Ahad, 12 Februari 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Lawatan Douglas Uggah ke Projek <b>di Simunjan</b> — SarawakReview <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:30 PM PST

Post image for Lawatan  Douglas Uggah ke Projek di Simunjan

SIMUNJAN, Jumaat:- Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke Batang Sadong dan Simunjan bagi memantau perkembangan projek-projek di bawah kementerian beliau pagi tadi.

Bermula dari Tapak Projek Lencungan Lubok Samsu (Batang Sadong Shortcut) dan Kampung Gumpey, lawatan diteruskan ke Simunjan melibatkan Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir (Kampung Sageng / Kampung Tabuan), Tapak Projek Jambatan Sungai Simunjan (Jalan Gedong Simunjan), Projek Naiktaraf Kampung Tebuan Simunjan diikuti lawatan ke kawasan Kuching pada sebelah petang di Tapak Sungai Bintangor (Projek Satu Negeri Satu Sungai) dan Tapak Sungai Bedil.

IMG_0411

Bercakap kepada media semasa lawatan di Simunjan, Douglas berharap masalah banjir di Simunjan akan dapat diatasi dengan penambahbaikan Projek Tebatan Banjir dan pembinaan terusan-terusan di kawasan tersebut.

Selain terusan di Lubok Samsu, terusan tambahan akan turut dibina di antara Gedong dan Gumpey bagi membantu mengurangkan tekanan air ke kawasan Simunjan. Pembinaan terusan-terusan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM3.2 juta.

IMG_0365

Menurut Douglas, meskipun ada di antara projek mengambil masa yang agak lama akibat permasalahan yang tidak dapat dielakkan, beliau memberi jaminan projek-projek tersebut akan tetap dilaksanakan termasuk Projek Jambatan Batang Sadong yang dijangka siap pada tahun ini.

IMG_0372

"Sebanyak 200 juta peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan untuk projek-projek ini dan kita turun sendiri ke tapak lokasi bagi memastikan ia dilaksanakan seperti yang dijanji," ujar beliau.

Turut mengiringi Dato Sri Douglas semasa lawatan adalah Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Hajah Nancy Haji Shukri dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan, Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais.

IMG_0382

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads