Rabu, 24 Ogos 2011

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Hospital gempar lelaki mati &#39;hidup&#39; semula | my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2011 05:59 PM PDT

SIBU: Seorang pesakit lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang dikatakan meninggal dunia terpaksa diusung keluar dari bilik mayat selepas nadinya didapati masih berdenyut.

Insiden menggemparkan itu berlaku sekitar jam 4 petang kelmarin di Hospital Sibu apabila pesakit yang berasal dari sebuah rumah panjang di Kanowit, 60 kilometer dari sini, dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut sumber yang juga saudara-maranya, berita tentang kematian pesakit tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga terdekatnya sejurus selepas itu.

Bagaimanapun, ketika ahli keluarga terdekatnya sedang bergegas pergi ke hospital untuk memberi penghormatan terakhir, tiba-tiba mereka sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai pesakit tersebut belum disahkan meninggal dunia.

Sumber memberitahu, dia dimaklumkan bahawa 'si mati' terpaksa diusung semula ke wad ICU kerana masih hidup memandangkan nadinya masih berdenyut.

Menurutnya, kakitangan di bilik mayat hampir menyuntik pesakit itu yang dikatakan sudah mati dengan 'ubat mayat,' tetapi tidak menjadi setelah hasil pemeriksaan menunjukkan nadinya masih berdenyut.

Katanya lagi, pesakit itu hanya mampu bertahan selama lebih kurang lima jam selepas itu dan disahkan benar-benar meninggal dunia sekitar jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, si mati sebelum itu dihantar ke Hospital Daerah Kanowit seminggu lalu kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan dan keadaannya ketika itu agak serius.

Pesakit tersebut yang pernah bekerja di luar pantai dan sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kanowit, kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads