11 di limbang - Google Blog Search |
Pemburu kepala cari mangsa <b>di Limbang</b>, Sarawak? @ | Luv 2 Share | Posted: 24 Nov 2011 07:13 PM PST 25. Nov, 2011 LIMBANG : Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat 'memburu' mangsanya ketika musim cuti sekolah ini. Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang. Pemburu kepala manusia atau dikenali 'pengait', kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya. Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama. Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar 'ganti rugi' kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan. Dalam pada itu, Ketua Polis Da-erah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut. Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa. "Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar. "Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan me-ngukuhkan struktur sesebuah jambatan," katanya semalam. Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai. Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah. "Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.
Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka. Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai. Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan. |
Lebih 10000 borang BR1M sudah diedarkan <b>di Limbang</b> <b>...</b> Posted: 13 Dec 2011 03:32 PM PST Posted on December 14, 2011, Wednesday LIMBANG: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Limbang sudah mengeluarkan kira-kira 10,000 unit borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk di daerah ini dalam tempoh empat hari bermula Sabtu lepas hingga semalam. Ketua Pusat Khidmat Hasil Limbang Al-Jefri Habib berkata, sambutan terhadap borang BR1M begitu memberangsangkan sejak hari pertama ia dibuka kepada orang ramai. Jelasnya, tidak berlaku masalah ketidakcukupan borang kerana ia boleh dibuat salinan serta dimuat turun di laman web LHDN. "Setakat hari ini (semalam) kita sudah mengeluarkan 10,000 borang BR1M kepada orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan khas RM500 itu. "Pada masa sama, terdapat pemohon terutama mereka yang datang dari kawasan pedalaman tidak memahami syarat kelayakan memohon menyebabkan berlaku sedikit kesesakan terutama pada hari pertama," katanya ketika dihubungi semalam. Tambah Al-Jefri lagi, kebanyakan mereka yang datang ke pejabat LHDN mendapatkan lebih daripada satu borang untuk diberikan kepada individu lain. "Keadaan ini menyebabkan berlaku sedikit kesesakan kerana ada segelintir yang beranggapan bantuan RM500 dibayar pada hari sama borang diberikan kepada mereka," katanya. Malah kakitangan LHDN terpaksa berhadapan dengan sesetengah pemohon terutama warga emas yang tidak tahu menulis dan membaca menyebabkan mereka meminta petugas mengisi borang mereka. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak perlu tergesa-gesa mendapatkan borang kerana pendaftaran penerima masih dibuka sehingga 9 Januari tahun depan. "Borang BR1M boleh didapati di pejabat LHDN sehingga Januari tahun depan… justeru tidak perlu panik dan menyerbu kaunter kerana masa diberikan cukup panjang," katanya. Ujarnya, borang yang telah lengkap diisi perlu disertakan dengan salinan kad pengenalan dan penyata gaji terkini sebelum ia diserahkan untuk proses pendaftaran di pejabat cawangan LHDN. Sementara di LAWAS, situasi hampir serupa apabila orang ramai berpusu-pusu menyerbu Pejabat Daerah Lawas untuk mendapatkan borang BR1M. Keadaan menjadi sedikit sesak dan tidak terkawal apabila ribuan pemohon berasak-asak untuk mendapatkan borang kerana khuatir borang yang disediakan tidak cukup. Menurut sumber, orang ramai masih tidak faham tentang tempoh masa yang diberikan untuk mendapatkan dan mengembalikan borang tersebut. Kebanyakan mereka hanya bergantung kepada Pejabat Daerah Lawas untuk mendapatkan borang berkenaan walaupun ia boleh dimuat turun daripada laman sesawang LHDN. Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan akhbarnya menjelaskan kerajaan menyediakan pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pada pembentangan Belanjawan 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di limbang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan