11 di kuching sarawak - Google Blog Search |
Pengundian awal Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 <b>di Kuching</b> <b>...</b> Posted: 06 Apr 2014 03:16 PM PDT KUCHING: Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 (PEMILU 2014) yang berlangsung di Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di sini dari jam 8 pagi hingga 5 petang semalam berjalan lancar. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Indonesia di Sarawak (Panitia Pemilihan Luar Negeri Sarawak-PPLN) Fathan Soetrisno memberitahu, pihaknya sangat berpuas hati dengan kelancaran proses tersebut. "Proses pengundian awal hari ini berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah. "Kami sangat berpuas hati dengan kelancaran dan kehadiran pengundi hari ini," katanya ketika ditemui pemberita semalam. Mengulas lanjut, seramai 2,200 rakyat Indonesia yang layak mengundi berada di Kuching telah diberikan surat jemputan untuk hadir mengundi semalam. "Seramai 98,850 rakyat Indonesia yang layak mengundi dan berdaftar berada di Sarawak pada masa ini. "Bagi mereka yang berada di luar Kuching, sebanyak 15 pasukan telah kami hantar ke 153 lokasi membawa 'peti undi mudah alih' membolehkan mereka yang tidak dapat mengundi di konsulat hari ini terus dari tempat mereka berada atau bekerja. "Manakala pengundian di KJRI hari ini, kami telah menghantar surat jemputan kepada mereka untuk hadir mengundi," jelasnya. Tambah Fathan, rakyat Indonesia yang sedang melancong atau berada di Sarawak serta tiada surat jemputan dan ingin mengundi awal, mereka juga boleh mengundi di KJRI namun mereka dikehendaki datang jam 4 petang. "Kami membenarkan mereka mengundi pada jam 4 petang (sejam sebelum proses pengundian berakhir) kerana kami ingin mengutamakan pengundi yang telah diberikan surat jemputan terlebih dahulu," ujarnya. Menurut Fathan lagi, proses pengiraan undi akan dibuat pada hari pengundian di Indonesia dan keputusan rasmi bakal diketahui 15 April ini. Dalam perkembangan lain, Fathan menyatakan pilihan raya kali ini turut menyaksikan pertandingan melibatkan 12 parti politik yang terdapat di seluruh Republik Indonesia di mana hari mengundi rasmi Pemilu 2014 ditetapkan pada 9 April ini. Parti-parti politik terlibat ialah Parti NasDem, Parti Kebangkitan Bangsa, Parti Keadilan Sejahtera, PDI Perjuangan, Parti Golongan Karya, Parti Gerindra, Parti Demokrat, Parti Amanat Nasional, Parti Persatuan Pembangunan, Parti Hati Nurani Rakyat, Parti Bulan Bintang, Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia. Turut hadir pada hari pengundian awal semalam ialah ahli-ahli PPLN iaitu Andre Suharto, Adi Dewanto, Gun Mayudi dan Ahmad Suaidi. Manakala dari KJRI ialah Gondosumarto Wibisono dan Agung Hartono. |
You are subscribed to email updates from di kuching sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan