Selasa, 7 Februari 2012

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


85 KR1M dibuka <b>di</b> seluruh Malaysia tahun ini | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 05:10 PM PST

by Kelvin Lambai. Posted on January 31, 2012, Tuesday

SELAMAT TAHUN BAHARU: Rohani (kanan) menyampaikan angpau kepada salah seorang warga emas.

Ia menunjukkan pertambahan sebanyak 60 buah berbanding tahun 2011, iaitu sebanyak 25 buah

LINGGA: Sebanyak 85 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di seluruh Malaysia pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Katanya, ia menunjukkan pertambahan sebanyak 60 buah berbanding tahun 2011 di mana sebanyak 25 KR1M telah dibuka pada tahun lepas.

"Pada tahun ini sasaran kita sebanyak 85 KR1M akan dibuka di seluruh Malaysia termasuk di negeri Sarawak dan Sabah," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Jamuan Tahun Baharu Cina 2012 bersama masyarakat Cina di pekan Lingga di sini semalam.

Katanya, bagi Sarawak, KR1M akan dibuka selewatnya pada bulan April tahun ini dengan beberapa lokasi strategik telah dikenal pasti dan sudah pastinya KR1M akan bermula di bandar utama iaitu di Kuching.

Tambahnya, KR1M akan dikawal sepenuhnya oleh Mydin di mana Mydin merupakan operator kepada semua KR1M di seluruh Malaysia.

Jelasnya, sebanyak 250 jenis barang dijual di KR1M dan secara puratanya barang yang dijual adalah 50 peratus lebih murah dibandingkan dengan kedai-kedai runcit biasa.

"Kerajaan berharap KR1M ia secara tidak langsung dapat membantu rakyat berpendapatan rendah berbelanja lebih jimat terutama di KR1M di kawasan mereka.

"Inilah sebenarnya keprihatinan kerajaan kepada rakyat dengan menubuhkan KR1M bagi memberi kese-nangan kepada rakyat yang berpendapatan rendah," jelasnya.

Dalam pada itu, Rohani turut mengharapkan agar mana-mana kedai runcit di seluruh Malaysia yang berminat untuk menjual barang yang dijual di KR1M agar berhubung dengan KPDNKK.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Lingga Wan Madihi, Temenggung Abang Bohari Abang Zen, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga Bakthiar Mathan dan Kapitan Voon Chung Nam.

Pada majlis yang sama, Rohani turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM 30,000 untuk tujuan membaik pulih Jambatan Mak Wan yang merupakan jambatan kayu yang menghubungkan penduduk Lingga ke pekan Lingga, RM 30,000 lagi diperuntukkan kepada Tokong Cina Lingga dan RM 5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Cina Lingga.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads