Sabtu, 3 November 2012

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


anugerah sri asrama terbilang peringkat negeri <b>sarawak</b> 2012 <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 07:04 AM PDT

Sarikei : Karnival Anugerah Sri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Sarawak sedang berlangsung dengan meriahnya di Bandar Sarikei mulai 20hb hingga 23 Oktober 2012. Ianya bertujuan untuk merealisasikan peranan dan fungsi asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serentak memartabatkan asrama harian seluruh negara. ASAT memberi penilaian kepada program dan aktiviti asrama yang berfokuskan kepada pengurusan dan pentadbiran asrama. komponen utama dalam ASAT merangkumi ; Pertandingan Asrama Terbilang, Karnival Kokurikulum Asrama dan Anugerah Kecemerlangan.

ASAT ini disertai oleh semua sekolah berasrama di seluruh bahagian Sarawak. Program ASAT ini adalah meliputi Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah, Karnival juga meliputi Kernival Ko-Akedemik, Karnival Sukan dan Permainan serta Karnival Kebudayaan, manakala Anugerah Kecemerlangan meliputi Warden, Penyelia, Pembantu Pengurusan Murid dan Tukang Masal/ Pelayan Asrama.

Semoga Karnival ini berjalan lancar dan semua peserta memeriahkankan lagi karnival peringkat negeri sarawak ini di Bandar Sarikei dengan tema ASAT ialah "Menjulangi Sarawak".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads