11 di daro sarawak - Google Blog Search |
Petani, nelayan harus manfaatkan jalan raya | BorneoPost Online <b>...</b> Posted: 31 Jan 2012 06:06 PM PST by Watt Zacchaeus. Posted on February 1, 2012, Wednesday Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro beri peluang kepada mereka pasarkan hasil pertanian, perikanan SIBU: Petani dan nelayan di kawasan pesisir pantai merangkumi kawasan Rejang, Belawai dan Pulau Bruit malah Matu dan Daro dekat sini digesa mengambil peluang daripada wujudnya rangkaian jalan raya dari sini ke Tanjung Manis dan Matu-Daro. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie berkata, dengan siapnya Jalan Sibu-Tanjung Manis-Matu/Daro peluang bagi petani dan nelayan memasarkan hasil pertanian dan perikanan mereka bertambah cerah. "Saya difahamkan beratus-ratus kenderaan melalui jalan terbabit setiap hari dan ini pasti membuka peluang niaga kepada petani dan nelayan kita," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa gerai yang wujud di pinggir jalan berkenaan dekat sini, petang kelmarin. Abu Seman yang juga setia-usaha politik Ketua Menteri singgah di gerai berkenaan untuk melihat hasil laut yang dijual oleh kaum nelayan dari Stalon dan Loba Pulau. Beliau singgah di gerai itu semasa dalam perjalanan menaiki kenderaan dari sini ke daerah Matu. Menurut Abu Seman, apa yang dijual oleh nelayan di gerai-gerai di pinggir jalan itu adalah terhad. "Saya percaya jika mereka menjual lebih banyak hasil laut seperti ikan segar, udang dan ikan masin, lebih ramai penduduk dari Sibu datang ke sini. "Mereka tidak menjual ikan segar dan udang sekarang mungkin disebabkan musim tengkujuh," katanya sambil menambah bahawa tempat mereka berniaga sekarang adalah sangat strategik dan hanya memakan masa setengah jam menaiki kenderaan dari Sibu. Bagi penduduk di bandar, katanya makanan segar seperti ikan dan udang adalah menjadi buruan mereka malah ketam dan lokan yang mereka jual di gerai berkenaan sentiasa mendapat permintaan. "Begitu juga bagi petani. Mereka harus mengambil kesempatan dan mencari jalan bagaimana hendak memasarkan hasil pertanian. Saya cadangkan sambil menjual hasil tani, mereka bolehlah menjual kuih tradisional dan barangan kraf," katanya. Menurut Abu Seman, apabila tempat (gerai) itu terkenal kelak bukan setakat penduduk dari Sibu yang berbelanja di sini malah penduduk dari seluruh Sarawak turut datang berkunjung ke situ. "Saya menyeru kepada petani dan nelayan di kawasan ini supaya merancang dari sekarang bagi mengambil kesempatan daripada rangkaian Jalan Sibu-Tanjung Manis ini," tambah beliau. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di daro sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan