ads

Khamis, 14 Mac 2013

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Nyalau: Pendidikan penting bagi mengubah masa depan <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 09:03 AM PDT

Posted on March 13, 2013, Wednesday

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak memberitahu bahawa pendidikan adalah modal yang cukup penting bagi mengubah masa depan seseorang individu.

Sehubungan itu, beliau akan sentiasa membantu guru-guru terutama di luar bandar sekiranya menghadapi masalah dalam soal berjuang untuk menyalurkan pendidikan kepada anak-anak.

Menurutnya, apa sahaja majlis yang dianjur oleh pihak sekolah sama ada sekolah di bandar mahupun luar bandar beliau akan hadir ke majlis itu bagi mendengar masalah sekolah terbabit.

"Saya akan di belakang anda semua (guru) dalam tugas memastikan mutu pendidikan anak-anak kita dalam tahap cemerlang," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Warga Pendidik di pekarangan Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu, di sini kelmarin.

Pada majlis itu, Nyalau menyampaikan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu.

Sementara itu, Nyalau menasihati warga pendidik terutama di Lubok Antu berkhidmat dengan sebaik-baiknya dalam tugas mendidik anak-anak semua a-gar mereka akan menjadi orang berguna suatu hari nanti.

"Saya minta semua guru menjalankan tugas dengan baik de-ngan seribu harapan akan lebih ramai anak-anak cerdik pandai lahir dari kawasan Lubok Antu suatu hari nanti," katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Penolong Pegawai Pelajaran Pejabat Daerah Lubok Antu Hidi Mehitu, kakitangan kerajaan dan warga pendidik sekitar daerah ini.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved