Jumaat, 2 November 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Skuad bawah 12 tahun <b>Betong</b> laungkan keyakinan | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 06:01 PM PDT

BETONG: Setelah menjuarai dua kejohanan peringkat negeri dengan pencapaian membanggakan, skuad bawah 12 tahun Betong yang menjuarai kejohanan bola sepak Anugerah Asrama Terbilang (ASAT) dan Juara Piala Yayasan Sarawak, sekali lagi tampil dengan barisan sama pada Karnival ASAT di Sarikei mulai 20 hingga 23 Oktober (hari ini).

Skuad pimpinan, Sharkawi Amek itu mengharapkan penampilan sebahagian pemain baharu dapat mengekalkan rekod cemerlang dan memberi cabaran kepada pasukan lawan pada temasya itu.

"Kita mahu mengekal kedudukan dan meneruskan perjuangan bagi mengharumkan nama pasukan Betong dengan kejayaan dan bersedia menghadapi tentangan daripada mana-mana pasukan," kata Sharkawi.

Gandingan pemain seluruh Bahagian Betong jelas mendapat formula dengan ramuan berbisa daripada jurulatih mereka, Syahrum Jais dan Faizal Harya menjadi bekalan untuk pasukan itu bertandang ke Sarikei dalam memburu kemenangan berganda.

"Selain menjuarai dua kejohanan besar yang lalu, skuad tersebut juga menjadi naib juara kejohanan bola sepak MSS di Betong, baru-baru ini.

"Latihan pusat yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) Paku Central di sini selama seminggu juga dapat membantu dalam menerapkan pelbagai strategi kepada pemain-pemain untuk dimanfaatkan pada perlawanan nanti," katanya.

Sharkawi yang juga ketua kontinjen Bahagian Betong ke karnival terbabit melahirkan harapan untuk muncul juara keseluruhan permainan pada temasya itu nanti.

Category: Sarawak, Sukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads