Rabu, 1 Februari 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Hakisan <b>di Simunjan</b> tidak serius | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2011 05:07 PM PST

by Jessica Jawing. Posted on December 16, 2011, Friday

Peniaga di deretan kedai lama usah bimbang, ia masih mampu diatasi

KUCHING: Peniaga di deretan kedai lama daerah Simunjan tidak perlu bimbang dengan hakisan tanah yang berlaku kerana ia masih mampu ditangani.

Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata sehingga kini hakisan yang berlaku itu tidak berada di tahap yang membahayakan malahan sedang dinaik taraf termasuk tebatan banjir.

"Sehingga kini kejadian itu masih dapat ditangani dan tidak ada isu perpindahan kepada peniaga dikeluarkan.

"Kami sememangnya sudah ada pelan dan projek yang diluluskan dan dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menangani hakisan serta tebatan banjir di tebingan Sungai Simunjan," katanya dalam satu sidang media di sini, kelmarin.

Nancy berkata, dengan pengendalian projek tebatan dan hakisan itu nanti ia diharap tidak mewujudkan kejadian yang tidak diingini termasuk banjir.

Beliau memberitahu, kedai lama pasar Simunjan itu mempunyai kira-kira lima blok deretan dengan kurang 100 peniaga.

Bagaimanapun ujar beliau sebuah bangunan pusat komersial telah dibina berdekatan dengan kawasan berkenaan sebagai persediaan kepada peniaga.

"Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebagai usaha menghadapi kemungkin yang berlaku.

"Kami tidak mahu situasi pada tahun 2009 (banjir di Simunjan) berlaku lagi," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai isu lain, Nancy semalam menafikan dakwaan bahawa beliau tidak mesra media dan turun padang.

"Bagi saya yang penting adalah berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak akan menguarkan sesuatu perkara (kepada media) sehingga ia terlaksana," tegas beliau.

Katanya, beliau lebih memilih untuk terus berkhidmat kepada rakyat tanpa mengumumkannya berbanding membuat publisiti dalam media.

"Hanya kerana saya tidak tampil dalam akhbar tidak bermakna saya tidak turun padang," katanya.

Menurut beliau sehingga kini kawasan Batang Sadong yang merangkumi Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya, Gedong dan Simunjan mempunyai kira-kira 56,000 penduduk dan sehingga kini mempunyai 15,898 pengundi berdaftar.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia Zoom » PPWS-FAMA anjur program <b>di Simunjan</b>

Posted: 11 Jan 2012 03:03 PM PST

SAMARAHAN 11 Jan. – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) daerah Simunjan telah mengadakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Balai Raya, Kampung Kepayang dekat Simunjan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) baru-baru ini.

Program sehari itu melibatkan 22 cawangan PPWS di daerah Simunjan dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PPWS Sarawak yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Dalam ucapan perasmian, Nancy berkata, program seumpama itu secara tidak langsung dapat mendedahkan bidang keusahawanan kepada kaum wanita di kawasan luar bandar.

"Saya amat terharu melihat penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PPWS daerah Simunjan dalam menjayakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Kampung Kepayang ini.

"Usaha seperti ini sekali gus membuktikan wujudnya semangat kerja berkumpulan dalam PPWS daerah Simunjan untuk bergerak maju ke hadapan," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Kampung Kepayang, Simunjan, dekat sini.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu, menerusi gerai yang disediakan oleh FAMA juga, kaum wanita yang terlibat boleh menjual hasil kraftangan kepada para pengunjung di samping mendidik mereka untuk berdikari dalam bidang keusahawanan.

Terdahulu, beberapa aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan program terbabit seperti pertandingan karaoke, ceramah motivasi keusahawanan, pertandingan memasak Laksa Sarawak, persembahan kebudayaan, pertandingan Pakaian 1Malaysia dan jualan beraneka produk serta hasil kraf tangan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads