ads

Isnin, 2 Disember 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Gejala dadah <b>di Serian</b> semakin membimbangkan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2013 09:22 AM PDT

PENGHARGAAN: Muhammad Sabtu (dua kanan) menerima cendermata daripada Mohd Jamali sebagai tanda kenangan kunjungan ke IPD Serian, semalam.

KUCHING: Polis mencari langkah terbaik untuk menangani masalah salah guna dadah yang semakin membimbangkan di Serian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, jumlah pesalah dadah di daerah itu bertambah sebanyak 40 orang pada tahun ini berbanding tahun lepas.

'Tangkapan tahun lepas adalah 150, tahun ini 190 iaitu peningkatan 40 orang.

Bagi saya, kita perlu lihat kenapa terdapat kenaikan penyalahgunaan dadah di sini.

"Saya juga telah mengarahkan KPD (Ketua Polis Daerah) Serian untuk berhubung dengan Ketua Jabatan Narkotik di Kuching supaya dibuat pemerhatian selain mencari jalan untuk menurunkan kadar penyalahgunaan dadah di sini.

"Walaupun tidak begitu menggusarkan, kita tidak mahu semakin ramai penduduk di sini terjebak dalam penyalahgunaan dadah," katanya ketika ditemui pada majlis lawatan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian dekat sini, semalam.

Sejak ditugaskan ke sini baru-baru ini, ia merupakan kali pertama beliau mengadakan lawatan ke IPD Serian.

Sabtu berkata, biarpun masalah dadah kian membimbangkan, Serian yang mempunyai populasi seramai 141,200 orang mencatatkan penurunan jenayah sebanyak 40 peratus berbanding tahun lepas.

Ujar beliau, penurunan itu bukan retorik semata-mata selain memuji para anggota IPD Serian kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

Pada masa yang sama, beliau berharap dengan terlaksananya Akta Pencegahan Jenayah yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri kelmarin akan memudahkan lagi kerja-kerja pihaknya dalam menjaga keselamatan rakyat.

"Akta yang kita gunakan sekarang kalau digabungkan dengan Akta Pencegahan Jenayah yang akan diluluskan kelak, ia akan menjadi lebih baik untuk masyarakat kita hidup dengan aman dalam masyarakat yang majmuk.

"Kalau kita tidak melakukan kesalahan, kita tidak perlu gusar," katanya.

Sementara itu, berkaitan Ops Cantas, beliau memberitahu pihaknya telah menjalankan pemeriksaan mengikut pecahan kaum iaitu Cina 3,354 orang, Melayu (4,235), India (21) serta lain-lain bangsa 4,074 orang.

"Jumlah keseluruhan yang telah diperiksa setakat ini ialah 11,884 orang.

Tangkapan mengikut bangsa pula ialah Melayu 93 orang, Cina (100), India (1) dan lain-lain bangsa 114 orang dengan jumlah keseluruhan 308 orang.

"Manakala pemeriksaan kenderaan, kita telah jalankan terhadap 9,905 buah termasuk kereta dan motosikal, manakala 851 saman yang dikeluarkan," tambahnya.

Dalam pada itu, KPD Serian DSP Mohd Jamali Umi berkata, pihaknya belum menangkap sebarang pesalah yang terlibat sebagai pelampau agama, gengsterisme dan sebagainya.

Ditanya mengenai kegiatan van sapu yang membawa penumpang melebihi muatan, beliau berkata pihak terbabit akan dikenakan saman atau denda jika sabit kesalahan.

Pihaknya turut merancang untuk memperhebatkan sekatan jalan raya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung masalah itu daripada berlarutan, katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved