Rabu, 28 Mei 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2014 01:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jom Ke Pesta Benak <b>Sri Aman</b>, <b>Sarawak</b> | Mohdzaid.com | I&#39;m not a <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2014 10:21 PM PDT

1904049_10203325392684223_66968760_n

Pada bulan May ini akan bermulanya pesta besar di Sri Aman, Sarawak. Pesta itu dipanggil Pesta Benak. Ianya berlangsung pada 16 May 2014 hingga 18 May 2014. Hanya terdapat di Sri Aman Sarawak je tau. Sebab apa? Kerana ombaknya yang cantik dan beralun sekitar bulan ini. Jangan ingat laut je ada ombak, dekat Sungai Batang Lupar Sri Aman ada juga tau. Dekat sungai pula tu. Haaaa lihat betapa uniknya sungai ini.

Seiring dengan Tahun Melawat Sarawak 2014, Dijangka Pesta Benak Sri Aman kali ini mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar Negara. Tahun ini dianggarkan seramai 80,000 pengunjung menyaksikan Pesta Benak. Atas seruan itu, aku sendiri akan ke Sarawak untuk menyaksikan sendiri pesta yang julung kali diadakan ini. Siapa lagi kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia sendiri mempromosikan pesta yang diadakan dalam negara sendiri kan?..

Benak+Sri+Aman+3 Benak+Sri+Aman+5

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan semasa Pesta Benak ini nanti adalah Reggatta Benak, Budayaria Benak, Sukan Tradisi Benak, Bazaria Benak, Benak Idol, 1st Benak Bike Week, Car Show dan banyak lagi.

Selain daripada itu, anda boleh mencuci mata dan membeli barang yang dijualkan di bazzar yang disediakan. Pelbagai barangan yang mereka jual antaranya kek lapis Sarawak, cendera hati dan sebagainya. Pergi la tengok.. Memang best. Siap ada persembahan seperti karaoke dan tarian kebudayaan. Yang dari semenanjung, dan Sabah, mari lah pergi kat tempat ni, SYIOK. Bawa lah family anda jalan-jalan, takpe letih kaki jalan, janji happy.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi apa yang "best" mengenai pesta ini, Anda boleh layari laman web seperti yang tertera dibawah:

www.sarawaktourism.com/en/event-detail/e-details?evid=2_Pesta_Benak_Tidal_Bore_Festival

borneo-tourism.blogspot.com/?m=1

https://www.facebook.com/groups/pestabenak/

https://www.facebook.com/pages/Benak-Sri-Aman/600143083376961 

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2014 01:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerajaan diminta bina jambatan <b>di</b> empat kawasan <b>di Sri Aman</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2014 09:02 AM PDT

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis memohon agar kerajaan membina jambatan baharu bagi empat kawasan terpilih di Sri Aman.

Menurutnya, pelan cada-ngan tersebut sudah dikemukakan kepada  kerajaan sejak dua tahun lalu  bagi tujuan kelulusan sebelum ini.

"Cadangan pertama ialah membina jambatan bailey bernilai RM700,000 bagi menggantikan jambatan gantung yang sudah uzur di kawasan Genting San di sini," katanya.

Harden selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan ke jambatan-jambatan di Sri Aman di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, pelan cadangan bagi membina jambatan bailey dengan nilai anggaran kos yang sama juga telah dikemuka kepada kerajaan bagi kawasan Kampung Sebangkoi di sini.

Jambatan kayu yang telah dibina di Kampung Sebangkoi, Batu Lintang sebelum ini  telah runtuh kerana terlalu uzur dan perlu diganti semula dengan jambatan baharu, ujarnya.

Sementara itu katanya, pelan cadang pembinaan jambatan konkrit di Kampung San Munggor dan Kampung Sungai Putong di Batu Lintang, Sri Aman bagi menggantikan jambatan kayu turut dikemukakan kepada kerajaan.

Setiap jambatan konkrit ini menelan nilai anggaran kos sebanyak RM400,000, jelasnya.

"Jadi saya memohon agar kerajaan melulus peruntukan dalam kadar segera bagi menjayakan keempat-empat pelan cadangan terbabit," kata Harden.

Beliau berkata, apabila empat projek itu mendapat kelulusan nanti ia akan dapat memberi kesenangan kepada 4,000 penduduk di kawasan terbabit.

Turut menyertai lawatan itu Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Cassidy Morris dan Timbalannya Noor Ismail Razali, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman Kanselor Sawing Sumar dan Ketua Pemuda SUPP N.27 Simanggang Patrick Michael Malajin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads