ads

Jumaat, 15 Mac 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


<b>sarawak</b> no.1 <b>di</b> malaysia: <b>negeri</b> berpendapatan <b>...</b> - asap-koyan 2u

Posted: 16 Jan 2013 06:17 PM PST


Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), merupakan sebuah kawasan pembangunan wilayah di Sarawak yang terletak dari Similajau di Bintulu hingga ke Tanjung Manis di Mukah, kapit dijangka menjadi kawasan paling progresif membangun. Impak daripada pembangunan SCORE itu kemudiannya akan dinikmati secara berterusan oleh penduduk di negeri ini apabila keseluruhan RM330 billion dilaburkan sepenuhnya menjelang 2030. Wawasan yang direncakan ini adalah inisiatif penting kerajaan menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi.


Bagi tempoh tiga tahun pertama SCORE dilancarkan, ia berjaya menarik pelaburan berjumlah RM20.3 bilion membabitkan 11 projek dengan lapan daripadanya bagi Taman Perindustrian Samalaju, manakala dua lagi di Hab Halal Tanjung Manis.
Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sembilan projek diluluskan dengan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan enam jalan raya baru ke kawasan sumber tenaga, satu projek bekalan air ke Samalaju, satu taman perindustrian di Samalaju dan satu projek lapangan terbang di Mukah. Mukah yang dirancang sebagai bandar pintar menerima pelaburan RM600 juta bagi industri berat, selain daripada itu Mukah yang terletak di tengah kawasan liputan SCORE,  dirancang sebagai pusat pentadbiran koridor dengan pejabat syarikat pelaburan luar dicadang dibina di kawasan berkenaan.
Manakala untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh pula (RMK-10) SCORE menerima peruntukan RM300 juta bagi melaksanakan sembilan projek yang kini di peringkat pelaksanaan, termasuk Taman Perindustrian Samalaju.Setakat ini, Taman Perindustrian Samalaju menerima lapan pelaburan dengan nilai RM17 bilion terdiri daripada industri berat yang memerlukan banyak tenaga, manakala dua pelaburan di Hab Halal Tanjung Manis bernilai RM2 bilion membabitkan projek akuakultur.

SCORE yang berpontensi menjana tenaga boleh diperbaharui dikatakan mencatatkan kejayaan di dalam pengeluaran produk berasaskan pertanian dan pengeluaran sehingga mampu menjadi hab makanan halal. Menurut Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak, "Kita dikurniakan dengan kawasan tanah yang luas dan air yang banyak. Kita kini mempunyai jumlah sumber tenaga yang diperlukan.

"Kita juga sebuah negara Islam dan sekaligus sangat menarik kepada para pelabur Arab yang kaya minyak. Kita juga boleh mengeksploit pasaran makanan halal dunia, yang sangat besar,". Ini kerana, pelaburan awal yang datang RM200 juta adalah daripada pengeluaran makanan dengan mengguna pakai teknologi moden. Tambah beliau lagi, "Mereka juga mempunyai program untuk melabur RM4 bilion di dalam tempoh lima tahun dari sekarang,"

Oleh disebabkan itu, kerajaan akan memastikan kawasan Tanjung Manis sebagai hab halal itu bebas daripada pencemaran, dan langkah yang diambil ialah dengan mengurangkan jumlah kenderaan untuk memasuki kawasan itu. Perancangan jangka masa panjang itu sangat jelas kerajaan gigih berusaha memajukan negeri ini setanding negara maju. Menurut kenyataan Pengarah Unit Perancang Negeri Sarawak, Datuk Ismawi Ismuni, berkata ketika ini Sarawak ada 977,000 tenaga kerja dengan penduduknya berjumlah 2.5 juta.

"Melalui SCORE, peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan menjelang 2030 adalah 2.5 juta.
"Ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Sarawak untuk merebut pelbagai peluang pekerjaan yang bakal wujud, terutamanya di kalangan generasi muda yang terlatih dan mempunyai kelulusan," sumber Berita Harian.

Pedalaman akan terus dimaju - The Borneo Post Online

Posted: 12 Mar 2013 09:04 AM PDT

by Watt Zacchaeus. Posted on March 13, 2013, Wednesday

PELANCARAN: Taib menandatangani plak digital untuk melancarkan penyambungan Kapit ke talian Grid Negeri Sarawak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Kapit, semalam.

PELANCARAN: Taib menandatangani plak digital untuk melancarkan penyambungan Kapit ke talian Grid Negeri Sarawak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Kapit, semalam.

Jawatankuasa khas mampu rancak pembangunan dan kemajuan Bahagian Kapit: KM

KAPIT: Cadangan penubuhan Jawatankuasa Rancangan Wilayah Kapit diharap akan merancakkan lagi pembangunan dan kemajuan di bahagian ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ini menunjukkan usaha keras kerajaan negeri untuk membantu serta lebih komited memajukan kawasan pedalaman di hulu sungai-sungai di negeri ini.

Jawatankuasa yang ditubuhkan itu, katanya, akan terlibat dalam membangunkan kawasan hulu Baram di Miri dan hulu Kapit.

"Saya mengarahkan timbalan saya iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sebagai pengerusinya, sambil dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Alexander Nanta Linggi.

"Ahli-ahli kehormat lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen di sekitar Kapit akan menjadi ahli kepada jawatankuasa ini.

"Jawatankuasa ini membolehkan setiap kajian atau penyelidikan berkenaan de-ngan pembangunan di bahagian ini dirancang seterusnya dilaksanakan berdasar-kan perbincangan serta run-dingan dengan ketua-ketua masyarakat serta penduduk di sini.

"Kita perlu mempunyai pelan atau rancangan yang rapi dalam pembangunan di sini kerana Kapit adalah satu kawasan yang sukar dibangunkan memandangkan keadaan tanahnya yang berbukit-bukau. Bukan mudah untuk membangunkan kawasan ini," ujarnya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kawasan Parlimen Kapit di Dewan Suarah Kapit, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo.

Turut hadir Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol, ADUN Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjotveit serta kira-kira 2,000 penduduk.

Pada majlis sama, Taib turut melancarkan penyambungan Kapit ke talian Grid Negeri Sarawak yang dikendalikan oleh SEB.

Projek itu menelan kos sebanyak RM116 juta dan memberi manfaat kepada 6,000 buah keluarga termasuk pusat komersial di sini.

Mengenai potensi Kapit, Taib memberitahu kawasan Tunoh di hulu Baleh mempunyai peluang untuk dibangunkan menerusi jawatankuasa tersebut.

Beliau memberitahu, Tunoh mempunyai tanah rata serta sesuai untuk aktiviti pertanian dan perladangan seperti padi, getah dan kelapa sawit di samping berpotensi sebagai produk pelancongan.

"Tunoh merupakan sebuah bandar baharu di Kapit kerana mempunyai sumber-sumber yang perlu dibangunkan di samping sumber semula jadi," jelasnya.

Katanya, pembangunan Kapit dirancang terlebih dahulu dengan mengambil masa bertahun-tahun kerana melibatkan peruntukan yang besar.

"Kita mesti lihat pembangunan yang akan dilaksanakan di sini dari segi masa depan dan keperluan rakyat. Kapit yang kini sudah maju turut mengalami populasi penduduk yang semakin bertambah.

"Kerajaan melihat aspek ini serta tahu bahawa warga Kapit adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN), seterusnya saya mencadangkan agar jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengenal pasti peluang-peluang yang baik dengan sumber-sumber yang ada agar memajukan Kapit meskipun sukar," katanya.

Sehubungan itu, Taib menyeru warga Kapit agar memberi kerjasama kepada jawatankuasa terbabit bagi melancarkan segala pembangunan yang akan dirancang dan dilaksanakan pada masa akan datang.

"Ini bagi kepentingan serta manfaat bersama warga Kapit sendiri demi masa depan anak-anak serta cucu-cicit kita. Kapit adalah sebuah kawasan yang merangkumi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan berpotensi untuk maju dengan adanya Jawatankuasa Rancangan Wilayah Kapit," jelasnya.

Taib turut menyeru warga Kapit agar terus menyokong kepimpinan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Alexander bagi meneruskan usaha-usaha kerajaan membangunkan Kapit.

"Pilihan raya semakin dekat dan saya menyeru anda semua agar terus berdiri di belakang BN khasnya Alexander Nanta sebagai Ahli Parlimen anda di sini bagi mengecapi pembangunan yang berterusan," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved