ads

Khamis, 14 Mac 2013

11 di limbang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Polis Marin <b>Limbang</b> hantar senjata - The Borneo Post Online

Posted: 06 Mar 2013 05:52 PM PST

by Mastura Ismail. Posted on March 7, 2013, Thursday

30 laras senjata PGA dihantar perketat kawalan di sempadan Merapok, Lawas

LIMBANG: Anggota Polis Marin Limbang semalam menghantar 30 laras senjata milik Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang ke Lawas melalui sungai bagi memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Merapok, Lawas.

Kerja penghantaran senjata itu dilakukan petang semalam menggunakan sebuah bot.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata senjata milik PGA Limbang itu dihantar oleh anggotanya melalui sungai bagi membentuk kekuatan khususnya di kawasan sempadan negeri ini.

"Senjata itu akan dihantar dan diserahkan kepada anggota PGA Limbang yang bertugas di kawasan sempadan darat Merapok di daerah Lawas.

"Sebelum ini, empat anggota Polis Marin kita sudah dikerah ke Lahad Datu, Sabah bagi membantu pasukan keselamatan menangani insiden pencerobohan," katanya di sini semalam.

Mohd Bukhori menjelaskan bahawa anggota PDRM Limbang sentiasa bersiap sedia menangani sebarang kejadian tidak diingini termasuk mempersiap anggotanya dengan kelengkapan keselamatan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keselamatan di kawasan perairan di sini beliau enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan negeri memberi keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis dan tentera di negeri ini untuk bersama-sama membantu Sabah dalam usaha menangani insiden pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna.

Katanya ini termasuk penghantaraan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan anggota tentera bagi membentuk kekuatan menangani insiden pencerobohan itu.

"Kita yakin isu pencerobohan dapat diuruskan dengan baik oleh pihak keselamatan termasuk polis dan tentera di negeri ini membantu Sabah menangani insiden pencerobohan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Surat Hak Milik di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Residen Hamdiah Bakir, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Limbang Hardi Fadillah Hamzah dan Pegawai Daerah Limbang Anyi Ngau.

Awang Tengah berkata kerajaan negeri juga sedang mencari jalan terbaik untuk membantu keluarga wira negara yang terkorban termasuk anggota polis Sarawak yang terbunuh dalam mempertahankan tanah air.

"Kita bersetuju dengan pelancaran tabung perwira di peringkat kebangsaan bagi membantu anggota keselamatan yang terkorban dan kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik untuk membantu mereka," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved