Sabtu, 4 Februari 2012

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


sabahkini.net: BR1M DIPERTIKAI <b>DI MIRI</b>,<b>SARAWAK</b>

Posted: 27 Jan 2012 09:55 AM PST


DI MIRI, Isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 yang sepatutnya diterima oleh mereka yang layak terus menjadi pertikaian kerana ramai di antara mereka yang layak tidak menerima kerana pelbagai masalah yang dihadapi mereka.

"Kita mendapat aduan dari orang ramai yang mengatakan cara pengagehan wang tersebut seolah-olah ada unsur-unsur politik dimana mereka yang sepatutnya layak tidak dapat menerima bantuan tersebut dengan berbagai-bagai alasan diberi," kata Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee (gambar).

Menurut beliau, salah seorang mengadu kepada pihaknya adalah Zainal Tar. Beliau yang sepatutnya layak mendapatnya kerana mempunyai ramai anak dan bekerja sendiri dengan tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil.

Zainal sudah dua kali pergi ke LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk semak pemohonan BR1M tetapi telah ditolak dengan alasan anak pemohon sudah berkahwin dan pernah memohon BR1M bagi pihak keluarganya.

Menurut Zainal, beliau telah diberitahu oleh pegawai yang bertugas di LHDN, kononnya anak perempuan beliau sudah mendapat pemohonan tersebut jadi beliau tidak layak untuk mendapatkannya lagi.

Yang peliknya, apabila beliau pergi ke pejabat LHDN ternyata nama pemohon tidak sama dengan nama anak perempuannya tetapi memiliki nombor kad pengenalan/ MyKad yang sama.

Satu hal lagi, anak perempuannya belum berkahwin dan masih bersekolah tetapi nama pemohon yang mempunyai nombor MyKad yang sama dengan anaknya.

"Macamana perkara ini boleh berlaku? Nama yang berlainan tetapi mempunyai nombor MyKad yang sama. Kita mendesak agar pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan juga LHDN menyiasat perkara ini agar mereka yang sepatutnya layak menerima sumbangan BR1M tidak terpinggir kerana ada kesilapan dalam nombor MyKad," kata Jofri.

Menurut Jofri, pihaknya amat simpati akan nasib penduduk yang tidak memiliki MyKad yang sudah pasti tidak layak untuk menerima sumbangan tersebut.

"Apa tindakan kerajaan lakukan terhadap mereka ini?" tanya beliau.

Dengan kejadian yang berlaku, beliau bimbang kalau-kalau isu kad pengenalan ini juga akan menjadi isu penting dalam pilihan raya nanti.

"Kita harap parti yang memerintah, jangan menggunakan BR1M ini sebagai umpan untuk menarik perhatian rakyat agar menyokong mereka dalam pilihanraya umum ke13 nanti.

"Mereka hendaklah ikhlas dalam memberi BR1M ini kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, semua ini adalah wang hasil dari pembayar cukai maka seharusnya parti pemerintah jangan mengatakan bahawa wang BR1M ini hak mereka kerana semua ini adalah sumbangan dari pembayar cukai kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

Full content generated by Get Full RSS.

Program Bersepadu HPA Borneo <b>di Miri Sarawak</b>

Posted: 02 Mar 2011 09:39 PM PST

Program Bersepadu HPA Borneo di Miri Sarawak

4hb March 2011 : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Kursus Pengurusan & Pengunaan Sistem Online Agen Stok HPA
Oleh GM MIS, Puan Rashidah Bt Abdul Rahim
Di Dewan Pustaka Miri, Sarawak

4hb March 2011: 8.00 Malam – 11.00 Malam
Seminar MLMS HPA oleh Panel Syariah HPA, Ust Zolkharnain Abidin Al Hafiz
Di Dewan Pustaka Miri, Sarawak

5hb & 6hb March 2011 – 8.00 Pagi – 1.00 Petang
PBC Mega Zon Borneo
Oleh: GM AWM, Presiden KPT, Presiden KPA, Panel Syariah HPA, Presiden KPB, PJS Khlid Iskri
Hotel Park City Everly, Miri Sarawak

6hb March 2011 – 2.30 Petang – 5.30 Petang
KPJ Khas disampaikan oleh Penyarah KPJ/ Doty HPA 2010/ Presiden KPT, PJS Ust Mohd Ramizu Bin Abdullah
Penerangan Produk Jawi Water Filter Oleh Presiden KPA / Doty HPA 2009 PJS Hafidzan Faudzi

Anjuran HPA Zon Borneo, AGM En Noor Izham Bin Mohd Nor

Full content generated by Get Full RSS.

3 SEKELUARGA MAUT KEMALANGAN <b>DI MIRI</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 01 Dec 2011 12:15 AM PST

No of View :2022
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

MIRI: Seorang guru ditemani ibu dan kakaknya maut dalam nahas jalan raya di jalan pesisir pantai Bakam dalam kemalangan pada jam 7 malam tadi.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan balik ke Niah dari Miri setelah menjemput ibu dan kakaknya dari Lapangan Terbang Miri selepas tiba dari Pulau Pinang.

Mangsa dikenali, Logman Hashim, 25, Zabarulah Ahmad, 58, dan Hanim Yusof, 30, terbunuh di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Dalam kejadian itu, kereta Kancil yang dinaiki mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan kereta Toyota Hilux dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, pemandu dan seorang penumpang Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Full content generated by Get Full RSS.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Rakyat <b>di Marudi</b> terus nikmati projek pembangunan | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2011 02:07 PM PST

Posted on December 13, 2011, Tuesday

MASIH ADA PEMBANGUNAN: Entri (tiga dari kiri) menyampaikan surat pemberitahuan kelulusan projek pembinaan jalan bernilai RM0.406 juta dan geran MRP kepada penduduk di Marudi.

BELURU: Rakyat di Marudi terus menikmati projek pembangunan dan pengagihan projek kecil luar bandar (MRP) walaupun wakil rakyatnya digugurkan daripada parti.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Sylvester Entri Muran berkata, dengan statusnya sebagai bekas naib presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), ia tidak menghalang beliau untuk terus membantu rakyat di kawasan itu.

"Rakyat di Marudi memberi sokongan penuh terhadap Barisan Nasional (BN) walaupun pemimpin SPDP tidak memberi sokongan kepada saya sebagai calon BN semasa pilihan raya negeri yang lalu.

"Malah semua peruntukan pembangunan datang daripada kerajaan bukannya parti," katanya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi.

Entri berkata demikian pada majlis penyampaian dana MRP bernilai RM405,600 kepada 108 penerima di konstituensi Marudi dan penyampaian surat pemberitahuan kelulusan projek jalan dari Bakong hingga Teru, semalam.

"Pemberian geran dan surat pemberitahuan itu sekali gus menyangkal khabar angin yang menyatakan saya tidak ada lagi dana untuk diberikan kepada rakyat dan parti akan mengambil alih Marudi berikutan penyingkiran saya daripada parti," katanya.

Ujar Entri, walaupun rakyat di Marudi tidak mempunyai pemimpin SPDP di peringkat pusat, namun mereka tetap memberi kemenangan besar kepada BN semasa pilihan raya negeri yang lalu.

"Baru sekarang mereka tiba-tiba muncul di Marudi dan kehadiran mereka telah memecah-belahkan rakyat di situ, walhal semasa kempen mereka tidak pernah datang menjenguk.

"Mereka juga hipokrit kerana menyifatkan tindakan menggugurkan saya sebagai mengutamakan kepentingan parti sedangkan masalah akar umbi berpunca daripada Presiden Tan Sri William Mawan Ikom yang gagal mempertahankan status quo dalam jawatankuasa parti," ujarnya.

Entri menambah, Mawan sepatutnya mengekalkan status quo berkenaan jika beliau benar-benar mahu menjaga kepentingan parti, bukannya menyingkirkan saya dan menghukum empat lagi wakil yang dipilih.

Apa pun kata Entri, penyingkiran daripada SPDP tidak akan melemahkan semangat beliau untuk terus berkhidmat malah menganggap ia sebagai cabaran dalam politik untuk bekerja lebih gigih.

Full content generated by Get Full RSS.

Pal BN ke nganti papan SPDP <b>di Marudi</b> ngenyimaka ati penyukung <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2011 03:59 PM PST

Posted on December 14, 2011, Wednesday

KUCHING: Kes papan pal ke ngelaika opis Parti Demokratik Progresif (SPDP) di Marudi ke diturun sereta diganti enggau pal 'Barisan Nasional' (BN) udah diriput ngagai indu opis BN.

Seiku pemesai ari parti nya empu (ke enggai nama iya di sebut ditu) madah, taja pen papan pal nya diganti nyadi pal BN, nya utai ke manah, ku orang nya.

"Kami enda nyakal pengawa nya (nukar papan pal ngagai pal BN) tang semina kami deka nemu aja enti wakil rayat N.66 udah minta pemendar ari Indu Opis BN nganti pal nya, laban ti ditemu kami, sigi nadai peminta ari wakil rayat nya ngelekatka pal tanda 'BN' dia," ku iya.

Orang nya nanya baru, enti sema penyandang Kaban Parlimen (MP) Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan ngantung papan pal nitihka lambang BN-SPDP, bakani ku gaya nya, ku orang nya.

"Siti ni ke patut agi? Lalu siti ni ke dikemendar?

"Kami ulih mantah utai ke digaga raban pemesai parti kami (SPDP) ke suba tang kami enggai ngaga iya baka nya laban agi bebasa ke iya. Tang ke diatu, utai ke ngirauka ati kami laban penyukung pen diirit ngagai penanggul dalam parti.

"Kami deka penyukung kami tetap beserakup sereta tegap. Beri timpuh ngagai parti mutarka penanggul nya dulu, lalu ngarapka bala penyukung enda diirit bebalut enggau penyarut nya.

"Kami benung mutarka penanggul nya….Ukai betapi penanggul ari penyukung. Kami nadai muai komiti parti ba pampang opis kami serata menua tu, lalu nadai udah meda bisi riput komiti ke kena buai ba pampang opis parti," ku iya.

Lebuh ditanya ngagai orang nya baru, enti ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri berasai enda lantang ati ketegal iya kena buai ari parti, ku orang nya:

"Iya enda nemu utai ke datai nunutung iya, laban kumbai iya 'pemuntul lubang nya terang'.

"Baka ke udah disebut aku dulu tadi, mayuh macham utai tau nyadi dalam politik. Pemutus digaga kunsil besai parti (komiti disiplin) ke dibacha pemutus nya ngagai 'orang' nya empu, bekaul enggau penyalah iya.

"Ketegal penyalah iya nya, iya nadai agi enggau SPDP tang mengkang nyadi BN Bebas, baka nya ku jaku orang," ku iya.

Kelimpah ari nya, ku orang nya baru, parti semina deka nemu enti wakil rayat nya bisi minta pemendar ari komiti liaison BN (Datuk Jacob Dungau Sagan) ke nyadi Chairman N66 & N67 (Baram enggau Telang Usan) sebedau iya nganti papan pal nya?

"Enti sema sida lima iku tu madahka sida iya tetap tegap enggau BN, sapa ke BN ku sida?

"Bisi 13 buah parti nyengkaum SPDP dalam BN. Sapa ke nyadi Chairman? Sapa ke nyadi Mandal Chairman? Nyangka sida iya enda ingatka chairman SPDP Tan Sri William Mawan Ikom nya mega Mandal Chairman BN ke Perintah Besai enggau Menua. Enti jaku sida madahka sida tetap nyukung BN? Sida pen patut nyukung Mawan.

"Nemu ke enda utai ke disebut sida iya empu? Enti sida iya madahka diri tetap nyukung penyakal kini, nya nyangka nadai bekaul enggau BN. Nyangka sida tu agi bingung, bedau ulih berunding," ku orang nya.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


bumisepi.com » Blog Archive » Singgah sekejap <b>di Sarikei</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 03 Dec 2011 09:37 PM PST

December 4th, 2011 | by abuadam |

NOVEMBER 2011:
Sarikei ialah salah sebuah bahagian ('division') dari 11 bahagian kesemuanya di Sarawak. Bandar Sarikei ialah ialah ibu bahagian Sarikei, terletak di muara Batang Rejang (Batang = Sungai). Sarikei juga terkenal sebagai bandar nenas kerana nenas termanis berasal dari kawasan ini. Dari segi sejarah, Sarikei juga terkenal sebagai pusat pemberontakan penduduk tempatan (Iban dan Melanau) terhadap pemerintahan Raja James Brooke di sekitar 1800-an. Aku singgah sekejap di sini dalam perjalanan ke Pakan sebuah pekan kecil dalam daerah Sarikei dan seterusnya lagi 1 jam ke Ulu Kota, sebuah kampung kecil perkampungan kaum Iban di tanah tinggi pendalaman Sarawak melalui jalan balak / tanah merah.

Tujuan perjalanan ialah menziarahi beberapa keluarga saudara kita ('muallaf') dari kalangan kaum Iban yang memeluk Islam di Rumah Julin, Ulu Kota. Mereka tinggal di rumah panjang dan selepas memeluk Islam, terpaksa keluar duduk berasingan selepas diusir dari rumah panjang kerana tidak ikut serta dalam amalan penduduk rumah panjang yang bukan Islam seperti minum tuak dan korban babi jika berlaku kematian di rumah panjang. Kaum Iban majoritinya adalah pagan — penyembah pokok, angin, sungai dan objek pelik-pelik. Sebilangan kecil ialah Islam. Kristian mula bertapak di kawasan ini. Bro Nuzul dari Kuching yang turut serta dalam projek ini memberitahu lebih mudah untuk convert Iban Pagan ke Islam berbanding Iban Kristian. Ini adalah kerana paganism tiada pegangan yang kukuh. Satu lagi ialah kerana misionari Kristian mempunyai modal dan network yang besar dan hebat. Dia seorang Melayu yang boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Iban (maklumlah isterinya orang Iban). Katanya nak masuk Islam mudah saja, tetapi nak pastikan mereka kekal dalam Islam bukanlah mudah terutamanya apabila lokasi yang jauh. Satu bentuk sistem tarbiyah berterusan perlu diwujudkan. Sebab itulah Yayasan Amal Miri – sebuah pertubuhan bukan kerajaan – membawa sekali JAIS, Baitulmal Sarawak dan HIKMAH, sebuah NGO Islam di Sarawak ke Ulu Kota. Atas inisiatif semua, sebuah surau yang diberi nama Surau Al Azhar di Ulu Kota untuk keperluan 30 orang saudara baru yang menetap di situ telah dibina.

Perjalanan dengan pacuan 4 roda dari Miri mengambil masa hampir 6 jam, melalui bandar Bintulu, Sibu dan Sarikei. Bertolak dari Masjid Piasau, Miri selepas solat Isyak, kami sampai di Sarikei jam 4 pagi, selepas berhenti rehat sekejap di Bintulu Iqrak Center (BIC). Sarikei dengan penduduk kurang dari 100,000 ialah bandar yang sederhana besar dan mudah di terokai. Jalan utamanya ialah Jalan Repok yang bermula dari jalan utama Kuching – Sarikei dan berakhir di pusat bandar, di mana terletak jeti bot penumpang ke Kuching dan Sibu melalui jalan air. Disitulah terletak pasar basah, pasar borong, rumah kedai. Plet kereta di sini bermula dengan QR (nombor terkini ialah QRG, contohnya QRG 7622). Kaedah pernomboran nombor plet kenderaan di Negeri Sarawak agak unik. Setiap bahagian (division) di Sarawak bermula dengan dua huruf di mana huruf pertama ialah Q, contohnya QM untuk Miri, QT untuk Bintulu, QL untuk Limbang, dsbnya). Aku tidak lama di Sarikei. Selepas solat Subuh di Masjid Muttaqin, kami bersarapan di waterfront dan seterusnya ke pasar mencari barangan untuk majlis kenduri pada malam hari di Ulu Kota sempena Maal Hijrah. Perjalanan masuk ke Pakan dan seterusnya Ulu Kota mengambil masa 2 jam melalui jalan balak.

Bagaimana untuk sampai ke sini?

Untuk datang saja-saja ke Sarikei memang susah. Jika ada memandu dari Miri atau Bintulu menghala ke Kuching, singgahlah sekejap di Sarikei. Namanya memang unik seunik penduduknya yang casual. Asal usul nama Sarikei tak diketahui. Mungkin pembaca yang tahu boleh kongsi.

Sarikei dihubungkan dengan sistem jalanraya yang baik dengan bandar-bandar besar seperti Sibu, Bintangor, Kuching, Bintulu dan Miri. Bas ekspres antara bandar-bandar ini juga tersedia. Sebahagian stretch jalan tidak rata dan anda akan rasa melambung-lambung tetapi masih boleh dilalui oleh kereta biasa. Sarikei ke kawasan pendalaman seperti Pakan dan Julau, anda memerlukan kenderaan 4WD kerana jalan tanah merah dan berbukit bukau. Satu lagi method pengangkutan ialah bot laju atau dipanggil ekspres air. Semua bot laju dari Kuching ke Sibu akan singgah di Sarikei. Sibu ialah laluan sungai utama ke Kapit.

Jalan tanah merah ke Ulu Kota, 1 jam dari Pakan, 2 jam dari Sarikei (itu pun kalau tak hujan)

Persimpangan ke Sarikei dari jalan utama Kuching-Sibu

Jalan Repok membawa anda terus ke pusat bandar Sarikei

Pasar Sungai Rejang terletak di hadapan terminal bot laju

Bot laju (ekspres air) menunggu penumpang ke Kuching, Bintangor dan Sibu melalui Sungai Rejang

Teksi menunggu penumpang yang baru sampai ke Sarikei dengan bot laju.

Penumpang mencari bot ke Bintangor di Terminal bot laju di Sarikei. Bintangor 15km dari sini.

Kapal kontainer menyusuri Sungai Rejang berdekatan Sarikei

Deretan rumah kedai di bandar Sarikei

Laksa Sarawak yang 'nyaman' di sebuah restoran dekat Sarikei Waterfront

Sarikei waterfront

Masjid Muttaqin masjid utama di Sarikei, Sarawak

Life is easy in Sarikei, Sarawak. After all life is short. Why rush?

Nenas Sarikei terkenal di seluruh Sarawak. Harga pun boleh tahan.

Rumah Mak Cik Timah nun jauh di bawah lembah di Ulu Kota.

Siti Nurbaya (kanan) dan Aisyah antara kanak-kanak Iban yang mana ibubapa telah memeluk Islam di Ulu Kota.

Umang atau nama Islamnya Saleh antara kaum Iban yang mendapat hidayah di Ulu Kota

Surau Amal Al Azhar di Ulu Kota, Paka, Sarikei

Ulu Kota terletak di tanah tinggi. Unload barangan yg dibeli di Sarikei untuk majlis kenduri sempena Maal Hijrah.

AKAN DATANG: Miri. Kenapa anda perlu datang ke bandaraya ke 2 terbesar di Sarawak ini?

Tags: ,

Full content generated by Get Full RSS.

Rajahmas: ADUN DAP arah roboh gerai rakyat <b>di Sarikei Sarawak</b>

Posted: 03 Dec 2011 04:24 PM PST

Di Pulau Pinang dan Selangor perobohan gerai dan kedai begitu giat dilakukan pembangkang. Mengapa DAP hanya berminat menutup periuk nasi orang lain?
SARIKEI: Wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya sepatutnya membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mereka sepatutnya membantu masyarakat yang menghadapi masalah serta berusaha untuk menyalurkan pembangunan, bukan cuba memusnahkan perancangan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi telah dilantik, kata 24 orang pemilik gerai di kawasan Tebingan Sungai Nyelong di sini, petang kelmarin.

Kumpulan tersebut berkata demikian semasa mengadakan protes aman di Tebingan Sungai Nyelong kerana membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN DAP) Repok, Dr Wong Hua Seh yang mahu gerai-gerai mereka dirobohkan berikutan pembinaannya belum mendapat sebarang kelulusan.

"Kami berasa amat kesal dan marah akan tindakan wakil rakyat tersebut kerana apa yang sepatutnya berlaku ialah beliau (Dr Wong) harus berusaha untuk membantu pihak kita untuk menambah pendapatan dan bukan menghentikan mata pencarian dan rezeki kami.

"Apa yang paling menyedihkan ialah kami telah membelanjakan banyak wang simpanan kami untuk memulakan perniagaan ini, terutama untuk membeli bahan-bahan permulaan perniagaan tetapi sekarang, ia hendak dirobohkan pula.

"Kenapa perkara ini tidak dibincang atau diambil tindakan awal pada sebelum pembinaannya dahulu dan baru sekarang hendak dibangkitkan… apa yang pasti kami menjadi mangsa keadaan dan siapakah yang bakal bertanggungjawab dalam perkara ini?" kata Alwyn Lau Peng Seng selaku jurucakap kumpulan terbabit.

Tambahnya, mengapa gerai yang sudah terbina dengan cantik dan terletak di kawasan strategik itu mahu dirobohkan dan jika ia hendak dirobohkan, maka amat jelas pembaziran yang berlaku.

"Berdasarkan perkara ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa cara Dr Wong (DAP) amat berbeza jika dibandingkan dengan bekas ADUN yang lepas iaitu Datuk David Teng Lung Chi (SUPP)."


Baca artikel selanjutnya sini... Full content generated by Get Full RSS.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Cik Ardell dengan flare effect bikin terus dari kamera bukan <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 08:04 AM PST

Jaman filem sebelum era deejeetal susah payah orang nak elakkan flare sebab kesannya akan menghilangkan kontras gambar serta warna jadi "tawar".
Masa kini budak-budak berkampung di Facebook nak sangat efek flare photoshop ni dan kasik kaler kuning-kuning dan desaturate sikit lagi siap bilang.. "toning" gitu….

Ms Ardell by Ted Adnan

Ms Ardell, lighted with an umbrella far, far away and flared from camera left lagi...

Ni nak kongsi, tak perlu 44 layer fotoshop pun BOLEH dapatkan flare yang sebenar . Dalam kamera. Dengan pakai lampu denyar. Malam-malam boleh tidur awal beb tak payah lah nak "Edit" 44 layer gitu sampai pagi whoah hahahahahaha

——————

Sekian marketing untuk hari ini, tunggu pengumuman tentang "Bengkel Penataan Cahaya Lokasi Bersama Ted Adnan" pada hari Sabtu, 10hb March 2012 di Kuala Lumpur nanti.

Bengkel penataan cahaya di Saratok Sarawak pada bulan Februari 2012 ni masih on sebab tiket Airasia dah beli lama dah! Jupa anda di Saratok sana nanti, macham-macham saya nak share nanti :D:D:D

Full content generated by Get Full RSS.

ADAKAH WANG SEGALANYA - PKR UMPAN UNDI <b>DI SARATOK</b>

Posted: 17 Dec 2011 12:05 AM PST

                 
                     Cara PKR mengumpan UNDI di SARATOK..??


  
Ini adalah saya copy n paste dari blogger  kampung saya.. bahasa iban.. kalau salah tulung perbetulkan...
"Harapan menua sitak N.34 Krian nuju ngagai Wakil ke dipilih rakyat ke baru.. Ngarap ke janji semaia sidak ke maia berkempen di kemendar serta di adu.. janji tetap janji..
Ninga cerita PKR ka meri RM 600/sebulan ke orang berumur 60++(Warga emas), Meri Rm 1000.00 ngagai bala anaknembiak ke ka nurun besekula ngagai Universiti, Ngatur masalah tanah temuda bangsa iban, meri tanah area bajau-selambong...
ARAP ke nyadi nyata..rugi rakyat dah ngundi enti nyema janji tuk enda di amat.."
saya kurang faham dengan apa yg tertulis tp boleh ler.. bunyinyer lebih kurang mcm nie....  
 ' Harapan mereka yg mengundi di N34 Krian ke arah pemilihan wakil rakyat yg baru... harap janji dapat di tepati...
Dengar cerita  PKR akan beri RM600 sebulan (fuhh sebulan tuhh... banyakkkk) yg berumur 60++ (warga emas) ...  RM1000 untuk anak2 yg bakal ke univesiti... menyelesaikan masalah tanah bangsa iban, bagi tanah area Bajau - Selambong  <--nama tempat.... 
Harap dapat jadi kenyataan -- rugi rakyat kalau janji ini tak dapat ditepati...." <--- adakah janji ini akan ditepati... lihat saja selangor... apa dah jadi... hal tanah tak dapat di selesaikan.. gegegereeeee... 
JADI DIMANAKAH JANJI PKR ... JGN ASAL ORG IBAN JER NAK DITIPU... SEKARANG DEPA PUN DAH CANGGIH LOHH... SIAP ADA INTERNET LAGI KAT UMAH PANJANG DEPA/setakat ekon tak yah cerita ler.... DALAM HUTAN TUH... RUMAH ADA ASTRO AKU TAK HAIRAN... DEPA SIAP ADA PRABOLA ..LEH TENGOK LUAR NEGARA NYER BERITA N CERITA.... jg agak2 ler nak menipu PKR oiiiiiii............... 
Full content generated by Get Full RSS.

Jumaat, 3 Februari 2012

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Pemburu kepala cari mangsa <b>di Limbang</b>? | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2011 05:47 PM PST

Posted on November 22, 2011, Tuesday

JANGAN PERCAYA: Pengait atau pemburu kepala kini menghantui penduduk Limbang.

LIMBANG: Pemburu kepala kembali menagih korban! Itu cerita lisan yang cukup menggerunkan dan kini menghantui orang ramai khusus-nya kanak-kanak sekolah, kononnya pemburu kepala sedang giat 'memburu' mangsanya ketika musim cuti sekolah ini.

Walaupun setakat ini tidak ada bukti yang menyokong kewujudannya, cerita yang agak menyeramkan serta menaikkan bulu roma itu semakin rancak dibualkan bukan sahaja di kedai-kedai kopi malah menjadi perbincangan hangat bagi penduduk Limbang.

Pemburu kepala manusia atau dikenali 'pengait', kononnya menyasarkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak untuk disimpan pada lubang tiang sesebuah jambatan bagi menguatkan struktur pembinaannya.

Difahamkan, proses tersebut dilakukan oleh pawang tertentu supaya jambatan berkenaan lebih kukuh dan tahan lama.

Kepala berkenaan kononnya untuk santapan bagi membayar 'ganti rugi' kepada penunggu yang mendiami kawasan pembangunan ter-utama sekali jambatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Da-erah Pemangku Superintenden Bukhori Saffai menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin tersebut.

Beliau yang turut menerima panggilan telefon daripada orang ramai berhubung cerita itu menafi-kan sekeras-kerasnya kewujudan pengait yang menyasarkan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa.

"Pembinaan sesuatu jambatan bukan dibuat menggunakan ke-mahiran pawang tetapi melalui jurutera yang terlatih dan pakar.

"Jangan dengar benda-benda karut ini yang kononnya pengait sedang mencari mangsa untuk digunakan bagi menguatkan dan me-ngukuhkan strukt­ur sesebuah jambatan," katanya semalam.

Bukhori berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika diminta mengulas berhubung isu pengait yang hangat diperkatakan penduduk Limbang sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang ramai.

Katanya, ada pihak sengaja memperbesar-besarkan cerita ini ketika musim cuti sekolah supaya kanak-kanak tidak merayau di luar rumah.

"Mungkin ada hikmahnya di sebalik cerita ini supaya budak-budak tidak keluar rumah ketika musim cuti sekolah.

"Namun apa yang penting ialah ibu bapa harus lebih waspada supaya anak-anak mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah dan dipergunakan pihak-pihak tertentu," tegasnya.

Bukhori menambah, tiada laporan diterima mengenai isu terbabit setakat ini namun beliau menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati cerita pengait mula heboh diperkatakan sejak pembinaan Jambatan Pandaruan dan ia semakin hebat diperkatakan baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, isu pengait pernah menghantui penduduk Limbang sekitar awal tahun 90-an ketika pembinaan Jambatan Batu Danau giat dijalankan.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Masalah Air <b>di</b> Pekan Kabong <b>Betong</b>, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 03 Jan 2012 09:02 PM PST

Pekan Kabong, Betong Sarawak adalah merupakan salah satu kawasan yang terletak di Daerah Saratok. Pekan Kabong, Sarawak mempunyai populasi penduduk sekitar 14,000 orang.

Saya mewakili seluruh penduduk pekan Kabong ingin mengutarakan masalah yang telah dihadapi oleh seluruh penduduk Pekan Kabong sejak sekian lamanya.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk sekitar ialah masalah air. Walaupun masalah ini telah diutarakan kepada pihak yang berkenaan, tetapi masalah ini masih tidak pernah selesai dan tidak diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Masalah ini akan menjadi semakin teruk apabila tibanya musim perayaan dan musim cuti sekolah. Hal ini adalah kerana banyak penggunaan air di setiap rumah pada masa tersebut yang menyebabkan berlakunya masalah air tidak keluar dari paip.

Lebih teruk lagi, bagi rumah penduduk yang berada di kawasan tinggi, air paip tidak akan keluar. Mungkin disebabkan tekanan airnya terlalu rendah. Kebanyakan penduduk terpaksa bergantung kepada air yang disimpan di dalam tangki dan tong air.

Penduduk terpaksa berjaga sehingga lewat malam hanya semata-mata menunggu air paip keluar dan seterusnya menyimpan air di dalam tong dan bekas air untuk kegunaan harian keesokan harinya.

Oleh sebab itu, besarlah harapan kami penduduk Pekan Kabong agar masalah ini dapat diatasi bagi memudahkan urusan harian penduduk di sekitarnya.

By: ARBI BIN TOM

Aduan yang berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Saratok kuasa badminton <b>di Betong</b> | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 05:11 PM PST

Posted on February 4, 2012, Saturday

BUKTIKAN KEHEBATAN: Pemain-pemain SMK Saratok meraikan kejayaan mereka bergelar juara.

SARATOK: Kehebatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok terserlah lagi apabila muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Betong pada Khamis lepas.

Pertandingan dua hari yang berlangsung di Dewan Badminton Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Vokasional Betong itu disertai lapan buah sekolah iaitu SMK Spaoh, SMK ST Augustine, SMK Saribas, SMK Saratok, SMK BM Saratok, SM Vokasional Betong, SMK Kalaka dan MRSM Betong.

SMK Saratok ternyata unggul apabila menyapu bersih hampir kesemua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun serta lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Mereka turut menjuarai acara beregu bagi kategori perempuan bawah 18 dan 15 tahun.

Untuk rekod, ia merupakan kejuaraan keenam berturut-turut buat sekolah berkenaan.

Dengan kejayaan itu, para pemain SMK Saratok bakal mengibarkan cabaran Betong ke pertandingan peringkat negeri di Sarikei pada 14-17 Februari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Coklat Polkadot Mia Izzati: Bunyi aneh <b>di</b> Kota <b>Samarahan</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 20 Jan 2012 10:03 PM PST

Pada 11 dan 12 Januari 2012 lalu, penduduk Kota Samarahan dikejutkan dengan bunyi aneh dari langit.  Perkara ni menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang kata benda tu saja dibuat-buat untuk menakutkan orang ramai. Bagi saksi yang mendengar pada ketika itu mengatakan bunyi itu memang wujud. Yang paling takut tu, ada yang kata bunyi seolah-olah orang sedang berdengkur. Berderau darah aku baca berita ni. Ya Allah, ni kah tanda2 dunia akan kiamat semakin hampir?? Hanya Allah je yang tahu.. buat pembaca semua, sila la dengar baik2 ye !!



'Suara aneh dan menakutkan dari langit' yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak baru2 ni mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.
Mufti perak - Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemungkaran Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ni.
"Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat islam, mungkin ia adalah amaran kepada kita. Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.
"Kita perlu merenung diri, bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Kita merupakan umat paling maju dan bertamadun. Namun kita lupa Tuhan. Kita semakin kufur padaNya. Malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..." katanya ketika dihubungi Mynewshub.my disini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman.  Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

"Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.
"Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi..

"Anak-anak zina pun semakin ramai..dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin 'sar-sar. angin 'sar2' ini ialah angin batu, sekaran ni pun dah ada berlaku bencana ni..angin sar-sar ni dulu diturunkan Allah kepada umah Nabi Luth," ulasnya lagi.
Justeru, Mufti perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Insiden bunyi aneh dan menakutkan dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan diseluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.
Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaikannya dengan fonemena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.
Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai 'High Frequency Active Auroral Research Porgramme' (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.
Full content generated by Get Full RSS.

Bunyi &#39;Aneh Dan Menakutkan Dari Langit&#39; <b>Di Samarahan Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 09:15 PM PST

Insiden 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut. - Sumber mynewshub.my
 
Entri sebelum bersama Videonya >>DISINI

Wassalam, Wa'allahhualam.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


1640 unit komputer riba diagih <b>di Lubok Antu</b> 2012 | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2011 02:46 PM PST

Posted on December 22, 2011, Thursday

SELAMAT DATANG: Nyalau (tengah) dan Dr Rayong (kiri) semasa tiba pada majlis itu semalam.

ENGKILILI: Sebanyak 1,640 unit komputer riba akan diagihkan kepada rumah panjang di kawasan Parlimen Lubok Antu pada tahun depan.

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak berkata, sebuah rumah panjang sama ada akan mendapat satu atau dua unit komputer riba, bergantung kepada bilangan keluarga yang menghuni sesebuah rumah panjang itu.

Menurutnya, tujuan komputer riba diberi secara percuma kepada penduduk rumah panjang adalah untuk mendekatkan penghuni rumah panjang dengan alam siber.

"Saya akan agihkan komputer riba tahun depan dengan tujuan mendekatkan penghuni rumah panjang dengan kecanggihan kemudahan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Peringkat Bahagian Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak di Rumah Anggang, Nanga Mejong, Ulu Skrang, di sini, semalam.

Sementara itu, Nyalau memberitahu bahawa 1,400 unit komputer riba akan diagihkan kepada pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Lubok Antu tahun depan.

Beliau berkata, ini adalah pemberian secara percuma kedua untuk diagihkan kepada pelajar yang belum menerimanya sebelum ini.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) amat bersungguh-sungguh membantu rakyat dan pelajar di kawasan luar bandar," katanya.

Sehubungan itu beliau mengajak rakyat terutama di kawasan Parlimen Lubok Antu agar memberi sokongan padu calon BN pada Pilihan Raya Umum nanti.

"Saya bersedia mempertahankan Parlimen Lubok Antu, maka berilah sokongan kepada saya nanti  sekiranya saya diberi tanggungjawab untuk mengibarkan bendera BN," ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Cassiddy Morris, Pegawai Penerangan JASA Parlimen Sri Aman Whelton Lumpoi, Pegawai Penerangan JASA Parlimen Lubok Antu Geoffery Baja Ricky Maba dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Full content generated by Get Full RSS.

SPDP5 tiada hasrat tubuh parti baharu | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 04:31 PM PST

Posted on January 21, 2012, Saturday

LUBOK ANTU: Kumpulan SPDP5 tiada sebarang hasrat untuk menubuhkan sebuah parti baharu setelah keahlian mereka ditamatkan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Lima anggota kumpulan SPDP5 ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entrie Muran, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan ADUN Bekenu Rosey Yunus.

"Kami berlima masih belum memikirkan perkara itu… namun kita tunggu dan lihat sajalah," kata Entrie selaku Menteri Muda Kemudahan Awam kepada pemberita sejurus merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Lubok Antu bagi mewakili Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Wong Entugam, Jalan Batu Kaya di sini, semalam.

SPDP5, tambah beliau masih kekal sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memandangkan mereka telah dipilih oleh rakyat (menerusi tiket BN) pada pilihan raya negeri lalu.

Atas sebab itu, jelasnya, SPDP5 akan tetap meneruskan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan DUN atau Parlimen masing-masing walaupun tidak bersama SPDP.

"Soal sama ada kami berlima di dalam atau di luar parti itu (SDPD) adalah tidak penting. Paling penting, kami perlulah terus berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk rakyat," katanya.

Ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Tiki Lafe akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, dengan tegas Entri menjawab, keputusan itu bergantung kepada budi baca Pengerusi BN Negeri iaitu Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Pusat.

Entri memberitahu Dr Tiki kerap turun padang menemui rakyat di kawasan Parlimennya selama ini walaupun kerja-kerja beliau tidak diketahui oleh ramai pihak.

"Mungkin disebabkan Dr Tiki kekurangan publisiti daripada pihak media ataupun cerita rekaan daripada ahli-ahli SPDP yang tidak senang terhadap beliau yang mengatakan dia (Dr Tiki) kurang turun padang," katanya.

Justeru, Entri berkata, beliau yakin Dr Tiki adalah calon yang boleh menang di kerusi Parlimen Mas Gading sekiranya beliau diberi kepercayaan untuk bertanding semula di situ pada PRU13 nanti.

Sementara itu di Kuching, Nansian berkata lima bekas anggota SPDP itu masih lagi ahli Barisan Nasional (BN) dan ia tidak harus diragui.

Menurut bekas Naib Presiden Kanan SPDP itu, secara logiknya, mereka bertanding sebagai calon BN dan masih wakil rakyat BN.

"Kami bertanding sebagai calon BN dan kami bekerja di bawah kerajaan BN jadi kenapa pula kami tidak boleh menjadi ahli BN. Bagi saya ini adalah logiknya yang saya tahu.

"Jika kami tidak dipecat dari BN, maka kami masih ahli BN," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Kuching semalam bagi mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom baru-baru ini.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial berkata, ahli SPDP5 bukan lagi ahli BN selepas keahlian mereka bersama SPDP ditamatkan.

Nansian berkata, kumpulan itu masih lagi berkhidmat kepada rakyat sama seperti sebelum ini kecuali kali ini mereka menggunakan Kelab BN Negeri sebagai platform mereka.

"Apabila kami bersama SPDP, kami menggunakan parti sebagai jentera tetapi kini kami sudah dipecat dari SPDP, maka kami menggunakan Kelab BN Negeri sebagai jentera untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau menjelas lanjut, mereka bertindak meninggalkan parti kerana mereka tidak lagi mahu meneruskan perbalahan dengan Presiden parti.

"Kami meninggalkan parti kerana kami tidak mahu lagi berbalah. Kami seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan berbalah sesama sendiri.

"Bagi kami, kenapa anda perlu berbalah dengan ahli parti di kawasan yang mempunyai kekuatan tetapi melupakan tentang kerusi di mana anda lemah seperti Krian dan Ba' Kelalan," katanya.

Beliau berkata, daripada terus menyerang mereka, kepimpinan parti sepatutnya melakukan sesuatu di Krian dan Ba' Kelalan yang mana parti telah tewas di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya negeri lepas.

Nansian berkata, secara logiknya parti perlu menumpukan kawasan di mana mereka mempunyai kelemahan dan bukannya mengurangkan kekuatan dengan mengenepikan mereka.

"Kami tidak mengatakan siapa salah atau siapa benar tetapi lihat secara logiknya, jadi esok (hari ini) kami mahu rakyat tahu apa yang kami tahu adalah berdasarkan logik dan prinsip," katanya.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan mereka kini tidak lagi bersama SPDP, mereka tidak ada hak untuk menggunakan papan tanda parti di pusat khidmat masing-masing.

Maka itu, papan tanda lama akan digantikan dengan yang baharu dan pusat khidmat mereka yang terdiri dari Konstituensi Mas Gading, Tasik Biru, Marudi, Bekenu dan Batu Danau perlu dikenali sebagai Pusat Khidmat BN.

Papan tanda di Marudi telah digantikan sementara yang lain akan melakukan perkara yang sama bermula hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Petani, nelayan harus manfaatkan jalan raya | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 06:06 PM PST

by Watt Zacchaeus. Posted on February 1, 2012, Wednesday

Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro beri peluang kepada mereka pasarkan hasil pertanian, perikanan

SIBU: Petani dan nelayan di kawasan pesisir pantai merangkumi kawasan Rejang, Belawai dan Pulau Bruit malah Matu dan Daro dekat sini digesa mengambil peluang daripada wujudnya rangkaian jalan raya dari sini ke Tanjung Manis dan Matu-Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie berkata, dengan siapnya Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro peluang bagi petani dan nelayan memasarkan hasil pertanian dan perikanan mereka bertambah cerah.

"Saya difahamkan beratus-ratus kenderaan melalui jalan terbabit setiap hari dan ini pasti membuka peluang niaga kepada petani dan nelayan kita," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa gerai yang wujud di pinggir jalan berkenaan dekat sini, petang kelmarin.

Abu Seman yang juga setia-usaha politik Ketua Menteri singgah di gerai berkenaan untuk melihat hasil laut yang dijual oleh kaum nelayan dari Stalon dan Loba Pulau. Beliau singgah di gerai itu semasa dalam perjalanan menaiki kenderaan dari sini ke daerah Matu.

Menurut Abu Seman, apa yang dijual oleh nelayan di gerai-gerai di pinggir jalan itu adalah terhad.

"Saya percaya jika mereka menjual lebih banyak hasil laut seperti ikan segar, udang dan ikan masin, lebih ramai penduduk dari Sibu datang ke sini.

"Mereka tidak menjual ikan segar dan udang sekarang mungkin disebabkan musim tengkujuh," katanya sambil menambah bahawa tempat mereka berniaga sekarang adalah sangat strategik dan hanya memakan masa setengah jam menaiki kenderaan dari Sibu.

Bagi penduduk di bandar, katanya makanan segar seperti ikan dan udang adalah menjadi buruan mereka malah ketam dan lokan yang mereka jual di gerai berkenaan sentiasa mendapat permintaan.

"Begitu juga bagi petani. Mereka harus mengambil kesempatan dan mencari jalan bagaimana hendak memasarkan hasil pertanian. Saya cadangkan sambil menjual hasil tani, mereka bolehlah menjual kuih tradisional dan barangan kraf," katanya.

Menurut Abu Seman, apabila tempat (gerai) itu terkenal kelak bukan setakat penduduk dari Sibu yang berbelanja di sini malah penduduk dari seluruh Sarawak turut datang berkunjung ke situ.

"Saya menyeru kepada petani dan nelayan di kawasan ini supaya merancang dari sekarang bagi mengambil kesempatan daripada rangkaian Jalan Sibu-Tanjung Manis ini," tambah beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

ads