ads

Jumaat, 15 Mac 2013

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Lima lelaki ditahan dalam kes curi motosikal <b>di Simunjan</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 04:23 PM PST

Posted on February 27, 2013, Wednesday

SIMUNJAN: Lima lelaki ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes curi motosikal di sekitar daerah ini, awal pagi semalam.

Kelima-lima lelaki tersebut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan hasil maklu­mat awam serta risikan polis berhubung kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku sejak Januari lepas.

Jurucakap polis memberi­tahu, operasi yang diketuai oleh Inspektor Ahmad Rasol itu turut berjaya menemui se­mula tiga buah motosikal serta sebuah enjin motosikal.

"Hasil maklumat yang diperolehi, pihak polis ber­jaya menahan dua lelaki yang kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi suspek di sebuah rumah diper­cayai tempat persembunyian mereka.

"Selain itu, pihak polis turut berjaya menemui se­mula tiga buah motosikal dan sebuah enjin dari rumah tersebut,"katanya.

Kesemua suspek yang dita­han kemudian dibawa ke IPD untuk diambil keterangan dan motosikal yang ditemui turut dirampas.

"Sejak Januari lepas se­banyak empat buah mo­tosikal dilaporkan hilang di daerah ini dan dengan tertangkapnya kesemua suspek yang membawa kepada penemuan semula motosikal tersebut, kita percaya kes ini telah sele­sai," katanya lagi.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Choo Yin Kok semasa dihubungi menge­sahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved