Khamis, 31 Mei 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Hari kedua <b>di kuching sarawak</b>

Posted: 28 May 2012 08:40 AM PDT

Hari ni masuk hari kedua berada di kuching, sarawak dan tinggal lagi 24 hari berada di sini..lama lagi sebenarnya tapi rindu anak bini dah sekarang ini.

Duduk kat sini kerja macam biasa, pagi mulakan kerja sebagai ketua penguji dan pelbagai orang yang dapat jumpa. Ada yang dapat menerima kenyataan dan ada juga yang tidak dapat menerima kenyataan..dekat sini lah menguji aku bagaimana untuk mengawal keadaan, apa pun "setiap manusia berhak mendapat layanan yang baik" jadi atas prinsip itu aku cuba untuk menyenangkan hati semua pihak.

Habis kerja dalam jam 3 petang dan balik ke rumah transit, dua hari ni dekat sini dengan keadaan badan yang tak sihat, kepala pening yang teramat dan rasa macam nak pecah kepala. Penyelesaiannya balik je bilik tidor dan lepas bangun rasa lega sikit. Takder aktiviti luar yang aku lakukan pada hari kedua ini, cuma tadi sempat keluar sekejap pergi beli makanan, sabun dan keperluan lain untuk sebulan disini. Lepas beli barang pergi makan dekat area satok rasanya dan makan nasi kerabu..wohoo bukan dekat kelantan dan kl je ada nasi kerabu.

Memang sedap nasi kerabu dia dengan daging bakar

20120528-232312.jpg

Selepas makan takder benda nak buat then terus balik ke bilik berehat dan esok sambung kerja balik. Nasib baik pembantu aku ialah kawan aku masa matrik dulu, tak sangka juga dia pun jadi bomba..dan aku suruh dia duduk sebilik dengan aku, sekurang-kurangnya ada juga orang semenanjung yang teman aku dekat bilik dan boleh berborak2 menghilangkan tekanan

p/s: jumaat ni cuti 3 hari sampai hari ahad, ingat nak jalan2 tengok sambutan hari gawai.

Artikel yang berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads