Selasa, 22 Januari 2013

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Rumah mangsa kebakaran musnah dipercayai akibat angkara khianat

Posted: 20 Jan 2013 03:28 PM PST

Posted on January 21, 2013, Monday

SIBU: Tiga keluarga terdiri daripada 14 anggota di Kampung Kuala Matu Hilir di sini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dijilat api dipercayai angkara perbuatan khianat salah seorang anggota keluarga terbabit, baru-baru ini.

Rumah papan setingkat itu musnah sama sekali hanya dalam masa setengah jam dan dipercayai dibakar oleh salah seorang anggota keluarga terbabit kerana dipengaruhi oleh dadah.

Dia kini ditahan polis untuk siasatan lanjut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua ketiga-tiga keluarga terbabit ialah Ahmad Zaidi Bahni, Abdul Aziz Ali Basah dan Abdul Ghani Ali Basah.

Buat masa ini, mereka menumpang sementara di rumah sanak-saudara di kampung sama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang mendengar berita mengenai kebakaran itu bergegas ke kampung berkenaan sejurus kejadian terbabit untuk melihat sendiri keadaan sebenarnya.

Beliau yang juga setiausaha politik Ketua Menteri menyerahkan bantuan segera daripada Tabung Baitulmal Cawangan Mukah kepada mangsa-mangsa kebakaran dan turut menyerahkan bantuan berupa perkakas dapur dan barang makanan kepada mangsa.

Abu Seman yang juga ahli Lembaga Pengarah Tabung Baitulmal Sarawak bercakap kepada pemberita kemudian menasihati ibu bapa supaya mengelak anak-anak terjebak dalam kegiatan antisosial yang tidak diingini seperti menagih dadah.

"Kebakaran ini harus dijadikan pengajaran kepada ibu bapa dan penduduk kampung.

"Sesungguhnya tiada sesiapa pun mahu menanggung kerugian akibat bencana kebakaran," katanya sambil menambah meskipun anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Mukah bergegas ke tempat kejadian, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana sejurus tiba rumah berkenaan sudah musnah sama sekali.

Justeru tambahnya, ini adalah masa terbaik bagi kerajaan menimbang membina sebuah balai bomba di daerah Matu dengan secepat mungkin.

Beliau berkata nasib baik kebakaran itu tidak merebak ke rumah-rumah berdekatan.

"Kita sedia maklum kebanyakan rumah di daerah ini malah di Daro semuanya dibina menggunakan kayu.

"Apabila berlaku sahaja kebakaran memang sukar untuk diselamatkan. Jika kita mempunyai balai bomba di sini, sekurang-kurangnya dapat mengelak kebakaran itu daripada merebak," katanya.

Beliau juga menggesa supaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran demi meringankan beban yang ditanggung.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads