11 di subis sarawak - Google Blog Search |
SALAM TERIMA KASIH… Tan Sri Jabu bersalaman bersama masyarakat <b>...</b> Posted: 30 Apr 2011 05:50 PM PDT SALAM TERIMA KASIH… Tan Sri Jabu bersalaman bersama masyarakat kawasan Mukah yang hadir memeriahkan Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah malam tadi. KEMENANGAN BARISAN NASIONAL BUKTI SOKONGAN RAKYAT UTUSAN SIBUTI (Mukah) - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 lepas membuktikan kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud disokong kuat oleh rakyat untuk terus menajui Sarawak. Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang pada Majlis Merai Kemenangan Barisan Nasional Pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada malam 29 April 2011 . Katanya, dengan kerja keras semua jentera BN bersama ahli-ahli komponen partinya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah menjayakan BN menang besar pada pilihan raya lepas. "Pada pilihan raya yang tamat malam 16 April lepas bahawa kita BN telah menang sebanyak 55 kerusi dengan peratusan berjumlah 77.5 peratus daripada 71 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) yang ditandingkan. "Kemenangan ini telah membawa kita BN sekali lagi diberi mandate untuk merajui kerajaan negeri berdasarkan Politik Pembangunan mentranformasikan rakyat ke arah penpencapaian ekonomi berpendapatan tinggi selaras dengan Gagasan 1Malaysia", jelasnya. Di Sarawak, trend politik yang ganas dan budaya samseng yang diperkenalkan oleh parti pembangkang telah ditolak oleh rakyat seluruh Bumi Kenyalang yang mementingkan keamanan, ketenteraman, kestabilan dan keharmonian. Justeru untuk memperkasakan parti BN Sarawak sangat diharap teruskan kerja keras dan mesti memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat menjalankan tugas iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Presiden SUPP Datuk Patinggi George Chan, Presiden PRS James Masing dan wakil Presiden SPDP Datuk Peter Nansian serta ADUN-ADUN BN Sarawak. |
LEARNING AND YEARNING: <b>Di</b> manakah Gua Nasib Bagus? Posted: 17 Jun 2010 01:24 AM PDT Istilah ini mungkin tidak asing bagi pelajar Tingkatan 2. Di mana sebenarnya Gua Nasib Bagus ini? Ada buku sebut Gua Niah, ada pula sebut Gua Mulu. Di bawah topik Bab12 Petempatan, m/s 115 dalam buku teks, ia disebut bahawa: "Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia. Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m. Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus. Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak." Maklumat di atas ini mengandungi beberapa kesilapan, di antaranya: "Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia. Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m. Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus. Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak." Tulis yang italic dan berwarna ungu sebenarnya agak mengelirukan. Kesilapannya ialah: Lain pula ceritanya tentang Gua Mulu. Taman Negara Mulu juga terletak di Bahagian Miri. Gunung Mulu terbentuk 5 juta tahun dahulu. Di dalam taman negara ini terdapat banyak gua. Di antaranya ialah Gua Nasib Bagus, Gua Rusa (Deer Cave) dan Clearwater Cave. Maka Gua Nasib Bagus adalah di dalam Taman Negara Mulu. Di dalam Gua Nasib Bagus pula terdapat "Kamar Sarawak" (Sarawak Chamber) - ruangan yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747. Gua Niah pula adalah gua yang tertua di Sarawak. Ia terletak di Gunung Subis. Gua batu kapur ini terbentuk 16 - 20 juta tahun dahulu. Tinggalan manusia 40,000 tahun dahulu boleh dijumpai di sini. Maka, petempatan awal juga boleh dijumpai di sini. |
You are subscribed to email updates from di subis sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan