Inilah yang berlaku di Sarawak sekarang bagi yang mempertahankan tanah adat NCR dari diceroboh oleh syarikat-syarikat yang kebanyakkan mengupah 'samseng' untuk menghalau dan mengertak serta menakutkan penduduk.
Tidak dinafikan banyak kes yang melibatkan Syarikat Perladangan di Sarawak dikatakan berkompromi 'orang-orang berkuasa' bagi meneruskan aktiviti kekejaman dan merampas Tanah Adat penduduk dan segala berita ini tidak akan mampu dapat disalurkan kepada media-media Perdana yang dikuasai oleh kerajaan Sarawak dan hanya disiarkan oleh Media Alternatif UNITED DAILY NEWSsahaja.
Tetapi Tidak lagi , satu persatu pembongkaran dan kekejaman syarikat perladangan kelihatan banyak 'bersekongkol' dengan 'individu' yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah 'parti politik'.
Danau Melikin iaitu dipegang YB bahagian tersebut ( tidak perlulah dinyatakan atas keselamatan penulis ) kelihatan 'tidak berupaya' malah banyak membuat sikap 'lepas tangan' dalam hal ini.
Sepertimana kes yang dinyatakan oleh YB See Chee How dibawah :
Rosni ( Isteri Surik ) menunggu di luar hospital kelihatan sedih dan letih.
Seorang petani berusia 67 tahun dan penduduk kampung Kampung Tasik Krangas, Serian Surik Anak Muntal, diserang kejam di luar Sekolah Sg Menyan semalam, segera dimasukkan ke hospital Serian dan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan serius yang dialami, dengan pergelangan tangan patah, kedua-dua kaki luka patah dan pelbagai.
Menurut kepada isterinya, Rosni Langap, Surik mengalami patah pergelangan tangan apabila beliau memegang tangan beliau untuk menyekat parang yang mengayunkan ke arah lehernya.
Mangsa Surik ak Muntai yang mengalami kecederaan parah di kaki, lutut & tangan.
Eksekutif Pentadbiran Syarikat Perladangan United TeamTrade Sdn Bhd, yang Surik kenalpasti kepada polis, sebagai salah satu penyerang, telah ditangkap dan ditahan selama 3 hari.
Perkara mengenai tanah NCR penduduk di Danau Melikin telah dibawa ke Mahkamah Tinggi di Kuching.
Saya ( YB See Chee How ) telah menulis surat kepada Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak dan Tan Sri KPN, dengan harapan bahawa mereka akan mengambil notis peribadi perkara ini.
Update: (pics yang diambil di hospital Serian pada hari kejadian)
Pembedahan di Hospital Umum Sarawak mengambil masa hampir 5 jam semalam. Pakar bedah yang baik dibaiki tendon yang telah dipotong dan bersalut patah pergelangan tangan beliau.
Juga mereka dibaiki kecederaan lututnya. Dia perlu hidup tetapi kekal pada risiko jangkitan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Sebagai hasil daripada serangan kejam, Surik mempunyai pelbagai kecederaan termasuk patah teruk berpecah kedua-dua tulang di pergelangan tangan kanan, dengan luka luka tercalar dari 4cm x 2cm parang. Dia mempunyai patah bersalut. Beliau juga mempunyai tendon cut dibaiki.
Beliau juga mengalami kecederaan pada kedua-dua lutut. Terdapat keretakan di kedua-dua tempurung lutut dan pakar bedah telah dikeluarkan tendon terperangkap dalam salah satu keretakan tempurung lutut. Rupa-rupanya kecederaan lutut disebabkan oleh trauma tumpul, dipukul dengan objek keras.
Pada masa ini, lengan kanan dan kakinya adalah dalam cast plaster.
Menurut kepada rakan doktor yang melawat Surik pagi ini, kecederaan serius. Beliau memuji pakar bedah di SGH untuk kerja-kerja baik mereka tetapi tidak boleh pasti sama ada Surik akan dapat menggunakan tangan kanannya seperti biasa dan berjalan biasanya dalam masa depan.
Beliau, bagaimanapun, optimistik bahawa Surik mempunyai peluang yang baik pemulihan penuh dengan fisioterapi yang baik dan galakan.
MIRI: "Kami tidak mahu digelar sebagai penduduk sampah," keluh Sabak Isa tentang projek pelupusan sampah di Bekenu, di sini.
Menemui pemberita di sini semalam, Sabak, 65, meminta kerajaan segera memindahkan tapak pelupusan itu ke lokasi lain agar masalah bau dan pencemaran sungai dapat diatasi.
Berasal dari Kampung Keluru Jaya Sibuti, Sabak mendakwa masalah berkenaan semakin serius sejak lima tahun lalu setelah longgokan sampah harian dikatakan tidak diuruskan dengan sempurna.
"Setiap kali hujan lebat, air sampah ini mengalir ke sungai dan membawa bersama bau busuk," katanya sambil memberitahu bahawa sungai berbau busuk seperti Sungai Kejapil, Buaya, Keluru dan Maritam.
Sabak tidak mahu pencemaran bau dari projek itu akan memberi imej negatif terhadap cara hidup mereka di mata masyarakat lain, kerana mendiami kawasan berdekatan sampah sarap.
Beliau memberitahu, kampung paling terjejas ialah Kampung Subak yang terletak berhampiran pusat berkenaan termasuk beberapa kampung lain seperti Kampung Keluru Jaya, Satap, Keluru Tengah, Kejapil, Sepurau, Opak dan Beraya.
"Harapan kami agar kerajaan akan meneliti permasalahan dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah terbabit," jelasnya.
Masalah itu katanya, turut mendapat perhatian wakil-wakil rakyat serta Datuk Bandar Miri Lawrence Lai yang hadir menemui penduduk dan mengunjungi pusat berkenaan.
Menurutnya, aduan juga telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Januari lalu.
Dalam pada itu, pusat berkenaan yang beroperasi sejak 2003 menguruskan sampah dari kawasan di bawah tadbiran Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Daerah Subis (MDS) dan Bakong dengan purata sampah sebanyak 75 tan metrik sehari.
Kerajaan telah membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu di tapak pelupusan sisa pepejal di Kampung Subak, Bekenu bernilai RM24 juta dan siap pada penghujung Disember lalu untuk menampung tiga sel pelupusan yang hampir penuh.
Pembinaan sel keempat itu mampu menampung bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.
Ia memiliki teknologi efisien seperti aplikasi sel pelupusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.
Teknologi ini diharap dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Subak dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat, air sampah yang masuk ke Sungai Nibong serta tumpahan air sampah di kawasan kampung mereka.
Istilah ini mungkin tidak asing bagi pelajar Tingkatan 2. Di mana sebenarnya Gua Nasib Bagus ini? Ada buku sebut Gua Niah, ada pula sebut Gua Mulu. Di bawah topik Bab12 Petempatan, m/s 115 dalam buku teks, ia disebut bahawa:
"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia. Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m. Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus. Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."
Maklumat di atas ini mengandungi beberapa kesilapan, di antaranya:
"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia. Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m. Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus. Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."
Tulis yang italic dan berwarna ungu sebenarnya agak mengelirukan. Kesilapannya ialah: 1. Gua Niah bukan gua terbesar di dunia. Ia dikatakan boleh memuatkan 3 padang bola sepak, dan bukannya 70 buah kapal terbang Airbus. 2. Gua Niah bukan terletak di Taman Negara Mulu. Ia sebenarnya terletak di Gunung Subis di Bahagian Miri, Sarawak. 3. Gua Niah juga bukan dipanggil "Lubang Nasib Bagus".
Lain pula ceritanya tentang Gua Mulu. Taman Negara Mulu juga terletak di Bahagian Miri. Gunung Mulu terbentuk 5 juta tahun dahulu. Di dalam taman negara ini terdapat banyak gua. Di antaranya ialah Gua Nasib Bagus, Gua Rusa (Deer Cave) dan Clearwater Cave. Maka Gua Nasib Bagus adalah di dalam Taman Negara Mulu. Di dalam Gua Nasib Bagus pula terdapat "Kamar Sarawak" (Sarawak Chamber) - ruangan yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747.
Gua Niah pula adalah gua yang tertua di Sarawak. Ia terletak di Gunung Subis. Gua batu kapur ini terbentuk 16 - 20 juta tahun dahulu. Tinggalan manusia 40,000 tahun dahulu boleh dijumpai di sini. Maka, petempatan awal juga boleh dijumpai di sini.
Trip 3 hari ke Miri Sarawak telah pun berakhir :( Now masa untuk rewind semula cerita semasa berada di Miri Sarawak ! Senarai Tempat yang dikunjungi 1) Muara Restoran 2) Miri City Fan 3) Gua Niah 4) Grand Old Lady 5) Dinotrek by Petronas 6) Kanada Hill 7) San Ching Tian Taoist Temple 8) Taman Awam Miri
Kitorang gerak daripada kuching jam 12.05pm menaiki AirAsia dan sampai di Airport Miri pada jam 1.10pm. Daripada Airport Miri kitorang ber ENAM naik teksi dan bergerak ke hotel untuk merehatkan diri memasingg
Sesampai je kat bandar Miri , suasana nya saling tak tumpah macam Kuching haa , hotel bersepah-sepah , cuma bagi aku , Kuching lebih banyak bangunan lagi la daripada Miri , and bangunan kat Kuching lebih tersusun dan berpusat di satu tempat sahaja :)
Sampai hotel , rehat2 , guling2 atas katil & pergi Makan . Kitorang sewa dua buah kereta Hillux Accent untuk trip di Miri ! :) some tips ,kalau nak jalan kat Miri , lagi best kalau sewa kereta sebab kalau nk pergi semua tempat yg menarik , agak penat la kalau nk jalan kaki . Same goes to Kuching , kalau nk pergi tempat menarik di kuching , lagi best kalau sewa kereta , banyaakk lagi tempat yg menarik boleh pergi :)
Malam tu kelaparan ! makan dekat Muara Restoran ! makan nasi Lalapan , bagi sesiapa yang berkunjung ke Miri , wajib pekena nasi Lalapan ye , macam2 nasi lalapan ada , keli , daging , kembung dll.
Lepas isi perut ,kitorang terus pergi Miri City Fan ! untuk entry penuh & semua gambar di Miri City Fan klik sini ---->> ( Miri City Fan entry ) atau klik pada gambar di bawah :D
Balik daripada Miri City Fan , kami kena tidur dan persiapkan diri dengan rehat sebab esok nya nak pergi Gua Niah !! weee
Ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki ke Gua Niah , satu pengalaman baru dan menarik ! Alang2 belajar kat Sarawak , baik teroka Sarawak betei2 kan kan . Untuk entry penuh beserta gambar klik sini --------> ( Gua Niah Entry ) atau klik pada gambar di bawah :D
Malam balik daripada Gua Niah , semua orang dah kepenatan , balik tido !!! 10 MAC : Harini merupakan hari terakhir berada di MIRI , Semua tempat yang kami plan nak pergi alhamdulillah selamat sampai :D tempat yang kitorang tak pergi cuma Crocodile Farm & Tamu Muhibah. takpe, crocodile farm tu, kat Kuching pun ade , bersepah2 buaya. wkwkwkw Ini merupakan senarai tempat yang di kunjungi pada 10 Mac !! klik pada link tempat untuk tgk gambar disana ! :)
1) Grand Old Lady <--- Muzium Petroleum !! klik untuk tgk gambar 2)Dinotrek by Petronas <----- haha the best part , meet the dinasour(s) ! 3)Kanada Hill<----- pemandangan cantik :) San Ching Tian Taoist Temple 4)Taman Awam Miri <----- terbaik !! jambatan gantung ! Yeayy berakhir sudah jelajah Miri pada jam 6 petang 10 MAC 2013 , flight kami jam 9.45pm . sebelum balik kami singgah di Terusan Beach ! mandi laut sekejap dalam setengah jam macam tu sebelum balik :) Sebelum singgah airport, ternampak signboard "selamat datang ke Miri" kat tengah jalan , kitorang singgah jap nak tgkp gmbar :D
Overall mmg best ! haha dan pengalaman di Gua Niah adalah pengalaman yang takkan aku lupa sampai bila2 . weee
KAPIT: Kaban parliman Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi ngarika sida sebilik enggau perintah menua Sarawak meri terima kasih ngagai raban ari 845 Royal Naval Air Squadron ti udah nemuai ke Kapit.
Raban 19 iku nya diarika 16 iku ke gawa nyadi pemesai lalu 3 iku veteran, dua iku ari veteran nya kala gawa ba Nanga Ga'at, Baleh ari taun 1963 nyentuk ke taun 1966, 48 taun ke udah. Neil Burns Thomson 74 taun enggau Mike Thompson 71 taun mengkang idup taja pan ditabanka helikopter labuh.
Kena 14 April taun 1965, Neil nadai nenama lebuh helikopter wessex labuh ba ulu Mirirai, Batang Baleh ketegal bisi penyai ba sistem.
Iban ba menua nya ngelar iya 'Antu Gayu Ulu Mirana'. Kena 4 March taun 1965, semina seiku Mike aja ke idup ari lapan iku ke diundan helikopter ke labuh ba Sungai Puro, urung 15 batu ari ili Nanga Ga'at.
Alexander bejaku munyi nya ba rumah iya di Jalai Puan Sri Tiong, maya pengerami makai lemai nyambut penatai soldadu British nya kena lemai 9 March tu tadi, nyerumba penemuai tiga hari ngagai Kapit. Raban nya datai di Kapit kena 8 March.
"Kami amat ngarapka kita nemuai ke Kapit baru sepengudah 48 taun. Ukai nyamai nengah pejalai ke jauh, 14 jam numpang bilun ari London ke Malaysia. Penemuai kita tu besai amat reti laban Sarawak taun tu deka ngintu penumbuh ti ke-50 masuk gempung Malaysia.
"Kami nemu kita meh bakih kami. Uji kita nanya sekeda orang ditu, enti sida nemuai, menua ti deka digusung sida. Nyauka serap orang ditu madahka menua England. Kelimpah ari nya, sida nemu amat pasal English Premeir League (EPL) ", ku Alexander.
"Taja pia, pekara nya bedau chukup dikena mandangka penaluk kami ngagai pengawa ti udah dikereja 845 Royal Air Squadron di Kapit enggau Sarawak. Skuadron 845 udah gawa ditu tang datai nemuai kitu ngabas tiang pengingat ba Nanga Ga'at ke dikena ngelai bala kaban soldadu sida ke udah parai dia.
"Nengah penemuai tu, kami deka nyendiaka pelasar ke manah agi dikena ngemanahka kaul. Taun tu, aku meri RM 10,000 geran ari perintah dikena ngemanahka agi batu pengingat nya laban batu pengingat nya meh ti nyadi kelai ke kitai semua," ku iya.
Berebak enggau pengerami nya mega , Alexander lalu nyuaka tepa ngagai ketuai raban nya, Leftenan Mark Christopher Mason.
Mark lebuh ke bejaku madahka, iya enda nyadang penemuai sida nerima sambut ke manah amat. Kami berasai gaga endar ati. Kami arapka ulih diau ditu belama. Kami mega arapka penemuai tu ulih nyadi penyintal kaul kitai belama. Kami meri terima kasih laban udah meri RM 10,000 dikena ngemanahka batu pengingat nya ngambika tan lama nyentuk ke uchu kami jemah ila.
"Ungkup pemesai sereta rayat di Kapit, kami meri besai terima kasih laban udah ngelaluka penatai kami kitu. Nyadi siti ari basa ngagai kami ke datai kitu betemu enggau kita sereta bekunsika pengingat nya ", ku iya.
"Terima kasih mega ngagai Kaban Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi, Sapit Ketuai Opis Kunsil Pelilih Kapit, Jefferson Jamit, Residen Kapit, Dahim Nadot sereta semua ti bekaul enggau penemuai kami tu ke dikumbai, 'Down The Memory Lane'.
"Genap iku kami berasai gagit endar ati senentang pekara ke nyadi entara taun 1963 nyentuk ke taun 1966, maya konfrantasi entara Malaysia enggau Indonesia. Kami semua datai ari England nemuai ngagai Nanga Ga'at, Batang Baleh ke alai 24 iku soldadu British sudah parai kena 12 April taun 1965 ditabanka dua buah helikopter Wessex labuh.
"Batu pengingat Nanga Ga'at digaga dalam taun 1970. Kelimpah ari nya bisi mega kaban ari Royal Air Naval Station England datai ke Kapit meri basa ngagai kaban soldadu ke parai maya penyarut ke nyadi, iya nya Indonesia ngelaban pengawa numbuhka menua Malaysia bepun ari menua tu udah merintah diri kelia ", ku Mark
Seraban 16 iku sida ke nemuai kitu nyengkaum Mejar Mark, Leftenan Christopher Mason, Leftenan Julia Davies, David Hoogewere, Nick Charlesworth, Andrew McMaster, Lee Catelani, Aaron Cross, JamesPhilips, Freddy Durrant, Steve Bowman, Scott Holliday, Lee Andrews, Matt Heal, Charlie Preschardt enggau Gaz Aemes. Tiga iku soldadu veteran British iya nya Cyvil Goodhand, Neil Burns Thomson enggau Mike Thomson.
Cyvil kala gawa ba Bagi menua Kuching ari taun 1963 nyentuk ke taun 1966 ti mungkur Kuching, Serian, Bau enggau Lundu. Neil enggau Mike kala kena serang ba Bagi menua Sibu lebuh bejalaika pengawa nyaga menua Kanowit, Song enggau Kapit. Neil seduai Mike bestesyen ba Nanga Ga'at maya British belaban enggau pengeruga menau ari Indonesia.
Sama bisi ngulu pengerami nya Kaban Parlimen Hulu Rajang , Datuk Billy Abit Joo, Kapit Resident, Dahim Nadot,D.O, Elvis Didit, chairman Gerempung Ex-Soldadu pampang Kapit , Wilfred Billy Panyau, Sapit ketuai Opis Kunsil Pelilih Mit Kapit, Jefferson Jamit, Pemesai Warran Marin 9 Briget Sibu, chairman Serakup Dayak Sarawak( SDNU), Joseph Jinggut enggau chairlady SID, Minor Panyau.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
SARIKEI: Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Poniman Margiman mengingatkan anggotanya agar tidak mengunjungi pusat hiburan sesuka hati terutamanya dengan hanya tujuan untuk berhibur sahaja.
Katanya, banyak perkara yang boleh berlaku sekiranya tabiat seperti ini kerap diamalkan, tetapi yang paling nyatanya ialah tabiat itu mempunyai banyak kesan negatif daripada yang positif kepada anggota tersebut.
"Kita sarankan hanya anggota yang mempunyai tugas atau misi sahaja yang digalakkan mengunjungi lokasi ini.
"Objektif kita membuat peringatan sedemikian bukannya mengongkong hak dan kebebasan anggota, tetapi untuk memastikan anggota kita tidak terlibat dengan masalah tatatertip, disiplin dan lain-lain kemungkinan yang mampu memusnahkan masa depan, kerjaya mereka dan menjejaskan imej polis," katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei.
Katanya, ini kerana kebanyakan masalah disiplin yang berlaku kepada anggota adalah berpunca daripada tabiat tersebut.
Pada majlis sama, seramai 25 orang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan sokongan IPD Sarikei yang cemerlang dalam menjalankan tugas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Menurut Poniman, kadar indeks jenayah bagi tahun lalu menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2011.
"Pada tahun 2011, sebanyak 327 kes dilaporkan berlaku, manakala bagi tahun 2012 hanya 271 kes dilaporkan. Jumlah tersebut menunjukkan peratusan penurunan kes sebanyak 56 kes atau bersamaan dengan 17.1 peratus.
"Bagi jenayah jalanan pula, pada tahun 2012 sebanyak 14 kes dilaporkan, manakala bagi tahun 2011 terdapat sebanyak 54 kes berlaku. Ini menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 54 kes.
"Untuk kadar pertuduhan pula, IPD Sarikei berjaya mencapai tahap 28.4 peratus bagi tahun lalu iaitu melepasi sasaran atau tahap sasaran iaitu 25 peratus," jelasnya.
Tambah Poniman, semua kejayaan yang dicapai adalah berkat usaha gigih dan prestasi cemerlang ditunjukkan oleh para anggota di samping kerjasama erat masyarakat setempat.
"Pada masa yang sama, pasukan kita sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa," katanya.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak memberitahu bahawa pendidikan adalah modal yang cukup penting bagi mengubah masa depan seseorang individu.
Sehubungan itu, beliau akan sentiasa membantu guru-guru terutama di luar bandar sekiranya menghadapi masalah dalam soal berjuang untuk menyalurkan pendidikan kepada anak-anak.
Menurutnya, apa sahaja majlis yang dianjur oleh pihak sekolah sama ada sekolah di bandar mahupun luar bandar beliau akan hadir ke majlis itu bagi mendengar masalah sekolah terbabit.
"Saya akan di belakang anda semua (guru) dalam tugas memastikan mutu pendidikan anak-anak kita dalam tahap cemerlang," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Warga Pendidik di pekarangan Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu, di sini kelmarin.
Pada majlis itu, Nyalau menyampaikan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu.
Sementara itu, Nyalau menasihati warga pendidik terutama di Lubok Antu berkhidmat dengan sebaik-baiknya dalam tugas mendidik anak-anak semua a-gar mereka akan menjadi orang berguna suatu hari nanti.
"Saya minta semua guru menjalankan tugas dengan baik de-ngan seribu harapan akan lebih ramai anak-anak cerdik pandai lahir dari kawasan Lubok Antu suatu hari nanti," katanya.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Penolong Pegawai Pelajaran Pejabat Daerah Lubok Antu Hidi Mehitu, kakitangan kerajaan dan warga pendidik sekitar daerah ini.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
LUBOK ANTU: Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP James Johnathan memberitahu bahawa daerah Lubok Antu menunjukkan perkembangan yang baik dalam penurunan kadar kes jenayah tahun lalu.
Katanya ini terbukti apabila kadar indeks jenayah di kawasan Lubok Antu menurun sebanyak 4.54 peratus iaitu 21 kes bagi tahun 2012 berban-ding 22 kes pada 2011.
Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakan kes jenayah di kawasan terbabit pada tahun lalu adalah meliputi kegiatan pecah rumah iaitu sembilan kes manakala kes kecurian enam kes.
"Kami akan memberi tumpuan kepada kes pecah rumah dan curi bagi memasti-kan kawasan Lubok Antu selamat didiami masyarakat," katanya pada Perhimpunan Bulanan Pasukan Polis Diraja Malaysia yang pertama pada 2013 di Padang Kawat IPD Lubok Antu, di sini.
Menurut James, sebanyak empat kes kemalangan maut yang melibatkan lima kematian dicatatkan berlaku di kawasan Lubok Antu tahun lalu berbanding lima kes kemala-ngan maut yang melibatkan 15 kematian pada 2011.
Secara keseluruhannya, se-jumlah 114 kes kemalangan pada tahun lalu berbanding 120 kes pada 2011 yang kebanyakannya berlaku di kawasan Jelukong, Sedarat, Engkilili.
"Justeru, saya menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, tidak memandu terlalu laju dan tidak memotong di kawasan selekoh atau garis berkembar demi mengelak kemalangan maut," katanya.
James turut memohon kerja-sama daripada semua warga Lubok Antu terutama di pekan Lubok Antu agar sentiasa mengunci premis kediaman masing-masing.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
IKLAN JAWATAN KOSONG LSS : Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang ... http://www.srb.sarawak.gov.my/
lembaga sungai sungai sarawak sibu jawatan kosong terkini 2011 ... Jawatan Kosong Sarawak Energy Berhad Building on a proud history ... http://malaysiajobs.biz/search/lembaga-sungai-sungai-sarawak-sibu-jawatan-kosong-terkini-2011
jawatan kosong lembaga sungai sungai sarawak 2011 ... Jawatan Kosong Sarawak Energy Berhad Building on a proud history, Sarawak ... http://malaysiajobs.biz/search/jawatan-kosong-lembaga-sungai-sungai-sarawak-2011
Jawatan kosong LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) ... saya ingin memohon jawatan sebagai kerani dalam LHDN limbang sarawak ... http://skorcareer.com.my/blog/jawatan-kosong-lhdn/2007/07/20/
Majlis Perbandaran Padawan, Kota Padawan, Pasar Batu 10, Peti Surat 620, 93712 Kuching, Sarawak. Tel: 082-615566, Fax: 082-611832 e-mail : mpp@tm.net.my http://www.mpp.gov.my/eng/index.htm
... Kerja Online -Menyiarkan Iklan-Iklan Jawatan Kosong ... LSS Electrical Hypermart, Bayan Lepas, Pg ... JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KE... http://www.getkerja2u.com/2009/12/today-vacancy_30.html
Jobsmalaysia, Jawatan Kosong Kerajaan, kerja kosong ... we are seeking certified and experienced Lean Six Sigma ... CAREER FOR MALAYSIAN CITIZENS IN LEMBAGA TABUNG HA... http://www.newjobsmalaysia.net/2011/06/career-in-sime-darby-june-2011.html
This entry was posted
on Monday, March 5th, 2012 at 8:41 am and is filed under New Job.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), merupakan sebuah kawasan pembangunan wilayah di Sarawak yang terletak dari Similajau di Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah, kapit dijangka menjadi kawasan paling progresif membangun. Impak daripada pembangunan SCORE itu kemudiannya akan dinikmati secara berterusan oleh penduduk di negeri ini apabila keseluruhan RM330 billion dilaburkan sepenuhnya menjelang 2030. Wawasan yang direncakan ini adalah inisiatif penting kerajaan menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi.
Bagi tempoh tiga tahun pertama SCORE dilancarkan, ia berjaya menarik pelaburan berjumlah RM20.3 bilion membabitkan 11 projek dengan lapan daripadanya bagi Taman Perindustrian Samalaju, manakala dua lagi di Hab Halal Tanjung Manis.
Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sembilan projek diluluskan dengan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan enam jalan raya baru ke kawasan sumber tenaga, satu projek bekalan air ke Samalaju, satu taman perindustrian di Samalaju dan satu projek lapangan terbang di Mukah. Mukah yang dirancang sebagai bandar pintar menerima pelaburan RM600 juta bagi industri berat, selain daripada itu Mukah yang terletak di tengah kawasan liputan SCORE, dirancang sebagai pusat pentadbiran koridor dengan pejabat syarikat pelaburan luar dicadang dibina di kawasan berkenaan.
Manakala untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula (RMK-10) SCORE menerima peruntukan RM300 juta bagi melaksanakan sembilan projek yang kini di peringkat pelaksanaan, termasuk Taman Perindustrian Samalaju.Setakat ini, Taman Perindustrian Samalaju menerima lapan pelaburan dengan nilai RM17 bilion terdiri daripada industri berat yang memerlukan banyak tenaga, manakala dua pelaburan di Hab Halal Tanjung Manis bernilai RM2 bilion membabitkan projek akuakultur. SCORE yang berpontensi menjana tenaga boleh diperbaharui dikatakan mencatatkan kejayaan di dalam pengeluaran produk berasaskan pertanian dan pengeluaran sehingga mampu menjadi hab makanan halal. Menurut Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak, "Kita dikurniakan dengan kawasan tanah yang luas dan air yang banyak. Kita kini mempunyai jumlah sumber tenaga yang diperlukan. "Kita juga sebuah negara Islam dan sekaligus sangat menarik kepada para pelabur Arab yang kaya minyak. Kita juga boleh mengeksploit pasaran makanan halal dunia, yang sangat besar,". Ini kerana, pelaburan awal yang datang RM200 juta adalah daripada pengeluaran makanan dengan mengguna pakai teknologi moden. Tambah beliau lagi, "Mereka juga mempunyai program untuk melabur RM4 bilion di dalam tempoh lima tahun dari sekarang," Oleh disebabkan itu, kerajaan akan memastikan kawasan Tanjung Manis sebagai hab halal itu bebas daripada pencemaran, dan langkah yang diambil ialah dengan mengurangkan jumlah kenderaan untuk memasuki kawasan itu. Perancangan jangka masa panjang itu sangat jelas kerajaan gigih berusaha memajukan negeri ini setanding negara maju. Menurut kenyataan Pengarah Unit Perancang Negeri Sarawak, Datuk Ismawi Ismuni, berkata ketika ini Sarawak ada 977,000 tenaga kerja dengan penduduknya berjumlah 2.5 juta. "Melalui SCORE, peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan menjelang 2030 adalah 2.5 juta. "Ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Sarawak untuk merebut pelbagai peluang pekerjaan yang bakal wujud, terutamanya di kalangan generasi muda yang terlatih dan mempunyai kelulusan," sumber Berita Harian.
by Watt Zacchaeus. Posted on March 13, 2013, Wednesday
PELANCARAN: Taib menandatangani plak digital untuk melancarkan penyambungan Kapit ke talian Grid Negeri Sarawak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Kapit, semalam.
Jawatankuasa khas mampu rancak pembangunan dan kemajuan Bahagian Kapit: KM
KAPIT: Cadangan penubuhan Jawatankuasa Rancangan Wilayah Kapit diharap akan merancakkan lagi pembangunan dan kemajuan di bahagian ini.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ini menunjukkan usaha keras kerajaan negeri untuk membantu serta lebih komited memajukan kawasan pedalaman di hulu sungai-sungai di negeri ini.
Jawatankuasa yang ditubuhkan itu, katanya, akan terlibat dalam membangunkan kawasan hulu Baram di Miri dan hulu Kapit.
"Saya mengarahkan timbalan saya iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sebagai pengerusinya, sambil dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Alexander Nanta Linggi.
"Ahli-ahli kehormat lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen di sekitar Kapit akan menjadi ahli kepada jawatankuasa ini.
"Jawatankuasa ini membolehkan setiap kajian atau penyelidikan berkenaan de-ngan pembangunan di bahagian ini dirancang seterusnya dilaksanakan berdasar-kan perbincangan serta run-dingan dengan ketua-ketua masyarakat serta penduduk di sini.
"Kita perlu mempunyai pelan atau rancangan yang rapi dalam pembangunan di sini kerana Kapit adalah satu kawasan yang sukar dibangunkan memandangkan keadaan tanahnya yang berbukit-bukau. Bukan mudah untuk membangunkan kawasan ini," ujarnya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kawasan Parlimen Kapit di Dewan Suarah Kapit, semalam.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo.
Turut hadir Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol, ADUN Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjotveit serta kira-kira 2,000 penduduk.
Pada majlis sama, Taib turut melancarkan penyambungan Kapit ke talian Grid Negeri Sarawak yang dikendalikan oleh SEB.
Projek itu menelan kos sebanyak RM116 juta dan memberi manfaat kepada 6,000 buah keluarga termasuk pusat komersial di sini.
Mengenai potensi Kapit, Taib memberitahu kawasan Tunoh di hulu Baleh mempunyai peluang untuk dibangunkan menerusi jawatankuasa tersebut.
Beliau memberitahu, Tunoh mempunyai tanah rata serta sesuai untuk aktiviti pertanian dan perladangan seperti padi, getah dan kelapa sawit di samping berpotensi sebagai produk pelancongan.
"Tunoh merupakan sebuah bandar baharu di Kapit kerana mempunyai sumber-sumber yang perlu dibangunkan di samping sumber semula jadi," jelasnya.
Katanya, pembangunan Kapit dirancang terlebih dahulu dengan mengambil masa bertahun-tahun kerana melibatkan peruntukan yang besar.
"Kita mesti lihat pembangunan yang akan dilaksanakan di sini dari segi masa depan dan keperluan rakyat. Kapit yang kini sudah maju turut mengalami populasi penduduk yang semakin bertambah.
"Kerajaan melihat aspek ini serta tahu bahawa warga Kapit adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN), seterusnya saya mencadangkan agar jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengenal pasti peluang-peluang yang baik dengan sumber-sumber yang ada agar memajukan Kapit meskipun sukar," katanya.
Sehubungan itu, Taib menyeru warga Kapit agar memberi kerjasama kepada jawatankuasa terbabit bagi melancarkan segala pembangunan yang akan dirancang dan dilaksanakan pada masa akan datang.
"Ini bagi kepentingan serta manfaat bersama warga Kapit sendiri demi masa depan anak-anak serta cucu-cicit kita. Kapit adalah sebuah kawasan yang merangkumi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan berpotensi untuk maju dengan adanya Jawatankuasa Rancangan Wilayah Kapit," jelasnya.
Taib turut menyeru warga Kapit agar terus menyokong kepimpinan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Alexander bagi meneruskan usaha-usaha kerajaan membangunkan Kapit.
"Pilihan raya semakin dekat dan saya menyeru anda semua agar terus berdiri di belakang BN khasnya Alexander Nanta sebagai Ahli Parlimen anda di sini bagi mengecapi pembangunan yang berterusan," katanya.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.