Ahad, 12 Februari 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


The Broken Shield: Bekas Renjer Mohon Insentif RM3,000.00 dari <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 08:56 AM PST


Kapit : 09.2.2012. Dua orang veteran Renjer pengawal sempadan berbangsa Iban, Encik Ladong Anak Ranggau dan Encik Milang Anak Awan, 71 tahun, dari Antawau Baleh yang berkhidmat dengan Renjer Kerajaan era konfrantasi dengan pihak Indonesia. Mereka menyokong pihak Protem Renjer Veteran seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan Sarawak untuk memohon bantuan insentif  RM3,000.00 turut diberikan kepada mereka. Mereka mengalu-alukan langkah kerajaan memberikan saguhati untuk pesara polis yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Menurut mereka, pengorbanan yang diberikan kepada Negara adalah mereka telah mempertahankan Negara Malaysia dari pencerobohan pihak luar. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka semasa era konfrantasi tersebut yang dikenali juga sebagai "Ganyang Malaysia" oleh pihak Indonesia. Menurut Ladong, ada antara renjer yang telah terkorban semasa perang dengan pihak musuh.
Menurut Milang lagi, beliau telah memasuki renjer dalam bulan Ogos, 1963 sehingga Ogos 1970. Antara tempat – tempat yang beliau perkhidmat adalah di Long Jawe', Belaga, Sarawak dan Long Jelangai juga di Belaga, Sarawak.
Seorang lagi veteran renjer, Encik Ladong Anak Ranggau,  67 tahun, yang menyertai renjer pada 10 Oktober 1963 sehingga 10 Oktober 1973, yang kini merupakan Timbalan Tuai Rumah di sebuah rumah panjang di Baleh turut menceritakan betapa beliau bersama renjer yang lain telah mempertaruhkan nyawa bukan hanya dari serangan musuh Negara tetapi juga serangan pihak komunis yang masih berleluasa di Sarawak ketika itu. Antara lain tempat-tempat yang dikawal oleh Encik Ladong adalah Lubok Antu, Kapit dan Katibas.
Kedua – dua Encik Milang dan Encik Ladong pihak kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian insentif RM3,000.00 tersebut kepada mereka dan juga merayu agar pihak renjer-renjer era konfrantasi yang lain di seluruh Negeri Sarawak termasuk mereka yang telah terkorban  turut dipertimbangkan.
Untuk  sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh hubungi Encik Abun Sui Anyit di HP 0168881502. Lot 1046, 1st Floor, Shang Garden Commercial Centre, Jalan Bulan Sabit, 98000 Miri, Sarawak.
Setiausaha Cabang PKR Hulu Rajang
Pengarah Biro Integrasi PKR, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads