Khamis, 12 Disember 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Rakyat <b>Sarawak</b> himpun <b>di</b> Padang <b>Kuching</b> bangkit isu tanah <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 10:36 PM PST

KUCHING 10 DIS: Kira-kira 300 rakyat Sarawak berhimpun di Padang Merdeka Kuching pagi ini sempena Hari Hak Asasi Sedunia bagi membangkitkan tuntutan tanah adat (NCR).

Menurut penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma, isu utama yang dibangkitkan adalah tuntutan keatas hak tanah yang kritikal di Sarawak.Kch5

"Himpunan hari ini juga bagi membangkitkan isu pembinaan empangan Murum, Baram dan lain-lain yang menjadi ancaman kepada tanah milik rakyat.

"Sebab isu tanah bukan isu orang Iban atau orang Asal sahaja, tetapi juga kepada orang Melayu Sarawak dan suku lain.

"Sehingga kini ada 400 kes tanah rakyat yang dirampas di Sarawak kini dibawa ke mahkamah," kata Akma kepada Keadilandaily.

Himpunan bermula jam 10 pagi tadi disertai Sadia, NGO masyarakat Iban Sarawak, Grass (Gerakan Sabah Sarawak) dan orang Asal dari seluruh negeri ini.

Kch4Walaupun hujan renyai dan diawasi anggota polis, peserta himpunan bersemangat berarak sambil melaungkan slogan 'Hormati hak asasi' dan 'Undur Taib Mahmud'.

Mereka membawa kain rentang dan plakad tertera perkataan 'Tanah kami nyawa warisan kami' dan 'Hormati hak kami orang Asal Sarawak'

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57056

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads