11 di saratok sarawak - Google Blog Search |
Kedaifan Jalan Raya <b>di Saratok</b> | Aduan Rakyat Online Posted: 17 Sep 2012 11:10 PM PDT Saya merupakan seorang 'tuai rumah' di sebuah perkampungan yang terletak di daerah Saratok, dengan lebih terperinci saya memberitahu rumah panjang saya terletak di Engkudu Atas yang beralamat Tr. Lembang, Engkudu Atas, Sebetan 95400, Saratok, Sarawak. Jalan raya berkeadaan berbatu-batu dan berdebu, tidak bertar seperti jalan raya biasa. Kesukaran penduduk saya melewati jalan raya ke rumah panjang untuk ke pekan yang terdekat meskipun rumah panjang kami telah berada di bawah naungan dua (2) orang pemimpin kerajaan, namun permasalahan ini tetap tidak diendahkan setelah banyak kali pihak kami membuat aduan kepada mereka. Jalan raya yang daif ini telah memberikan kesukaran kepada penduduk kerana telah banyak mengakibatkan kerosakan kereta di samping debu jalan raya tersebut telah mencemarkan udara. Di sini terdapat sekolah rendah, justeru saya prihatin terhadap kesihatan budak-budak sekolah akibat daripada kedaifan jalan raya tersebut. Diharapkan pihak yang prihatin dapat memberi perhatin terhadap permasalahan ini kerana jalan raya ini merupakan satu-satunya laluan kami untuk berulan-alik ke pekan dan rumah panjang. Sekian, terima kasih. By: Lembang ak Aji
Aduan yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di saratok sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan