Selasa, 22 Januari 2013

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


PKR bina rumah panjang <b>di Saratok</b>, Kemaluan besar untuk BN <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 05:05 AM PST

Menurut laporan portal Selangorku, rumah panjang sebelum ini yang menempatkan '20 pintu' telah hangus dalam satu kebakaran 2 tahun lepas, namun bantuan dari kerajaan BN yang berjumlah RM12,000 tidak memadai untuk menampung pembinaan semula rumah panjang tersebut.
Oleh sebab itu, kerajaan PKR Selangor bermurah hati untuk membiayai segala kos pembinaan semula yang bernilai RM360,000. Rumah panjang yang dikenali sebagai Rumah Unding telah dirasmikan sendiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Khalid awal bulan lalu di Ulu Kerian, Saratok.
Hakikatnya, perkembangan ini adalah "satu kemaluan besar" untuk Barisan Nasional Sarawak?
Kisah-kisah penduduk pendalaman yang kurang mendapat perhatian dari pihak kerajaan bukan perkara asing di negeri Sarawak, bahkan pihak kerajaan kelihatan sangat "selesa" mengklasifikasikan sebagai kes terpinggir.
Diceruk kampung yang dikenali sebagai 'kawasan putih', yang dianggap calon "tunggul kayu" pun akan menang pilihan raya, biasanya pihak Barisan Nasional seolah sengaja mengabaikan serta kurang beri perhatian.
Sehinggalah kawasan itu menjadi idaman pembangkang, dan bertukar jadi kawasan hitam, atau kawasan panas. waktu itu barulah Barisan Nasional akan menggemparkan segala keperihatinan dengan peruntukan berjuta-juta untuk memikat hati rakyat.
Inilah yang menyebabkan perlunya kehadiran serta peranan pembangkang untuk membantu rakyat...?
Malang sekali, pihak Pakatan Rakyat gemar bertanding di kawasan-kawasan yang sudah membangun dan maju, supaya kerja mereka lebih mudah. Jika mereka memenangi pilihan raya, maka mereka boleh mengumumkan kejayaan mereka memajukan kawasan itu dalam satu malam. Ini terjadi di Selangor dan Pulau Pinang...
Sebab itu mereka mensasarkan Johor, mereka boleh mengaku kemajuaan Johor yang ada hari ini sebagai bukti kejayaan Pakatan Rakyat. Bukankah sangat mudah, mendabik dada diatas penat lelah bertahun-tahun usaha orang lain?

Pakatan Rakyat sepatutnya lebih jujur meneroka kawasan-kawasan pendalaman yang dikuasai "calon tunggul kayu". Buktikan diri anda ikhlas kepada rakyat...buktikan!

Walau bagaimana pun, sebagai rakyat biasa, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan PKR Selangor kerana sudi membantu membina rumah panjang untuk penduduk iban di Ulu Kerian, Saratok.

Artikel Berkaitan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads