Ia bertukar tangan kepada Sultan Sulu   setelah Sultan Brunei meminta pertolongan sepupunya Sultan Sulu untuk   menyelamatkan istananya yang sedang dikepung oleh musuh.        
  Atas kejayaan sepupunya itu, Sultan   Brunei telah menghadiahkan Sabah kepada Sultan Sulu. Tetapi Sultan Sulu   telah bersetuju memberi ruang kepada sebuah Syarikat British Borneo   milik kerajaan British untuk menyewa Sabah tanpa menyebut tarikh tamat   tempohnya.
  Ternyata Sultan Sulu tidak sebijak Maharajah China yang menyewa Hong Kong kepada British hanya untuk satu ratus tahun.
Apabila   British memberikan kemerdekaan Sabah dan Sarawak kepada kerajaan Malaya   pimpinan Tunku Abdul Rahman, sekali gus Sabah telah diserahkan juga   kepada penubuhan Kerajaan Malaysia. 
Kalau disorot undang-undang,   peralihan Sabah ke tangan Malaysia boleh dianggap tidak sah, kerana   sewa pajak Sabah oleh kerajaan British tidak menyebut dia boleh   menyerahkan kuasa kepada pihak lain. 
Mengikut Rumah Bicara Sulu,   Sabah sepatutnya dipulangkan semula kepada mereka oleh British. Kerana   itulah Presiden Macapagal (ayah kepada Presiden Gloria Arroyo Macapagal)   telah mengambil kesempatan menuntut bumi Sabah sebagai milik kerajaan   Filipina satu ketika dahulu.
Presiden Macapagal berbuat demikian   kerana dia menyokong tuntutan warganya yang juga merupakan Bangsamoro di   selatan Filipina. Sebagai seorang peguam, Presiden Macapagal faham dia   mempunyai tuntutan yang sahih terhadap Sabah. 
Akan tetapi semasa perundingan di Manila, Tunku sebagai seorang peguam juga telah mempertahankan hak Malaysia memiliki Sabah. 
Beliau   telah menyebut, semasa British berundur daripada bumi Sabah ketika   diserang oleh Jepun, tidak ada seorang pun warga Kesultanan Sulu yang   datang mempertahankan bumi Sabah. Sabah telah dipertahankan oleh askar   British yang ketika itu dianggotai oleh warga British, Gurkha Nepal dan   askar Melayu.
Dengan itu sebagai jalan pintas dan mudah, kita   dapati Kerajaan Malaysia membayar pampasan berjumlah USD5,300  kepada   istana Sulu melalui seorang peguam berbangsa Filipina yang mengeluarkan   resit penerimaan wang itu. 
Bagaimana Tunku mampu membayar   pampasan sekecil itu menjadi tanda tanya kita. Ataupun adakah   kemungkinan ada pampasan yang lebih besar dibayar kepada pihak lain yang   ada kuasa menentukan perjanjian Makati Accord tersebut. 
Akan   tetapi, hingga ke hari ini Kesultanan Sulu dan Bangsamoro tidak   mengikhtiraf bayaran itu sebagai satu pampasan. Mereka menganggap wang   sejemput itu adalah bayaran sewa kerajaan Malaysia kepada Bangsamoro. 
Kita   boleh faham kenapa Bangsamoro tidak pertikaikan wang secopot itu   sebagai harga sewa pajak bumi Sabah sedangkan untuk menyewa sebuah   apartment mewah di Makati Square ataupun di sepanjang Roxas Boulevard,   Manila mungkin harganya dua belas kali ganda daripada itu.
Jawapan kepada soalan cepu emas itu terletak kepada keadaan dalam negeri Bangsamoro itu sendiri. 
Kepulauan   Bangsamoro adalah merangkumi Kepulauan Palawan, Tawi-Tawi Basilan dan   beberapa kepulauan kecil yang bersempadan dengan Indonesia. Rakyat   negara itu semuanya bercakap Bahasa Melayu dan menganut agama Islam.
Malahan   pada satu ketika dahulu, Kesultanan Sulu menjajah luas hingga ke   kepulauan Mindanao yang kota rayanya bernama Manila. Mindanao dan   kepulauan berdekatannya telah ditumpaskan oleh penjajah Sepanyol.   Kejatuhan itu berlaku setelah Sultan Sulaiman berjaya dibunuh oleh   Sepanyol.
Namun pada masa pemerintahan Sepanyol dan kemudiannya   Amerika Syarikat itu, muncul seorang Dr. Melayu, Jose Rizal yang   merupakan bapa kemerdekaan Filipina. Beliau meninggal dunia sekembalinya   selepas mengerjakan rukun Haji di Makkah. 
Assimilasi penjajah   Sepanyol dan juga Amerika telah merobah Bahasa Melayu menjadi satu   bahasa berbeza yang kini dipanggil Bahasa Tagalog. Namun terlalu banyak   bahasa Melayu di dalamnya, seperti Ano, Apadia, Pangalan   (panggilan/nama) mo (kamu).
 Pengaruh   Sepanyol telah menjadi agama Katholik menjadi pegangan orang Filipina   di Kepulauan Mindanao. Kedatangan Amerika pula telah mencambahkan   fahaman Kristian Presbyterian, Anglopayan, Methodist, Pentecostal dan   lain-lain lagi.
Pengaruh   Sepanyol telah menjadi agama Katholik menjadi pegangan orang Filipina   di Kepulauan Mindanao. Kedatangan Amerika pula telah mencambahkan   fahaman Kristian Presbyterian, Anglopayan, Methodist, Pentecostal dan   lain-lain lagi.
Kalau Sepanyol menjadikan warga Filipina kuat   beragama Katholik seperti Mexico, kehidupan mereka amat mundur ketika   itu kerana kehidupan mereka banyak tertakluk kepada karenah penjajahan   Sepanyol. 
Semasa itu pemerintahan Sepanyol tidak stabil kerana   asyik dengan ketaksuban mahu menguasai sepenuh bumi Filipina termasuk   wilayah Bangsamoro.
Inilah sebabnya pemerintahan Filipina   bertukar tangan kepada Amerika Syarikat yang akhirnya membangunkan   Kepulauan Mindanao sebagai pangkalan tentera lautnya di Subic Bay dan   pergunungan Bagio sebagai tempat istirahat keseluruhan anggota tentera   Amerika selepas Perang Dunia Kedua. 
Hingga ke hari ini Bagio   menjadi pusat pelancongan, Kolej dan Universiti ketenteraan Filipina.   Subic Bay yang sudah lama ditinggalkan oleh Amerika Syarikat kini dibuka   semula untuk menempatkan tentera Amerika mengikut perjanjian yang baru.   
Akan berkembang majulah nanti pusat Bandar Angeles City yang   sudah sekian lama muram dan merudum bila ditinggalkan oleh Armada Laut   Amerika.
Kalau kita sorot sejarah Bangsamoro, sepatutnya mereka   boleh mendesak penilaian semula perjanjian Makati Accord memandangkan   taraf hidup semasa. Kenapakah mereka tidak berbuat demikian?
Memang   amat malang sekali Bangsamoro, tidak dapat memperjuangkan pampasan   ataupun nilai sewa pajak lebih dari Lima Ribu Tiga Ratus Dollar Setahun.   Kalau pembayaran itu dikira bermula 1964, hingga kini mereka baru   menerima sebanyak 265,000 dollar sahaja.
Bayangkanlah kalau harga   satu tong minyak bernilai 80 dollar secara purata satu tong, ini   bersamaan dengan 33,125 tong minyak mentah sahaja, Tidak sampai pun   jumlah dan hasil sedutan minyak dalam satu minggu di bumi Sabah.
Ini   bererti kalau Bangsamoro merujukkan perkara ini ke mahkamah   antarabangsa di Den Hague, mereka PASTI DAPAT keadilan yang lebih baik.   Kenapakah ini tidak berlaku?
Sejurus Macapagal Berjaya   memperjuangkan masalah Bangsamoro dia telah dikalahkan dalam pilihan   raya oleh seorang peguam bernama Ferdinand Marcos. Beliau telah   memerintah lama di Filipina dan semasa pemerintahannya Bangsamoro telah   tertekan dan sentiasa berang dengan kerajaan pusat.
Ferdinand   Marcos adalah daripada wilayah Ilocos Norte, daripada kaum Ilocos.   Beliau adalah sama kaum dengan seorang kawan baiknya di University of   Philippines bernama Aquino yang kemudian terbunuh sekembalinya daripada   pembuangan di Amerika.
Marcos datang daripada keluarga menengah.   Sedangkan sahabat baiknya adalah daripada keluarga hartawan. Sudah   menjadi amalan mereka apabila pulang daripada kelas di universiti,   mereka berdua akan menunggu kedatangan jip pengangkutan di Manila di   satu persimpangan jalan. Di sana Aquino akan mengutip sebahagian wang   tambang Jipney ayahnya dan member sumbangan kepada Ferdinand Marcos.
Apabila   Ferdinand Marcos berkuasa, dia membazirkan banyak wang untuk memerangi   Bangsamoro kerana mahu memerintah Kepulauan Tawi-tawi, Basilan, Palawan   dan keseluruhan tanah air Bangsamoro. 
Sikapnya itu telah   ditentang oleh sahabat baiknya Aquino menyebabkan Marcos memenjarakan   sahabat baiknya itu sehingga membenarkan beliau hidup melawat di luar   Negara. 
Pada akhir-akhir pemerintahannya, Aquino telah dibenarkan pulang untuk bertanding melawan Marcos sebagai Presiden Filipina. 
Sikap   memerintah dengan kuku besi itu telah melahirkan beberapa pertubuhan   pejuang Bangsamoro yang dikepalai oleh Nur Miswari. Kini Nur Miswari   sudah tua dan peranannya dimainkan oleh pemimpin muda yang berpelajaran   tinggi. Mereka masih menyanjungi Nur Misuari dan juga isterinya yang   merupakan adik kepada sultan Kiram, bernama Dr. Fatima Kiram.
Pembunuhan   Aquino ketika menuruni pesawat dari Amerika telah menaikkan kemarahan   rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan seluruh Manila hingga menyebabkan   Marcos bersama isterinya Imelda lari lintang-pukang ke Hawaii. Di   sanalah Marcos menghabiskan sisa-sisa hidupnya sehingga mati dan dibawa   balik untuk ditanam di negara kelahirannya.
 Kematian   Marcos telah membuka ruang untuk diadakan pilihan raya umum dan ini   membolehkan rakyat melantik balu Aquino bernama Corazon (Cory) Aquino   naik menjadi Presiden. Bermula daripada itu, MNLF (Moro National   Liberation Front) bergerak cergas memperjuangkan kemerdekaan daripada   kerajaan pusat yang beragama Katholik.
Kematian   Marcos telah membuka ruang untuk diadakan pilihan raya umum dan ini   membolehkan rakyat melantik balu Aquino bernama Corazon (Cory) Aquino   naik menjadi Presiden. Bermula daripada itu, MNLF (Moro National   Liberation Front) bergerak cergas memperjuangkan kemerdekaan daripada   kerajaan pusat yang beragama Katholik.
Perjuangan Nur Misuari dan   Bangsamoro, terus berdepan dengan beberapa Presiden yang muncul silih   berganti. Cory Aquino tidak mahu bertanding semula selepas lima tahun   memerintah. Tempatnya diganti oleh General Fidel Ramos. Inilah Presiden   yang bertanggungjawab untuk berdamai dengan Bangsamoro. 
Sebelum   menjadi Presiden baru, beliau merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera   Filipina. Fidel Ramos kemudiannya digantikan oleh Estrada, seorang   pelakon filem yang paling terkenal di Filipina. Joseph Ejercito Estrada   tidak dapat melanjutkan pemerintahannya ke penggal kedua kerana   menghadapi tuduhan rasuah. Tempatnya digantikan oleh Arroyo Macapagal. 
Kini   Filipina ditadbir kerajaan pimpinan Benigno Aquino III. Beliau   disenangi oleh Bangsamoro. Cuma pada kali ini, dia tersepit antara mahu   terus berbaik dengan kerajaan Malaysia dengan desakan Bangsamoro untuk   campur tangan dalam usaha Bangsamoro menuntut bumi Sabah.
Pada 3   Mac 2013 yang lalu, lima lagi anggota polis telah ditembak mati oleh   penceroboh bersenjata. Kematian tidak berlaku di Lahad Datu, tetapi di   kampung air di Pulau Semporna. Ini bererti sama ada tentera Bangsamoro   sudah menyelinap masuk ke pulau Semporna ataupun yang di Lahad Datu   dapat menyelinap keluar dan pergi ke Semporna. 
Wakil rakyat   Parlimen Semporna, Datuk Shafie Afdal nampaknya masih tidak dapat   menerima bahawa kemasukan penceroboh bersenjata di bumi Sabah adalah   satu serangan bersenjata oleh askar asing. Dia seolah-olah menerima   sikap Najib pada tahap awal bahawa askar itu semuanya diberi ruang untuk   berundur secara aman. 
Mungkin kerana itu Shafie juga telah   memberikan nasihat yang salah kepada Perdana menterinya. Itu sebabnya   pihak PDRM diberikan kuasa menangani masalah pencerobohan itu lebih dua   minggu yang lalu.
Para pembaca pasti dapat mengingati kisah Al   Maunah di Jenalik Hilir satu ketika dahulu. Inilah kumpulan yang diberi   nama Al Maunah oleh TKT Mahathir. Mereka dikatakan berkubu di atas   sebuah bukit kecil di belakang rumah Chegu (Bersara) Osman, kalau saya   tidak silap namanya. 
Inilah kumpulan yang muncul pada hari   Majlis Raja-raja bersidang untuk menimbangkan permohonan Mahathir agar   meluluskan satu permohonannya semua parti politik tidak boleh   menggunakan perkataan Islam dalam nama-parti. Jelas, TKT mahu PAS   dipaksa merobah namanya. Mujur juga Majlis Raja-raja menolak   permintaannya itu.
Apa jadi kepada Al Maunah yang dikatakan oleh   Mahathir telah berjaya berkubu di atas bukit itu setelah merompak   senjata daripada sebuah kem tentera di Banding. Beliau menyebut serpihan   askar itu telah berjaya pergi ke Kuala Lumpur dan melepaskan beberapa   roket ke arah kuil Hindu di Kuala Lumpur. Ternyata bahawa TKT telah   membuat fitnah yang besar, kerana tidak ada sebuah pun kuil Hindu di KL   yang musnah.
Akan tetapi dalam masa tiga hari Al Maunah telah   tumpas kerana mereka telah ditentang oleh ATM dan bukannya PDRM. Pihak   Polis hanya mengadakan sekatan jalan. Yang anehnya, anggota Al Maunah   itu sanggup menyerah diri setelah didendangkan dengan lagu IBU (nyanyian   P. Ramlee). 
 Jikalau   kita sorot kisah Al Maunah dahulu, pelbagai propaganda telah disiarkan   oleh akhbar UMNO. Ada yang menulis bahawa Bukit Jenalik itu mempunyai   terowong bawah tanah yang membolehkan mereka lari ke Thailand.
Jikalau   kita sorot kisah Al Maunah dahulu, pelbagai propaganda telah disiarkan   oleh akhbar UMNO. Ada yang menulis bahawa Bukit Jenalik itu mempunyai   terowong bawah tanah yang membolehkan mereka lari ke Thailand. 
Malahan   ditunjukkan juga kisah mata-mata gelap (detektif) yang disiksa oleh Al   Maunah sehingga tangannya pecah-pecah. Cuma semasa gambar beliau   disiarkan berada di hospital, tidak pun ada tapak tangannya yang   berbalut. 
Dalam Berita Perdana 03.03.2013 ada disebut oleh Najib   betapa Presiden Aquino telah merasa malu (embarrassed) dengan perbuatan   Sultan Sulu. Sepatutnya yang harus berasa malu ialah Najib dan UMNO.   Dia harus merasa malu kerana tidak cekap menangani keadaan. 
Kenapa   tidak dibawa asset berharga ATM untuk mengepung kawasan persembunyian   Lahad Datu sambil menggugurkan risalah meminta askar Suluk itu menyerah   diri. 
Kenapa tidak digunakan pembesar suara menggunakan suara   orang Sulu meminta askar-askar itu keluar berdamai? Kenapa tidak   dijemput orang Sulu terutama sekali seorang warga Sulu yang menuntut hak   kerajaan Sulu bernama Dato Rajak Aliuddin. Sedangkan kehadiran beliau   menuntut istana Sulu itu sudah lama diketahui oleh kerajaan Malaysia?
Dalam   Berita Perdana malam tadi ada disebut bagaimana risikan tentera   Filipina menyebut kemungkinan askar Sulu itu bersekongkol dengan Dato'   Seri Anwar Ibrahim untuk datang buat kacau menjelang Pilihan Raya Umum   Ke-13.
Soalnya, samasa TV Filipina mengemukakan soal pembabitan   parti pembangkang terutama Anwar Ibrahim dengan askar Sulu itu. Jawapan   beliau ialah tidak mungkin kerana dia berpendapat kekecohan yang berlaku   ini ada kena mengena dengan UMNO juga.
Nampaknya ada kemungkinan   besar betapa askar bersenjata Sulu ini datang bertandang ke Sabah   dengan membawa muslihat besar untuk mempengaruhi puak-puak yang akan   bertanding dalam PRU-13 nanti. 
Soalnya sekarang apakah pilihan   raya akan diadakan sebelum 28 April ataupun dibiarkan sahaja hingga   tamat tempoh kuasa kerajaan yang sedia ada untuk membolehkan pilihan   raya diadakan pada Jun nanti?
 http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2758-mt-ybb-2-bangsamoro-di-sabah