11 di marudi sarawak - Google Blog Search |
Apakah Itu Gambir <b>Sarawak</b>??? | Blog | Lelakiidaman.Com Posted: 09 Sep 2011 07:52 AM PDT
Keberkesanan Gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan Gambir Sarawak secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.[perlu rujukan] 1 Kegunaan Kegunaan Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan Gambir Sarawak hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Gambir Sarawak juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berkhatan. Kaedah penggunaanya ialah dengan cara menghancurkan Gambir Sarawak tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut. Kesan dari penggunaan Gambir Sarawak ini ia boleh menjadi kebas dan tahan sakit. Fungsinya hampir sama seperti ubat bius tetapi penggunaan Gambir Sarawak Sarawak ini agak memanaskan apabila terkena pada bahagian kulit. Selain itu juga Gambir Sarawak ini boleh digunakan untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengking atau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya. Bagi masyarakat pendalaman di negeri Borneo ini mereka menggunakan Gambir Sarawak untuk menghilangkan rasa sakit ketika membuat lubang telinga (bertindik). Kaedah ini sama seperti ubat bius iaitu untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses menindik dilakukan. Populariti Gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan Gambir Sarawak ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari Gambir Sarawak Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim. Pasaran Gambir Sarawak mendapat sambutan yang hangat namun tiada penjualan secara komersil besar-besaran. Kebanyakkan peniaga kecil menjual produk ini di pasar malam, kaki lima, gerai kecil di tepi jalan. Mungkin kerana produk ini belum mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia lagi ia tidak dipasarkan secara komersil dan meluas. Harga Gambir Sarawak ini pula (Semenanjung Malaysia) di antara RM10 hingga RM20 tetapi ia lebih murah jika dibeli di Negeri Sarawak. Oleh kerana sambutan yang hangat di Semenanjung Malaysia ini para peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati kerana mereka menyedari betapa sukarnya mendapatkan bekalan Gambir Sarawak ini di sini. Cara Tahan Lama Diranjang http://lelakiidaman.com/libido-gel/ |
You are subscribed to email updates from di marudi sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan