Ahad, 29 April 2012

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Masalah yang kian lama tidak selesai <b>di</b> POS <b>...</b> - <b>Sarawak</b> Online

Posted: 26 Apr 2012 08:44 PM PDT

sempadan tebedu 300x232 Masalah yang kian lama tidak selesai di POS Sempadan TebeduKami Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian Sarawak ingin mengadu tentang Pihak Berkuasa tidak mengambil tindakkan yang tegas terhadap masalah tersebut di bawah:

Masalah Kereta Kijang dari Indonesia yang masuk ke Malaysia melalui sempadan Pos Tebedu , mengambil penumpang daripada Stesen Kereta Sewa Tebedu sedangkan Kami , Pengusaha Kereta Sewa yang mempunyai Permit dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Begitu juga dengan Bas Ekspress yang datang dari Miri, Sibu , Bintulu juga menunggu di Pos Sempadan Tebedu sedangkan mereka hanya mempunyai permit untuk menghantar penumpang dan tidak mempunyai permit untuk menunggu dan mengambil penumpang.

Syarikat Bas juga membina pondok tiket bas express haram di restoram mohamad di Tebedu,sedangkan tempat ini hanya tempat makan .
Belum cukup lagi Pihak LPKP meluluskan 2 permit bas berhenti-henti City Public Link.

Kami sedang mengalami masalah yang serius tetapi tiada siapa pun mengambil tindakan. Apabila Persatuan membuat beberapa aduan, jawaban yang kami terima adalah "KAMI AKAN AMBIL TINDAKAN" Itu saja jawaban yang diterima.Tetapi tidak ada tindakan yang diambil .

Jadi apakah yang akan jadi kepada semua pengusaha Kereta Sewa ZON 5 yang beroperasi Tebedu-Serian,Tebedu-Kuching,Serian – Tebedu, Kuching – Tebedu , Serian – Kuching dan Kuching-Serian. Siapakah yang akan menanggung pinjaman Bank bagi kenderaan kami apabila perkara ini berlarutan? Siapakah yang akan memberi makanan kepada Keluarga kami.? Kepada semua Yang Berhormat,kami rakyat Pemandu Kereta menyokong Dasar kerajaan 1 Malaysia dan kami juga mengundi kerajaan Barisan Nasional bukan Rakyat Indonesia yang akan mengundi???

By: Pengerusi Dan AJK

Sumber: Aduan Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads