawatankuasa Projek Mahasiswa 1 Malaysia Zon Borneo iaitu UPNM akan bertindak sebagai penganjur manakala sasaran peserta ialah (100) pelajar dari IPT di Sabah dan Sarawak. UPNM akan bekerjasama dengan mahasiswa dari UMS dan UNIMAS untuk pelaksanaan program di sana.

4. Perlaksanaan Projek

4.1 Butir-butir pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :

4.1.1 Tarikh : 24 – 27 Febuari 2011 (Lokasi 1 : Kg Pangiran Siti HafsahKarambunai, Sabah)

3 – 6 Mac 2011 (Lokasi 2 : Kg Mongkos, Serian, Sarawak)

4.2 Matlamat utama projek ialah memberikan khidmat komuniti kepada sekolah rendah yang dikenali sebagai Program Integrasi Ilmu 1malaysia dan juga Jelajah Mahasiswa bersama Masyarakat dengan matlamat utama memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan dan juga menyemai sikap keprihatinan mahasiswa tentang kehidupan masyrakat Malaysia. Setetusnya, hasil program akan dibentangkan semasa Siri 3 nanti

4.3 Tugas- tugas peserta program adalah seperti berikut :

Bil.

Tugas

Pelaksanaan

1.

Memberi kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan dan juga pemahaman terhadap konsep 1 Malaysia.

-Penambahbaikan perpustakaan sekolah.

-Kem motivasi kepada pelajar sekolah rendah

2.

Membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan.

-Pemberian bantuan makanan dan sebagainya

-Membaikpulih kemudahan awam

3.

Membantu promosi barangan kraftangan masyarakat kampung dan bakat mereka.

-Temubual tidak formal

-Hasil kajian akan dipamerkan dan dibentangkan semasa siri 3

4.

Menjalankan kempen kesedaran tentang pendidikan dan kesihatan dalam kalangan masyarakat.

-Ceramah kesedaran pendidikan dan kesihatan

-Kaunter pemeriksaan kesihatan

4.3 Untuk program di Sabah, peserta akan menumpukan lebih perhatian kepada program di sekolah, yang mana mahasiswa akan mengendalikan kem motivasi kepada pelajar sekolah dan dalam masa yang sama akan menjalankan usaha menambahbaik dan meningkatkan taraf pusat sumber Sekolah Kebangsaan Pangiran Siti Hafsah, Karambunai, Sabah.

4.4 Bagi program di Sarawak, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan diserahkan kepada keluarga angkat yang berbeza yang mendiami rumah panjang dan juga rumah- rumah kampung di Kampung Mongkos, Serian, Sarawak.

5. Keperluan logistik

5.1 Makanan

5.1.1 Bagi makanan untuk program di sekolah, pihak urusetia akan menggunakan khidmat tempahan makanan untuk kesemua mahasiswa dan juga pelajar sekolah yang terlibat.

5.1.2 Manakala untuk program Jelajah Mahasiswa Bersama Masyarakat di Sarawak, makanan akan disediakan dari pihak keluarga angkat masing-masing.

5.2 Pengangkutan

5.2.1 Urusan pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching akan menggunakan khidmat kapal tebang tambang murah Air Asia. Urusan pergerakan ke lokasi program akan disediakan oleh UMS dan UniMAS.

5.2.2 Dimohon agar pihak UniMAS dan UMS menyediakan sebuah van dari lapangan terbang ke tempat berkumpul (UMS atau UniMAS) untuk mengambil penganjur UPNM.

6. Carta Organisasi

Penaung : Prof. Wan Mahzom Bt Ahmad Shah

Penasihat : Encik Rafizul bin Rozlee

Ketua Pengarah Projek : Mohamad Helman Bin Hashim

Tim Pengarah Program 1 : Ahmad Syakir Bin Yusaimi

Tim Pengarah Program 2 : Wan Azizul Faiz Bin Zulkifli

Setiausaha : Wan Nur Hidayat Bin Wan Mohamad

Bendahari : Aslam Hariri Bin Abdul Rashid

Timbalan Bendahari : Tuan Ahmad Nazmi Bin Tuan Mat

Publisiti : Mohd Hatta Bin Idrus

Urusetia program : UMS dan UniMAS

( Jumlah peserta mahasiswa yang akan ke Sabah adalah seramai 7 orang temasuk seorang wakil dari Jawatankuasa Induk iaitu UPM. Manakala jumlah peserta yang akan ke Sarawak adalah seramai 10 orang termasuk seorang wakil dari dari Jawatankuasa Induk iaitu UPM )

7. Tentatif Projek

5.1 Tentatif umum projek adalah seperti berikut :

PROGRAM BERTEMPAT DI SK PANGIRAN SITI HAFSAH, KARAMBUNAI, SABAH

PADA 25-27 FEBRUARI 2011

24 Februari 2011

2.00 petang Bertolak dari UPNM

3.30 petang Sampai ke UMS

8.00 malam Sesi Taklimat bersama urusetia

25 Februari 2011 (FASA 1)

Tentatif Khidmat Komuniti

7.00 pagi Bergerak ke Karambunai

9.00 pagi Sesi suai kenal dan Ramah mesra

10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi Pembahagian khemah dan Kumpulan

12.30-1.30 petang Solat Jumaat dan makan T/hari

2.00-3.00 petang Taklimat Program

3.00-5.00 petang Aktiviti Gotong Royong Pusat Sumber dan Masjid

6.00-8.00 malam Solat Magrib/Makan malam/Solat Isyak/Kuliah Maghrib

8.00-9.00 malam Ceramah 1Malaysia

9.00-9.30 malam Jamuan ringan

10.00 malam Postmoterm

Tentatif Akademik

7.00 pagi Sukan pagi

8.00-9.30 pagi Slot 1 Kertas Pemahaman

10.00 pagi Minum pagi

10.30-12.00 T/hari Slot 2 Kertas Penulisan

12.30-1.30 petang Solat Jumaat dan makan T/hari

2.00-3.30 petang Slot 3 Kertas Bahasa Inggeris

3.30-4.00 petang Minum Petang dan Solat Asar

6.00-8.00 malam Solat Magrib/Makan malam/Solat Isyak/Kulia Maghrib

8.00-9.00 malam Sesi LDK

9.00-9.30 malam Minum Malam

10.00 malam Postmoterm

26 Februari 2011 (FASA 2)

Tentatif Khidmat Komuniti

7.00 pagi Taklimat Gotong Royong

7.30 pagi Sarapan

8.00 pagi Aktiviti Gotong Royong

10.30 pagi Pembahagian khemah dan Kumpulan

12.30-1.30 ptg Solat Zuhur dan Makan T/hari

2.00- 5.00 petang Sukan Komuniti

6.00-8.00 malam Solat Magrib/Makan malam/Solat Isyak/Kuliah Maghrib

8.00-11.00 malam Malam Kebudayaan dan Makan Malam 1Malaysia

10.00 malam Postmoterm

Tentatif Akademik

7.00 pagi Sarapan

8.00-9.30 pagi Slot 4 Kertas Matematik

10.00 pagi Minum pagi

10.30 pagi Slot 5 Kertas Sains

27 Februari 2011 (FASA 3)

Majlis Perasmian Penutupan

Jam 1.45 Petang Ketibaan Y.B Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah

Jam 2.00 Petang Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bertekad Cemerlang

- Bacaan Doa

- Ucapan Alu-aluan Pengarah Program Bersama

- Ucapan Alu-aluan Timbalan Naib Canselor UMS

Ucapan Perasmian Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah

- Persembahan Slide Show

- Persembahan Kebudayaan 1Malaysia

Jamuan Ringan

Hari Pertama (3 Mac 2011)

2.00 petang Bertolak

3.30 petang Sampai ke UNIMAS

8.00 malam Sesi Taklimat bersama urusetia

Hari Kedua ( 4 Mac 2011)

8.00 pagi Bergerak ke Karambunai

9.00 pagi Sesi suai kenal dan Ramah mesra

10.00 pagi Minum pagi

12.00 T/Hari Makan Tengah Hari bersama komuniti

2.00 petang Program Gotong Royong pembersihan kawasan bersama komuniti

4.00 petang Sukan Rakyat bersama komuniti

8.00 malam Sesi ceramah pendidikan dan kesihatan

Hari Ketiga ( 5 Mac 2011 )

8.00 pagi Program Menaik Taraf Kemudahan Awam

12.00 T/Hari Makan Tengah Hari bersama komuniti

2.00 petang Samb. Program Menaik Taraf Kemudahan Awam

4.00 petang Sukan Rakyat bersama komuniti

8.00 malam Persembahan Kebudayaan 1Malaysia.

Hari Keempat (6 Mac 2011)

9.00 pagi Majlis Penutup.

2.00 petang Peserta bertolak pulang ke lokasi masing-masing.

8. Cadangan Peruntukan Kewangan

Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut :

Tiket Penerbangan = RM

Elaun Urusetia = RM

Belanjawan naik taraf perpustakaan sekolah = RM

Belanjawan menaiktaraf kemudahan kampung = RM

Makanan = RM

Publisiti dan promosi = RM

Protokol dan Cenderahati = RM

Sumbangan kepada keluarga angkat = RM

Sukan komuniti bersama masyarakat = RM

Kontigensi = RM

Jumlah = RM

Sumber Kewangan :

Jabatan Pengajian Tinggi, KPT : RM

*Perincian Bajet adalah seperti di lampiran 1 & 2.

9. Penutup

Adalah diharapkan agar semua pihak terutaamanya IPTA dan IPTS yang dijemput dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Diharapkan juga agar ada pihak-pihak yang sudi untuk turut serta membantu menjayakan program ini samaada bantuan dari segi kewangan, material mahupun tenaga kerja.

Disediakan oleh :

………………………………………

( Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad )

Setiausaha,

Jawatankuasa 1 Malaysia Zon Borneo

Full content generated by Get Full RSS.

ads