11 di subis sarawak - Google Blog Search |
LEARNING AND YEARNING: <b>Di</b> manakah Gua Nasib Bagus? Posted: 17 Jun 2010 01:24 AM PDT Istilah ini mungkin tidak asing bagi pelajar Tingkatan 2. Di mana sebenarnya Gua Nasib Bagus ini? Ada buku sebut Gua Niah, ada pula sebut Gua Mulu. Di bawah topik Bab12 Petempatan, m/s 115 dalam buku teks, ia disebut bahawa: "Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia. Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m. Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus. Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak." Maklumat di atas ini mengandungi sekurang-kurangnya 3 kesilapan. Apa dia? Baiklah, cuba lihat maklumat di bawah ini: "Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia. Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m. Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus. Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak." Tulis yang italic dan berwarna ungu sebenarnya agak mengelirukan. Kesilapannya ialah: Taman Negara Mulu juga terletak di Bahagian Miri. Gunung Mulu terbentuk 5 juta tahun dahulu. Di dalam taman negara ini terdapat banyak gua. Di antaranya ialah Gua Nasib Bagus, Gua Rusa (Deer Cave) dan Clearwater Cave. Maka Gua Nasib Bagus adalah di dalam Taman Negara Mulu. Di dalam Gua Nasib Bagus pula terdapat "Kamar Sarawak" (Sarawak Chamber) - ruangan yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747 di dalamnya. Gua Niah pula adalah gua yang tertua di Sarawak. Ia terletak di Gunung Subis. Gua batu kapur ini terbentuk 16 - 20 juta tahun dahulu. Tinggalan manusia 40,000 tahun dahulu boleh dijumpai di sini. Maka, petempatan awal juga boleh dijumpai di sini. |
You are subscribed to email updates from di subis sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan