di negeri sarawak - Google Blog Search |
Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Sarawak</b> 1432H/2011 <b>...</b> Posted: 30 Jul 2011 05:57 AM PDT Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Sarawak untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Waktu Berbuka dan Imsak bagi kawasan di negeri SarawakBerikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Sarawak: Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Sematan Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Sarawak melalui paparan Sribd di atas. Sumber: Related posts: |
Utusan Malaysia Online - Terkini Posted: 25 Jul 2011 11:20 AM PDT 1,000 koperasi di Sarawak menjelang 2013 - Rohani25/07/2011 8:56pm SIBU 25 Julai – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mensasarkan sebanyak 1,000 buah koperasi ditubuhkan di seluruh Sarawak menjelang akhir tahun 2013 melalui program mengkoperasikan masyarakat yang dilaksanakan kerajaan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sehingga tahun lepas sejumlah 658 koperasi telah didaftarkan di negeri ini . Bilangan anggota adalah seramai 320,512 orang, modal syer terkumpul RM134.7 juta dan jumlah aset terkumpul RM331.32 juta manakala pusingan perniagaan adalah sebanyak RM176.02 juta, katanya ketika berucap pada penutupan Seminar dan Bengkel Penubuhan Kariah Masjid Negeri Sarawak di sini semalam. Beliau berkata perangkaan ini menunjukkan gerakan koperasi di Sarawak yang mempunyai kekuatan dari segi keanggotaan dan modal, akan terus mencatatkan peningkatan. Seminar dua hari itu yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dengan kerjasama SKM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) disertai 200 anggota jawatankuasa masjid di kawasan tengah Sarawak. Mengikut perangkaan SKM Sarawak, sehingga pertengahan tahun ini jumlah koperasi meningkat kepada 729 buah dengan keanggotaan 350,000 orang, modal syer terkumpul mencecah RM150 juta dan jumlah aset terkumpul menokok kepada RM351 juta. Rohani berkata, sektor koperasi merupakan sektor perniagaan besar yang boleh diceburi kerana ia mampu memberi pulangan lumayan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan