Sabtu, 21 April 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Pesta Benak <b>Sri Aman</b>, <b>Sarawak</b> 2012 | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 06 Apr 2012 07:17 AM PDT

- Apr 6, 2012 22:17:28.

Pesta Benak 2012 yang bermula hari ini hingga Ahad di sini, hari ini.
Benak berlaku setiap hari pada berbeza waktu apabila air pasang besar dari muara Batang Lupar menghala ke hulu kira-kira sejauh 120 kilometer dengan kelajuan kira-kira 30 km/jam. Pesta ini diadakan setiap tahun yang dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri ini sekaligus menjadikan fenomena ini sebagai tarikan utama pengunjung ke bandar itu khasnya dan negeri Sarawak umumnya.

Saya pasti anda semua pernah mendengar tentang meluncur ombak laut (sea surfing),tetapi saya yakin bahawa anda semua belum pernah lagi mendengar tentang meluncur ombak sungai (river surfing) dan saya juga percaya bahawa keunikan sukan yang amat menakjubkan ini hanya boleh didapati di Sarawak sahaja melalui festival tahunan iaitu Pesta Benak.

Benak juga dikenali sebagai "Tidal Bore", Benak berlaku pada setiap hari dengan jarak gelombang dan ketinggian ombak yang berbeza.

Bagaimanapun,sepanjang masa air pasang besar,ia boleh diperhatikan dengan jelas dan pada masa inilah luncur ombak sungai menjadi realiti.

Seperti yang kita tahu,hanya lima tempat di seluruh Asia yang mengalami kejadian Benak ini.Dan Sri Aman pasti akan menjanjikan kepuasan untuk melihat ombak yang terbaik.

Ia akan menjadi festival tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun dan boleh menjadi destinasi perlancongan yang teramat mengujakan.

Jadi saya sarankan tuan-tuan dan puan-puan pergi ke Bandar Sri Aman untuk merasai sendiri keunikkan Pesta Beenak pada tahun ini yang mungkin akan menjanjikan kepuasan terhadap tuan-tuan dan puan-puan,ia sejajar dengan temanya Sri Aman Bandar Benak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads