Selasa, 7 Februari 2012

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS <b>Sarawak di Miri</b> - Tranung Kite

Posted: 24 Jan 2012 08:00 AM PST

Oleh PAS Miri

Alhamdulillah program Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS Sarawak buat julung kalinya diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dengan kerjasama tuan rumah ,PAS Kawasan Miri pada 21 hingga 23 Januari 2011.

Program berjaya mengumpulkan hampir 120 petugas PAS dari seluruh Sarawak terdiri dari Kawasan Petrajaya,Mukah,Limbang,Bintulu,Sadong Jaya,Batang lupar,Sarikei,Selangau,Sibu dan Miri.



Program dimulakan seawal jam 800 pagi,Sabtu di Pasar Mosjaya Miri dengan program agihan kad dan limau bersempena Tahun Baru Cina diketuai sendiri oleh Abang Ahmad Kerdee,YDP Batang Lupar merangkap AJK PAS Pusat . Hampir 1,000 biji buah limau dan kad diedar disekitar kawasan pasar tersebut. Sambutan positif diterima oleh kaum Tionghua yang disantuni.Pada sebelah malam program Jamuan BBQ Ahlan Wasahlan diadakan di PASTI Piasau bagi menyambut kehadiran perwakilan dari setiap pelusuk negeri. YB Husam Musa,Naib Presiden PAS dan YB Khalid Samad turut hadir ke majlis tersebut.Program Sabtu dikhiri dengan Qiamullail dan Kuliah Subuh oleh Hj Abdullah di PASTI Piasau.

Pada 22hb Januari 2012,program Ijtima bermula jam 830 pagi sehingga 500 petang dengan pembentangan tiga kertas kerja iaitu
ü Pelan Strategik Roadmap PRU 13 oleh YB Husam
ü Pengalaman PAS Selangor oleh YB Khalid Samad
ü ICT dan Media Baru oleh Haji Shaifuddin PAS Sabah

Perbahasan dari setiap wakil Kawasan dan Dewan juga diadakan pada sebelah petang. Komitmen tinggi ditunjukkan peserta Ijtima bagi memastikan Sarawak bukan lagi "Fix deposit" bagi Barisan Nasional. Sasaran PAS Sarawak untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen bagi membantu merealisasikan usaha Pakatan menawan Putrajaya.

Pada hari 23 Januari,perwakilan yang masih belum pulang telah bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri diketuai Mr Yeo KL menghadiri beberapa buah rumah penyokong Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

.......
http://pas-miri.blogspot.com

Kem motivasi jurulatih Sukma <b>Sarawak di Miri</b> | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 05:41 PM PST

Posted on January 18, 2012, Wednesday

KUCHING: Dijangka lebih 50 jurulatih tempatan dari pelbagai sukan akan berkampung di Miri pada 10 hingga 13 Februari ini untuk kem motivasi.

Penyeralas Sukan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Sukiman Sela memberitahu kem motivasi itu adalah sebagai langkah memberi suntikan semangat kepada para jurulatih.

Kem terbabit sebagai persediaan awal kontinjen Sarawak bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma XV) di Pahang yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 14 Julai depan.

"Selain itu, jurulatih-jurulatih terbabit juga dapat menimba pengalaman baru di samping pendedahan dalam sukan-sukan yang mereka ceburi," katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Sukiman berkata semua jurulatih yang terbabit akan menjalani pelbagai latihan motivasi di samping meningkatkan daya saingan mereka menghadapi cabaran kelak.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


SMK <b>Saratok</b> kuasa badminton <b>di</b> Betong | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 05:11 PM PST

Posted on February 4, 2012, Saturday

BUKTIKAN KEHEBATAN: Pemain-pemain SMK Saratok meraikan kejayaan mereka bergelar juara.

SARATOK: Kehebatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok terserlah lagi apabila muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Betong pada Khamis lepas.

Pertandingan dua hari yang berlangsung di Dewan Badminton Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Vokasional Betong itu disertai lapan buah sekolah iaitu SMK Spaoh, SMK ST Augustine, SMK Saribas, SMK Saratok, SMK BM Saratok, SM Vokasional Betong, SMK Kalaka dan MRSM Betong.

SMK Saratok ternyata unggul apabila menyapu bersih hampir kesemua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun serta lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Mereka turut menjuarai acara beregu bagi kategori perempuan bawah 18 dan 15 tahun.

Untuk rekod, ia merupakan kejuaraan keenam berturut-turut buat sekolah berkenaan.

Dengan kejayaan itu, para pemain SMK Saratok bakal mengibarkan cabaran Betong ke pertandingan peringkat negeri di Sarikei pada 14-17 Februari ini.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


85 KR1M dibuka <b>di</b> seluruh Malaysia tahun ini | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 05:10 PM PST

by Kelvin Lambai. Posted on January 31, 2012, Tuesday

SELAMAT TAHUN BAHARU: Rohani (kanan) menyampaikan angpau kepada salah seorang warga emas.

Ia menunjukkan pertambahan sebanyak 60 buah berbanding tahun 2011, iaitu sebanyak 25 buah

LINGGA: Sebanyak 85 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di seluruh Malaysia pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Katanya, ia menunjukkan pertambahan sebanyak 60 buah berbanding tahun 2011 di mana sebanyak 25 KR1M telah dibuka pada tahun lepas.

"Pada tahun ini sasaran kita sebanyak 85 KR1M akan dibuka di seluruh Malaysia termasuk di negeri Sarawak dan Sabah," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Jamuan Tahun Baharu Cina 2012 bersama masyarakat Cina di pekan Lingga di sini semalam.

Katanya, bagi Sarawak, KR1M akan dibuka selewatnya pada bulan April tahun ini dengan beberapa lokasi strategik telah dikenal pasti dan sudah pastinya KR1M akan bermula di bandar utama iaitu di Kuching.

Tambahnya, KR1M akan dikawal sepenuhnya oleh Mydin di mana Mydin merupakan operator kepada semua KR1M di seluruh Malaysia.

Jelasnya, sebanyak 250 jenis barang dijual di KR1M dan secara puratanya barang yang dijual adalah 50 peratus lebih murah dibandingkan dengan kedai-kedai runcit biasa.

"Kerajaan berharap KR1M ia secara tidak langsung dapat membantu rakyat berpendapatan rendah berbelanja lebih jimat terutama di KR1M di kawasan mereka.

"Inilah sebenarnya keprihatinan kerajaan kepada rakyat dengan menubuhkan KR1M bagi memberi kese-nangan kepada rakyat yang berpendapatan rendah," jelasnya.

Dalam pada itu, Rohani turut mengharapkan agar mana-mana kedai runcit di seluruh Malaysia yang berminat untuk menjual barang yang dijual di KR1M agar berhubung dengan KPDNKK.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Lingga Wan Madihi, Temenggung Abang Bohari Abang Zen, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga Bakthiar Mathan dan Kapitan Voon Chung Nam.

Pada majlis yang sama, Rohani turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM 30,000 untuk tujuan membaik pulih Jambatan Mak Wan yang merupakan jambatan kayu yang menghubungkan penduduk Lingga ke pekan Lingga, RM 30,000 lagi diperuntukkan kepada Tokong Cina Lingga dan RM 5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Cina Lingga.

Full content generated by Get Full RSS.

Isnin, 6 Februari 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Indonesia-Malaysia Buka 2 Pos Perbatasan Tahun Ini | Perbatasan <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 07:42 PM PST

[unable to retrieve full-text content]PONTIANAK, KOMPAS.com - Indonesia dan Malaysia rencananya akan meresmikan lagi dua pos perbatasan di Kalimantan Barat dan Sarawak pada tahun 2012 ini. Peresmian ... Konsul Malaysia untuk Pontianak, Khairul Nazran Abd Rahman, Selasa (17/1/2012), mengatakan, kedua pos perbatasan itu adalah Nanga Badau, Kabupaten Kapuas Hulu dan Lubok Antu, Negara Bagian Sarawak, serta Aruk, Kabupaten Sambas dan Biawak, Negara Bagian Sarawak.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Cekgu Nieza - Stories Of My Life..

Posted: 05 Feb 2012 09:37 PM PST

Salam

Kembali akhirnye menatap blog ini. Alang2 menatap biarlah bertaip juga entry yang baru kan? Hehehe..

Pertama2 sekali..Alhamdulilah….

Sudah hampir 2 minggu bernafas di perkampungan Jemoreng di bumi Sarawak, selama itu jugalah suhu badan ini meningkat. Pendek kata, demam! Bila demam sudah mahu reda..selesema pula. Haih….mungkin jiwa sy belum lagi serasi dengan persekitaran baru di sini. Tidak mengapa…harus dijalani secara perlahan2 ya nieza. Hehehe..macam mana pon, baru 2 minggu di sini rasanya lidah sudah terikut2 dgn slang bahasa Sarawak di sini. Mana tidaknya, sukar sekali bertemu cikgu2 semenanjung di sini. Almaklumlah, satu2nya cikgu baru yg dipostingkan di SK Orang Kaya Sergunim, Daro, Sarawak pd tahub 2012.

Menjejakkan kaki di sini, ternyata banyak benda baru utk sy pelajari. Teringat masa mula2 menjejakkan kaki ke sini, sy ingatkan perkampungan ini dibina betul2 di atas air. Ada rasa kagum di situ. Mana nak jumpa kampung atas air maaa kat semenanjung? Paling2 tidak pon….restoren je yg terapung. Itu pon boley kira dgn jari kaki how many tyme I go to the restaurant atas air sebb konon2nya restoren atas air nie romantic..khas utk couple2 yg bercintan jaa…Hehehe. Back to the story, cube2 laa ty kat GB….

"Wah! Hebat! Kampung atas air ea?? Fist tyme sy jumpa nie cikgu!" Lancar je mulut nie bersuara memuji keindahan kampung nie….

"Hahaha…Jgn slh fhm cikgu..bukan atas air sebenarnya….kampung niee baru je pas banjir…sebb tue banyak air.." Ringkas jaa GB cite.

"Haaa??" Senyap.

Sampai jaa sek,seriously memg ade sedikit culture shock di situ. Sekolah 100% diperbuat drpd kayu. Terbayang2 sek2 tempat praktikal dulu….berbeza sgt2. Klu di sek praktikal dulu, bangunan kayu nie cuma sebagai tempat menyimpan barang tp di sini…kayu adalah segalanya…tempat berpijak juga memerlukan jambatan kayu utk ke sana ke mari dalam kawsn sek. Klu nak jejak tanah, basahlah baju niee..sebb air pon paras leher ooo…

Huhu..ape2 pun suasananya…kena sesuaikan diri kat sini..Kena pndai2 bawak diri kat tempat orang..InsyaAllah..

Full content generated by Get Full RSS.

Ahad, 5 Februari 2012

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


HOT POWERS: Suara Aneh Dari Langit <b>di Samarahan Sarawak</b>

Posted: 21 Jan 2012 01:57 AM PST

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal dan mengamalkan tujuh kalimat , ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

1- Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2- Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3- Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4- Mengucap Insya Allah jika merencanakan membuat sesuatu di hari esok

5- Mengucap La haula wala kuwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini

6- Mengucap inna lillahi wa inna ilahi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7- Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat dan amalkan. Walaupun sikit-sikit lama-kelamaan menjadi kebiasaan. Semoga menjadi amalan seharian.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Kes bunuh 4 sekeluarga,<b>Sibu Sarawak</b> ~ Bercakap dan berbagi

Posted: 06 Jan 2012 10:50 AM PST

Kes bunuh 4 sekeluarga,Sibu Sarawak

Remaja, ibu ditahan berhubung kes bunuh di Sibu

2012/01/06
SIBU: Polis percaya sudah dapat menyelesaikan kes bunuh empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Jalan RTM di sini dengan penahanan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan ibunya yang berumur 44 tahun malam tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Heng Soon, berkata remaja lelaki itu bekerja sebagai kelindan lori dan ibunya suri rumah dan mereka tinggal agak dekat dengan rumah mangsa.
"Saya gembira mengumumkan kami sudah berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh empat hari selepas kejadian pada Isnin lalu.
"Suspek dan ibunya kini berada dalam tahanan kami untuk kami mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menyiapkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis menahan ibu remaja itu kerana dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes itu.

Katanya, sebaik sahaja kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan.

Dalam kejadian antara 7 pagi hingga 7.30 pagi itu, ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, ibunya Leong Nyuk Lan, 76, anak lelakinya David Ling Chei Qi, 10 dan anak perempuannya Amy Ling Zi Jiun, 7, mati akibat sama ada dipukul atau dikelar.
Seorang lagi anak Ling, Kelvin Ling Chei You, 8, masih berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Law berkata, dengan penahanan dua beranak itu, isteri Ling yang juga warganegara China , Li Xiao Lan, 28, yang sebelum ini ditahan reman untuk siasatan selepas mengaku melarikan diri menerusi tingkap untuk pergi ke rumah jiran ketika kejadian, dibebaskan hari ini.

Mengenai sama ada remaja lelaki itu menghidapi masalah mental, beliau berkata perkara itu sedang disiasat dan menurutnya remaja itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupun penyalahgunaan dadah.

Law mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat untuk membantu polis menyegerakan siasatan mereka. - BERNAMA


Berita Sebelumnya
Kes bunuh 4 sekeluarga: Isteri kedua direman

04/01/2012 6:10pm

Oleh ZAAIN ZIN

SIBU 4 Jan. – Isteri kedua ahli perniagaan yang dibunuh kejam bersama ibu dan dua anaknya di kediaman mereka di Lorong 13B1, RTM Road di sini semalam ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Suspek, seorang warga China yang berusia 28 tahun itu ditahan di bandar ini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, perintah tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sibu bermula hari ini. – UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Sabtu, 4 Februari 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Penyokong Kelab BN dikritik perguna pemimpin masyarakat <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 01:33 PM PST

Posted on February 5, 2012, Sunday

KUCHING: Penyokong Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak dikritik kerana melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menagih sokongan bagi tujuan entiti pada satu acara di Bau baru-baru ini.

Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Frankie Nyombui berkata tidak wajar untuk wakil rakyat BN menggunakan pemimpin-pemimpin masyarakat demi kepentingan politik mereka.

Jelasnya, di bawah Ordinan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat 2004, tiada dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin masyarakat boleh digunakan untuk tujuan politik dan ia sepatutnya disedari oleh ahli-ahli politik BN.

"Ordinan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 2004 dan jelas menggariskan peraturan dan peranan pemimpin masyarakat iaitu ketua kampung, tuai rumah, pengulu, pemanca dan kapitan.

"Di bawah sekyen 6 ordinan berkenaan, tugas-tugas pemimpin masyarakat antaranya mempengerusikan kes Mahkamah Adat, menjaga kebajikan masyarakat dan bukan sebaliknya.

"Jika begitu keadaannya, mengapa perlu adanya undang-undang tersebut jika ia tidak digunakan," katanya sebagai mengulas mengenai 34 orang pemimpin masyarakat di Parlimen Mas Gading yang menandatangani memorandum persefahaman menyokong Kelab BN Sarawak di pejabat ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar, pemimpin-pemimpin masyarakat ini turut menghadiri dialog di tempat yang sama.

Turut hadir dalam acara tersebut Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe yang juga salah seorang daripada wakil rakyat menubuhkan kelab tersebut selepas dipecat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Nansian turut dipetik oleh pemberita memberitahu pemimpin-pemimpin berkenaan mewakili 1,000 orang dari konstituensinya  dan akan mengikut hala tujunya.

Bagaimanapun tidak semua setuju dengan penubuhan Kelab BN. Antara yang menentang ialah bekas pegawai di pejabat Ketua Menteri Dominic Daon yang mendakwa Nansian adalah punca beliau menyertai DAP.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Full content generated by Get Full RSS.

Banjir Mengejut <b>Di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>[Gambar] | Bryannemo.com

Posted: 04 Jan 2012 10:02 PM PST

Number of View: 939
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini

KUCHING: Beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kuching, pagi ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.

"Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu," katanya.

Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Menurutnya banjir yang melanda Bandaraya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full content generated by Get Full RSS.

Gambar Banjir Kilat <b>Di Kuching Sarawak</b> dan Info Banjir Malaysia <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2012 12:12 AM PST

Gambar Banjir di Kuching Sarawak

Salam 1Malaysia 1Kuching dan 1Sarawak,

Sarak Banjir katanya, Sekarang ni Semenanjung dah semakin panas , dah tak de hujan, Tapi semua hujan dah beralih ke bahagian Borneo dan Sarawak adalah tempat yang terkene hujan paling teruk di Malaysia saat ini. Gambar-Gambar Banjir di Kuching Sarawak adalah seperti korang tengok kat bawah ini.

Kepada penduduk di Kuching dan mana-mana area di Sarawak, berhati-hati, di beritakan 2 orang hilang sebab hanyut dalam parit sebab air deras. Jadi pada sape tak tahu berenang, sila hati-hati. Bahaya tau, Sarawak banyak puaya!

Banjir Kuching


A girl missing in the Kuchjing Flood – borneopost


gigih ni pakcik ni pakai sampan..hehe

bagi orang-orang Sarawak, bertabahla.

Info Banjir di Malaysia

Untuk maklumat banjir terkini sila layari Public Info Banjir , bagus laman ni dia update everytime ada maklumat pasal banjir. Sangat berguna.

Incoming search terms:

Use Facebook to Comment on this Post

Full content generated by Get Full RSS.

Homestay termurah <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>! - Kuching, Houses <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2012 01:50 AM PST

Malaysia » Sarawak » Kuching > Taman Matang Jaya » Property > Houses > 1-sty Terrace/Link House » Homestay termurah di Kuching, Sarawak!

PRIVATE AD

Property type: Houses For Rent

House type: 1-sty Terrace/Link House

Rental price: RM 100/day

Bedrooms: 3              Bathrooms: 2              

Layout property: Intermediate

Local area: Taman Matang Jaya

Hanya RM100 semalam, amat berbaloi untuk kemudahan berikut:

3bilik tidur
Ruang tamu yg selesa dgn set sofa + TV + aircond
Ruang makan keluarga yg selesa
Peti sejuk 2 pintu + Pembakar roti
Mesin basuh automatik
Bilik mandi berasingan dr tandas
Seterika + papan seterika
Sejadah

Lokasi yg strategik, senang ke tempat2 peranginan menarik, restoran, shopping malls & bank.

Pakejkan dgn kenderaan sewa kami utk lebih penjimatan.

 
Ain
Kuching, Sarawak, Malaysia
Tuesday, 10 January 2012, 17:50
335661
017 858 8978 (Mention Sheryna when calling! Thanks.)

Reply to this Ad


View related HOUSES » 1-STY TERRACE/LINK HOUSE ads:

REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Wakil rakyat <b>di Sri Aman</b> kunjungi rumah terbuka pemimpin <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 03:57 PM PST

Posted on January 25, 2012, Wednesday

MUHIBAH: Rohani (duduk enam kiri) bergambar kenangan bersama Kapitan Kuek Aik Seng (duduk empat kiri) serta para tetamu yang berkunjung ke rumah Kapitan Kuek di Jalan Hup Seng kelmarin.

SRI AMAN: Tiga wakil rakyat di Sri Aman iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Sarawak Datuk Francis Harden Hollis serta Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat tidak melepaskan peluang mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Sri Aman kelmarin.

Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar telah meluangkan masa hampir tiga jam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman dan rumah Kapitan Kuek Aik Seng di Jalan Hup Seng, Jalan Brayun, Sri Aman.

Manakala, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang  meluangkan masa hampir empat jam berkunjung ke majlis rumah terbuka di kawasan beliau termasuk ke rumah Temenggung Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng serta pemimpin-pemimpin Cina yang lain di kawasan beliau.

Sementara itu, Masir pula meluangkan masa hampir sejam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman.

Rohani yang sempat ditemui Utusan Borneo menjelaskan bahawa perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina merupakan salah satu perayaan 1Malaysia yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Di sini kita dapat melihat kaum melayu dan Iban mengambil peluang berkunjung ke majlis rumah terbuka rakan-rakan Cina mereka dan ini menunjukkan kita semua dalam satu rumpun rakyat Malaysia.

"Kita semua tidak bergaduh sesama sendiri malah kita semua bersatu dan kita semua berpeluang meraikan semua perayaan di Malaysia," katanya.

Turut bersama-sama mengiringi kunjungan Rohani, Harden dan Masir ke majlis rumah terbuka berkenaan, para pemimpin masyarakat daripada kaum Melayu serta kaum Iban.

Full content generated by Get Full RSS.

Universiti Pertanian Malaysia (baharu) untuk <b>Sri Aman</b>: The new <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 11:13 PM PST


Sri Aman, letaknya kira-kira 193 kilometer ataupun 3 jam perjalanan darat dari Kuching adalah bahagian kedua di Sarawak yang sebelum ini dikenali sebagai Simanggang. Bilangan penduduknya dianggarkan lebih kurang 64905, mungkin bilangan tersebut sudah meningkat. Sri Aman juga dikenali sebagai the "sleeping town of Sarawak" lantaran statusnya yang kurang maju jika dibandingkan dengan Kuching, Sibu, Miri, Samarahan, Bintulu, Mukah dan terkini Betong.

Aktiviti ekonominya lebih tertumpu kepada pertanian,bahkan Sri Aman dianggap sebagai pusat dagang bagi getah, lada, kelapa sawit dan balak. Namun, Sri Aman tetap bergerak perlahan dari segi pembangunan khususnya dari segi sosial dan ekonominya. Pesta Benak yang dianjurkan setiap tahun juga kurang memberi impak yang besar dalam penjanaan ekonomi Sri Aman. Kubu Alice yang dibina oleh Rajah Charles Johnson Brooke pada tahun 1864 mengambil sempena nama isterinya, Margaret Alice Lili de Windt yang turut menjadi bangunan warisan tertua di Sri Aman terus reput dan terbiar. Sepatutnya kubu Alice itu dipelihara bahkan dijadikan muzium di Sri Aman. Tetapi usaha ke arah itu tidak tampak atau nampak. Dalam perjalanan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak termasuk ke Miri hingga ke Sabah dan negara Brunei menerusi jalan darat, Sri Aman tidak menjadi tempat atau bandar persinggahan kerana letaknya agak jauh ke dalam.

Apabila Betong dinaiktaraf menjadi bahagian terbaharu di Sarawak selain Mukah, Sri Aman yang pernah menjadi bahagian kedua di Sarawak terus rancak terpinggir. Semua aspek pembangunan lebih tertumpu ke Betong termasuk pendidikan sehingga Betong dianggap sebagai mini Putrajaya. Bahkan Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak menyimpan impian supaya sebuah IPTA didirikan atau dibina di Betong. Maaf Tan Sri, saya berpendapat bahawa IPTA itu berilah peluang kepada Sri Aman.

Masanya sudah tiba untuk Sri Aman mendapat sebuah universiti penuh kalau kita mahu melihat Sri Aman membangun dengan pesat seperti bandar-bandar utama lain di Sarawak dan Malaysia keseluruhannya. Sedihnya Sri Aman tidak termasuk dalam kawasan SCORE, oleh itu, sebuah universiti penuh awam harus dibina di Sri Aman. Bukan universiti swasta TETAPI universiti awam. Universiti swasta tidak akan dapat bertahan di Sri Aman sebab kos pengajian di universiti swasta sudah pasti lebih mahal. Itu memang logik. Lagipun tidak akan ada ibu bapa yang mahu menghantar anak ke universiti swasta di Sri Aman. Tetapi, ibu bapa akan tetap menghantar anak-anak mereka jika universiti di dalam bandar Sri Aman itu universiti awam (IPTA)BUKAN IPTS.

Kalau boleh, kita namakan universiti penuh awam (IPTA) itu nanti sebagai Universiti Pertanian Malaysia (baharu). Letaknya mesti dalam kawasan "dalam" bandar Sri Aman , lebih tepat lagi di kawasan parlimen P.201 Batang Lupar . Namun demikian, universiti penuh itu jangan "by pass" bandar Sri Aman tetapi dalam bandar atau pinggir dalam bandar Sri Aman. Apabila universiti penuh awam (IPTA) dibina di Sri Aman, maka bangunan rumah kedai dan kompleks perniagaan, kawasan perumahan dan kediaman akan tumbuh dengan pesatnya. Rasionalnya, bilangan penduduk di Sri Aman akan meningkat disebabkan kemasukan pelajar dari seluruh negara ke Sri Aman. Begitu juga dengan kakitangan universiti, mereka juga akan datang dari seluruh negara. Dengan itu, mereka perlu rumah untuk tinggal. Maka penduduk-penduduk tempatan boleh menyewakan rumah mereka kepada kakitangan universiti dan mungkin juga pelajar universiti. Hotel-hotel di Sri Aman juga tentu akan dinaik taraf dan berkembang dengan pesatnya. Rasionalnya, apabila ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di universiti, mereka memerlukan tempat tinggal untuk sehari atau dua hari di Sri Aman. Apabila tibanya masa konvokesyen, tentu Sri Aman akan dibanjiri oleh ibu bapa dan orang luar untuk menghadiri majlis konvokesyen dan pesta konvokesyen. Kedai-kedai makan sudah tentu akan meraih keuntungan besar di Sri Aman apabila wujudnya universiti penuh awam di Sri Aman. Peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan luar Sri Aman akan terbuka dengan luasnya di Sri Aman. Kedai buku dan kedai cetak dan penerbitan juga aka berkembang lantaran kalangan pelajar memerlukan kewujudannya demi urusan menimba ilmu.

Universiti Pertanian Malaysia, Sri Aman, Sarawak akan memainkan peranan penting dalam bidang penyelidikan. Lebih-lebih Sri Aman mempunyai empat rasional yang saya yakin penting. Pertama, aspek pertanian. Bahkan ada usaha bersungguh-sungguh, khususnya dalam kawasan parlimen Batang Lupar untuk mewujudkan pengeluaran padi secara besar-besaran. Itu suatu usaha yang patut dipuji. Selama ini negara kita banyak juga mengimport beras dari luar negara. Oleh itu, kalau wujudnya Universiti Pertanian Malaysia baharu di Sri Aman, maka penyelidikan untuk menghasilkan padi yang lebih bermutu tinggi dan berkelas dunia akan mampu dihasilkan oleh Malaysia, khususnya Sarawak dan mana-mana negeri jelapang padi di Malaysia. Begitu juga dengan hasil-hasil pertanian yang lain termasuk kayu kayan serta perikanan dan permakanan lain negara. Bahkan kemungkinan juga terdapat herba tempatan yang boleh menjadi elemen ubat untuk mencegah dan merawat penyakit serius termasuk barah dan Aids.

Rasional kedua, benak merupakan salah satu daripada fenomena (phenomenon) yang tersendiri. Oleh itu, Sri Aman di Malaysia amat beruntung kerana mempunyai benak di Batang Lupar. Dengan wujudnya Universiti Pertanian Malaysia baharu di Sri Aman, maka kajian dan penyeldikan yang lebih terperinci terhadap aspek alam sekitar, habitat haiwan dan sebagainya akan dapat dijalankan dengan lebih mendalam lagi. Lebih-lebih lagi, pada alaf baharu ini dunia, khususnya alam telah banyak mengalami perubahan yang memerlukan penyelidikan mendalam demi memastikan suatu tindakan yang lebih teratur agar dunia terselamat daripada bencana alam. Rasional ketiga, Sarawak, negeri terbesar di Sarawak dan turut banyak menghasilkan sumber alam, khususnya gas dan minyak. Kewujudan universiti baharu itu nanti akan membolehkan suatu penyelidikan mendalam terhadap hasil pertanian atau sumber alam bercorak pertanian lain yang boleh menggantikan petroleum dan gas. Rasional keempat, empangan Bakun yang merupakan empangan terbesar di Malaysia terdapat di Sarawak yang tujuannya untuk menghasilkan tenaga elektrik. Universiti Pertanian Malaysia baharu di Sri Aman boleh menyediakan khidmat sokongan penyelidikan yang khusus dari segi implikasi ekologi.

Berdasarkan rasional-rasional tersebut dan demi menjadikan Sri Aman maju seperti juga bandar-bandar lain di Malaysia seperti Serdang, Bangi dan Samarahan, maka sewajarnya sebuah universiti penuh dibina di bandar Sri Aman, Sarawak. Itulah langkah sebaik-baiknya jika Sri Aman dan penduduk-penduduknya hendak berada di arus perdana kemajuan negara. Tempat-tempat lain sudah wujud SCORE dan projek Iskandar dan sebagainya termasuk juga rancaknya pembangunan di Betong. Lantaran itu, kita beri peluang untuk Sri Aman mendapat sebuah universiti awam (IPTA) penuh dalam usaha kita untuk melangkah sebagai negara maju bertaraf dunia pertama. Nama universiti tidak semestinya Universiti Pertanian Malaysia, nama lain pun tidak menjadi masalah, yang penting, sebuah universiti penuh awam (IPTA) wajar dibina di Sri Aman, Sarawak, Malaysia.

Related Posts


Full content generated by Get Full RSS.

ads