Sabtu, 10 November 2012

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Calon PAS bertanding <b>di Mukah</b>? « PAS Untuk Kesejahteraan Ummah

Posted: 11 Jul 2012 11:48 PM PDT

PAS berkemungkinan besar akan meletakkan calonnya di P.213 Parlimen Mukah, Sarawak pada pilihan raya umum ke-13.

Untuk tujuan itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menghantar tiga wakil kawasan pembantu bagi memperkemas jentera di kawasan tersebut bermula 2 hingga 6 Julai lalu.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, timbalan Pesuruhjaya Melaka, Bahiki Islamil dan timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Rosidi Husain.

Menurut Mohamad Nor, dua orang dilantik sebagai pengarah pilihan raya di Dun Balingian dan Dun Dalat.

"PAS sudah bertemu dengan pimpinan DAP Mukah tapi belum berkesempatan bertemu pimpinan PKR. Tapi akan ada lawatan susulan selepas ini dan kita akan bertemu dengan kedua-dua pemimpin parti ini," kata beliau kepada harakahdaily hari ini.

P213 MUKAH
Jumlah Pengundi: 22,851
Peratusan Kaum: M: 72% C: 10% I: % B/Sab: % B/Swk: 18% L: %
1. Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN) (10,090) 
2. Hai Merawin @ Bonaventure (Bebas) (3,792)
Majoriti: 6,298
Jumlah undi: 14,403
Peratus mengundi: 63.03%
Undi rosak: 521
Penyandang: Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN)
(Majoriti: 9,178 undi)

Ana bukan nak katalah, tapi pada ana, yang pernah bertugas di Sarawak sewaktu PRN yang lalu, ini adalah aksi hantar nyawa oleh PAS. Pada ana, ini adalah kawasan yang tidak sesuai untuk Pas. Walaupun pengundi adalah 72 % orang Melayu, namun ianya bukan 'Melayu' kita. Lain pemikirannya. Leo Michael Toyad nama besar. Kalau dia tanding lagi, mana kita nak cari 6,000 undi untuk lawan dia. Cari penyakit.

Kenapa Baru Bian tak mahu ambil kawasan ini? Sebab dia tahu, kalau PKR tanding pun bungkus. Sebab itu dia offer pada Pas.

Apa perlu jumpa DAP Mukah. DAP pun tak berapa mahu bertanding kawasan ni. Mati berdiri kata DAP.

Ana minta kepimpinan kita kaji sebelum terima kawasan. Kaji betul-betul. Kalau setakat tanding, lepas tu LENGIT (kalah teruk – bahasa orang Johor); buat apa.

Pada ana, menurut pertimbangan rakan-rakan di Sarawak, kerusi Parlimen yang wajar ditandingi oleh Pas adalah Limbang. Lebih mudah untuk dimenangi. Kalau kita lihat tahun 2008 pun, calon PKR hanya kalah 600 undi. Kalau PAS bertanding, dengan cara kempen yang betul, kita boleh menang.

Disinilah kita nak uji sejauh mana DAP akan kerja kuat untuk kita. Kalau kita tanding kawasan Melayu, DAP tidak akan bantu.

P221 LIMBANG (KAWASAN BARU)
Jumlah Pengundi: 20,315
Peratusan Kaum: M: 37% C: 23% I: % B/Sab: % B/Swk: 39% L: %
1. Hasbi Habibollah (BN) (6,427) 
2. Dr. Lau Liak Koi (PKR) (5,751)
Majoriti: 676
Jumlah undi: 12,291
Peratus mengundi: 60.5%
Undi rosak: 113
Penyandang:
(Majoriti: )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads