Khamis, 31 Mei 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Utusan <b>Sarawak</b> cawangan <b>Sri Aman</b>: Vandalisme gusarkan staff <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 09:18 PM PDT


Caption: VANDALISME...Gambar menunjukkan kotak suis lampu yang telah dirosakkan oleh pihak tertentu di anak tangga pertama menuju ke Pejabat Utusan Sarawak Sri Aman hari ini.
SRI AMAN, Isnin (7 Mei) – Kakitangan Utusan Sarawak cawangan Sri Aman telah melahirkan rasa kecewa berhubung sikap sesetengah pihak yang sengaja merosakkan kotak suis lampu di tangga pertama bangunan Lot 916, Jalan Hospital, Sri Aman.
Masalah yang disifatkan hasil dari perbuatan vandalisme itu telah dikesan berlaku pada minggu lepas dengan kotak suis lampu menjadi remuk akibat hentakan objek keras oleh pihak berkenaan.
Ia menyebabkan komponen elektrik di dalam kotak suis lampu berkenaan terdedah dan seterusnya boleh menimbulkan risiko kejutan elektrik terhadap penghuni yang tersentuh sistem pendawaian di situ selepas ini.
Walaupun kerja penyelenggaran kotak suis itu bukan berada di bawah tanggungjawab pihak Utusan Sarawak Sri Aman, namun para penghuni akan menuding jari kepada pihak syarikat akhbar tersebut berhubung timbulnya masalah terbabit.
"Peristiwa pertama dahulu berlaku pada tahun 2009 apabila ada pihak tertentu yang bergaduh dan seterusnya memecahkan kotak suis lampu yang terletak di anak tangga pertama bangunan operasi syarikat akhbar ini.
"Disebabkan bimbang terhadap keselamatan penghuni maka pihak kami telah memohon pemilik bangunan ini untuk memperbaiki semula kotak suis itu memandangkan Utusan Sarawak mempunyai akses terhadap lampu terbabit," kata kakitangannya, Zulia Jemat.
Bagaimanapun apabila kotak suis lampu berkenaan dirosakkan kembali pada minggu lepas, Pejabat Utusan Sarawak cawangan Sri Aman nyata berasa tawar hati untuk memperbaiki semula kerosakan tersebut.
Lagipun Zulia juga mahu penghuni bangunan Lot 916 sedar bahawa bil elektrik untuk lampu di anak tangga pertama bangunan itu ditanggung sepenuhnya oleh pejabat Utusan Sarawak Sri Aman.
"Saya tidak tahu bila kotak suis lampu terbabit akan dapat diperbaiki semula memandangkan pemiliknya tidak berada di sini. Justeru saya menasihatkan mereka untuk berhati-hati jika mahu menekan suis tersebut selepas ini," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads