Isnin, 15 Ogos 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


MAJLIS BERBUKA PUASA <b>DI</b> KG SEGUBANG, <b>BAU</b> | <b>Sarawak</b> Post | Berita <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2011 10:02 AM PDT

PROGRAM MEMPERKASA AQIDAH ANAK-ANAK SAUDARA BARU 2011

BAU :W.A.B Reality  dengan kerjasama Guru Pelatih PISMP Pengajian Agama ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah melaksanakan satu program yang telah melibatkan anak-anak saudara baru di Kg. Segubang, Bau pada hari Ahad yang lepas.. Program tersebut telah berjaya dengan jayanya yang berlangsung selama setengah hari iaitu dari selepas Zuhur hingga selepas solat Tarawikh. Seramai 19 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP Pengajian Agama dan Quran Sunnah serta diiringi oleh pensyarah pembimbing, Ustazah Sharifah Nooraida bt Wan Hasan.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak saudara baru mengenai pentingnya menjaga serta memperkasa aqidah dari pelbagai sudut seperti menjalani kehidupan seharian, menjalankan ibadah dan melaksanakan syariah Islam pada landasannya. Program ini disertai oleh seramai 38 orang anak-anak saudara baru dari usia 6 hingga 20 tahun.

Program bermula dengan sesi "Ice Breaking" yang dikendalikan oleh saudara Mohd Afiq bin Salahuddin tentang proses kejadian manusia menurut perspektif Islam dan Sains. Setelah itu, program diteruskan dengan aktiviti "Tresure Hunt" dan "Obstacle" berkisar tentang konsep Rukun Islam dan Iman. Aktiviti berakhir dengan slot refleksi yang dikendalikan oleh saudara Muhammad Syaharuddin bin Ibrahim.

Seramai 23 keluarga di Kg. Segubang telah sama-sama menjayakan program tersebut. Program tersebut bukan sahaja menarik perhatian murid-murid di situ malahan turut menarik minat ibu bapa mereka untuk turut sama-sama mendengar dan melihat anak-anak mereka sepanjang program ini berjalan. Menurut ketua Kg. Segubang, En. Komet, beliau sangat tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh guru pelatih IPG Batu Lintang dalam usaha memberi pendedahan kepada mereka dalam aspek aqidah yang mana penduduk Islam di situ adalah minoriti. Beliau juga mengharapkan program seumpama itu dapat diadakan lagi untuk masa yang akan datang dan beliau sangat berterima kasih kerana guru pelatih IPG Batu Lintang dapat memberikan satu ilmu ilmiah yang sangat berguna pada mereka.

Majlis berbuka puasa anjuran W.A.B Reality dengan kerjasama IPG Kampus Batu Lintang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Urusetia Saudara Kita (USK), Dr. Herman Ritom mewakili Pengarah W.A.B Reality. Beliau telah menggalakkan program-program sebegini perlulah diteruskan bagi menjaga masyarakat saudara baru khususnya di Kg. Segubang.

Beliau turut melahirkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Wan Abu Bakar kerana khidmat baktinya selama ini dalam mengambil berat perihal saudara baru di Kampung Segubang. Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Pengarah W.A.B Reality, Datuk Seri Wan Abu Bakar bin Tuanku Haji Mohamad kepada semua 23 buah keluarga saudara baru. Sumbangan berupa beras dan hamper juga turut disampaikan oleh Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan kepada seramai 40 orang peserta Program Memperkasa Aqidah 2011.

Selesai penyampaian hadiah dan cenderamata, majlis berakhir dengan solat Isyak dan solat Tarawikh secara berjemaah, yang diimami oleh pelajar IPG Batu Lintang iaitu saudara Muhammad Syahir bin Mahadi al-Hahiz. Diharapkan program sebegini dapat dilaksanakan untuk masa hadapan dalam memperkasa aqidah saudara baru khususnya.

Copy the code below to your web site.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads