Sabtu, 21 April 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


11000 Keluar SPDP Masuk Kelab BN <b>Sarawak</b>.....POLITIK <b>SARAWAK</b>

Posted: 15 Apr 2012 10:27 PM PDT

SUDAH LAMA KPS TAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN BN SARAWAK. KPS MELAKUKAN LAWATAN MAYA DI BLOG MUKA PETANG.....DAN TERJUMPA BERITA INI....BUANG KAD KEAHLIAN: Dr Tiki (kiri) menerima kad keahlian SPDP yang dibuang daripada ahli di Opar pada majlis makan malam di Bau, malam kelmarin.

Read more: http://www.mukapetang.com/2012/04/11000-keluar-spdp-masuk-kelab-bn.html#ixzz1sB6kDKhv
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

1,100 penduduk di Mas Gading keluar parti, sokong Kelab BN yang dipimpin G5
BAU: Sekitar 1,100 penduduk di Mas Gading telah keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kerana menyokong Kelab Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Kumpulan 5 (G5).

Daripada jumlah tersebut, 743 adalah dari N.1 Opar manakala selebihnya dari Tasik Biru dan kad keahlian SPDP mereka telah dibuang oleh wakil masing-masing iaitu ketua kampung dan kaunselor ketika majlis makan malam anjuran G5 di Pusat Redeems di sini malam kelmarin (Sabtu).

Menurut jurucakap kumpulan tersebut Datuk Peter Nansian, kumpulan tersebut merupakan fasa pertama keluar daripada SPDP sekali gus menunjukkan sokongan besar kepada G5 yang juga dianggotai oleh Datuk Dr Tiki Lafe, Datuk Sylvester Entri, Paulus Palu Gumbang dan Rosey Yunus.

Dalam pada itu Dr Tiki yang juga Ahli Parlimen Mas Gading berkata meskipun tidak mempunyai parti namun beliau tetap berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasannya dan meneria peruntukan tahunan untuk diagihkan bagi tujuan projek rakyat.

Katanya, status tidak membimbangkan kerana kumpulan mereka kekal komited untuk memastikan kerusi kekal kepada Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu Paulus dan Rosey berkata G5 adalah platform untuk kumpulan itu bergerak ke depan dan terus berkhidmat kepada rakyat.

"Kami sering dilabelkan sebagai melawan bapa. Saya tidak setuju dengan tanggapan ini kerana kami ada alasan sendiri untuk apa yang telah kami lakukan. Dan kami bukan kumpulan menentang rakyat," kata Paulus.

Entri dalam pada itu percaya kebanyakan daripada penyokong BN di Mas Gading adalah di belakang G5. Jelasnya, masalah timbul kerana beberapa orang dalam SPDP tidak mahu mereka dalam parti.

Nansian dalam ucapannya memberitahu bahawa G5 masih wakil BN dan mereka memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau, Entri dan Rosey katanya adalah menteri muda, Paulus pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri dan Dr Tiki pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara.

"Kami dituduh mempraktikkan amalan politik yang negatif, tetapi kami bekerja dalam BN dan rakyat mahu kami terus dalam BN. Jadi kami bukan negatif," katanya.

Read more: http://www.mukapetang.com/2012/04/11000-keluar-spdp-masuk-kelab-bn.html#ixzz1sB5nSrug
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads