ads

Isnin, 14 April 2014

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kerajaan diminta bina jambatan <b>di</b> empat kawasan <b>di Sri Aman</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2014 09:02 AM PDT

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis memohon agar kerajaan membina jambatan baharu bagi empat kawasan terpilih di Sri Aman.

Menurutnya, pelan cada-ngan tersebut sudah dikemukakan kepada  kerajaan sejak dua tahun lalu  bagi tujuan kelulusan sebelum ini.

"Cadangan pertama ialah membina jambatan bailey bernilai RM700,000 bagi menggantikan jambatan gantung yang sudah uzur di kawasan Genting San di sini," katanya.

Harden selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan ke jambatan-jambatan di Sri Aman di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, pelan cadangan bagi membina jambatan bailey dengan nilai anggaran kos yang sama juga telah dikemuka kepada kerajaan bagi kawasan Kampung Sebangkoi di sini.

Jambatan kayu yang telah dibina di Kampung Sebangkoi, Batu Lintang sebelum ini  telah runtuh kerana terlalu uzur dan perlu diganti semula dengan jambatan baharu, ujarnya.

Sementara itu katanya, pelan cadang pembinaan jambatan konkrit di Kampung San Munggor dan Kampung Sungai Putong di Batu Lintang, Sri Aman bagi menggantikan jambatan kayu turut dikemukakan kepada kerajaan.

Setiap jambatan konkrit ini menelan nilai anggaran kos sebanyak RM400,000, jelasnya.

"Jadi saya memohon agar kerajaan melulus peruntukan dalam kadar segera bagi menjayakan keempat-empat pelan cadangan terbabit," kata Harden.

Beliau berkata, apabila empat projek itu mendapat kelulusan nanti ia akan dapat memberi kesenangan kepada 4,000 penduduk di kawasan terbabit.

Turut menyertai lawatan itu Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Cassidy Morris dan Timbalannya Noor Ismail Razali, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman Kanselor Sawing Sumar dan Ketua Pemuda SUPP N.27 Simanggang Patrick Michael Malajin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved