11 di limbang - Google Blog Search |
<b>Limbang</b> masih memerlukan kemudahan mesin haemodialisis <b>...</b> Posted: 10 Dec 2013 03:01 PM PST LIMBANG: Daerah ini masih memerlukan kemudahan mesin di Unit Haemodialisis Hospital Limbang memandangkan kemudahan sedia ada tidak dapat menampung pertambahan pesakit setiap tahun. Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata kerajaan sentiasa memandang serius keperluan kesihatan penduduk di sini termasuk pernah menyuarakan masalah berkenaan di Parlimen agar kemudahan itu diperbanyakkan. Beliau berkata kemudahan tersebut tidak dapat menampung pertambahan pesakit yang semakin meningkat sehingga mereka terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. "Kita ada menerima aduan sesetengah pesakit terpaksa dirujuk ke hospital luar dari Limbang kerana kemudahan di Unit Haemodialisis sudah tidak dapat menampung bilangan pesakit yang bertambah. "Selain itu ada juga pesakit yang terpaksa menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan rawatan di unit terbabit," katanya ketika ditemui selepas Program 10,000 Langkah Untuk Kesihatan bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Limbang (ALPHL) petang kelmarin. Hadir sama Pegawai Kesihatan Hospital Limbang Dr Nurliza Jusoh, Pengerusi ALPHL Kaunselor Jerry Seraie dan Temenggung Ang Kheng Su. Hasbi berkata lagi sebelum ini kerja penambahan dan pembesaran kawasan dan mesin rawatan haemodialisis sudah dilakukan termasuk sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu. Pada masa ini unit tersebut mempunyai lapan mesin rawatan, termasuk tujuh untuk rawatan biasa dan satu lagi mesin untuk rawatan lanjut bagi penyakit tersebut. Difahamkan setiap mesin beroperasi tiga kali sehari dan menyebabkan ramai pesakit menunggu giliran. Beliau berkata lagi pesakit diabetes sentiasa bertambah setiap tahun di negara ini termasuk di Limbang. "Di kawasan lain mereka mempunyai alternatif apabila ingin mendapatkan rawatan daripada pelbagai persatuan lain. "Di Limbang kita hanya bergantung kepada satu-satunya kemudahan ini di hospital menyebabkan kemudahan yang ada tidak dapat menampung kehadiran pesakit," jelasnya. Hasbi juga akan mengambil perhatian serius terhadap perkara itu termasuk mencari kaedah terbaik untuk menanganinya. Dalam pada itu beliau berharap Timbalan Menteri Kesihatan akan turun padang ke Limbang untuk melihat sendiri isu kesihatan yang menjadi keutamaan rakyat di sini. "Ia termasuk kemudahan Klinik Medamit agar dapat dipindahkan ke kawasan seberang sungai di tapak yang sedia ada selain keperluan kesihatan lain," katanya. Ditanya mengenai isu denggi di sini, memandangkan musim tengkujuh sekarang ujarnya Pejabat Kesihatan mempunyai banyak program pencegahan denggi yang dilaksanakan secara berterusan. "Isu denggi bukan perkara baharu, apa yang lebih penting orang ramai perlu menjalankan peranan masing-masing bagi memastikan tiada air bertakung bagi mengelak pembiakan nyamuk khususnya dalam masyarakat dan kejiranan kita," ujarnya. Sementara itu Dr Nurliza berkata Jawatankuasa Wabak memang sudah ditubuhkan sejak 2010 yang akan diaktifkan sekiranya berlaku wabak. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di limbang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan