di negeri sarawak - Google Blog Search |
GLC kerajaan <b>negeri Sarawak</b> sedia pinjaman perumahan. | Posted: 25 Feb 2012 08:09 AM PST RUMAHKU syurgaku – itulah ungkapan yang terbaik bagi menggambarkan alangkah indah dan bagusnya memiliki rumah sendiri. Rumah yang kecil tetapi selesa pun sudah memadai untuk berlindung dari panas dan hujan. Rumah juga tempat kita menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak dengan ilmu-ilmu berguna untuk dunia dan akhirat. Begitu pentingnya rumah dalam kehidupan kita seharian. Menyedari hakikat itu, berbagai cara kerajaan cuba laksanakan agar rakyat dari golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri. Bukan menyewa dan bukan juga mendirikan rumah setinggan. Rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah akan lebih mudah memiliki rumah sendiri apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri dibenarkan memberi pinjaman kepada mereka tidak lama lagi. Ketika ini Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) membina rumah untuk golongan terbabit, namun tidak menyediakan kemudahan pinjaman. Bagi merealisasikan sasaran itu, Kementerian Perumahan Sarawak sedang mengkaji dasar baru itu dan berbincang dengan Bank Negara bagi membenarkan GLC Sarawak memberi pinjaman bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Rancangan itu dimaklumkan oleh Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abg Johari Abg Openg kepada media baru-baru ini. Langkah itu menurutnya diambil berikutan ramai golongan berkenaan gagal dalam permohonan pinjaman daripada institusi kewangan kerana disenari hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). "Pinjaman perumahan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan dan ia akan membantu ramai kakitangan awam di negeri ini yang berpendapatan rendah untuk membeli rumah," kata Abg Johari dipetik menerusi Berita Harian. Sarawak turut merancang untuk mencapai status negeri setinggan sifar menjelang 2020. Justeru, HDC menyasarkan membina 18,000 unit rumah pelbagai kategori untuk menempatkan kira-kira 9,000 keluarga setinggan di negeri ini dalam tempoh tersebut. Kepesatan pembangunan dan peluang pekerjaan di kawasan bandar utama di Sarawak khasnya Kuching, Bintulu dan Miri, mendorong kepada migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar. Jumlah setinggan tertinggi dicatatkan di kawasan Bandar Raya Miri dan Bandar Bintulu iaitu sekitar 3,000 buah rumah selain 1,400 setinggan di Bandar Raya Kuching pada ketika ini. Kerajaan merancang beberapa pendekatan untuk memastikan golongan tidak mampu dapat tinggal di rumah yang lebih selesa seperti membina flat untuk disewa pada kadar yang lebih rendah selain membina rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat. |
You are subscribed to email updates from di negeri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan